ahlan wa sahlan

wanita

*19 Keistimewaan Wanita*

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
 
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT ak...an diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah"

Renungan bersama (^_^)

BERCOUPLE...




BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya
akan terlintas di benak kita sepasang insan yang
sedang mabuk cinta dan dilanda
asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang
kemudiannya memasuki sebuah biduk
pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah
cinta itu fitrah setiap anak adam?
Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah (insting) untuk mencintai
lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang
ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali
yang baik(Syurga) . (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai
dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka
merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah
bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah
SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain
fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka
ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan
dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang
beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara
dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan
norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana
firman-
NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-
Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan
kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan
katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-
Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka
mennampakkan perhiasannya, kecuali yang
biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-
isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh
mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi
semua
jenis.. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a.
berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu
juga dengan
wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelaki
dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum
yang
berbeza jenis, harus disampaikan dari
balik tabir
pembatas.
Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian
meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
maka mintalah dari balik hijab.
(al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki
Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita
kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata;
Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari
kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis
Riwayat
Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan
(Percakapan) :
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya
ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman
ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu
sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di
dalam
hatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah
beberapa
etika yang diperintahkan oleh ALLAH
kepada para
isteri Rasulullah SAW serta kepada para
wanita
mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain tanpa suara
merdu,
dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu
Kathir
3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata;
Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum
besi itu
masih lebih baik daripada menyentuh kaum
wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan
Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam
hadis ini terdapat ancaman keras
terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya.. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW
tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam
saat-saat penting seperti membaiat dan lain-
lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh
tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki
dan wanita
selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah
r.a. dari
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya
dari zina, yang pasti akan mengenainya.
Zina mata
dengan memandang, zina lisan dengan
berbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-
angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat
Bukhari,
Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan
zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati
kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-
NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk.
(al-Isra: 32)

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis
tadi, maka
tidak diragukan lagi bahawa bercouple
itu haram,
kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin
menundukkan pandangannya terhadap
kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan
boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya
sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di
luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan
mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling
menyentuh antara lelaki dan wanita,
meskipun itu
hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh
dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut
adalah
lumrah dilakukan, padahal satu hal saja
cukup
untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi
kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin
ditanya
tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum
nikah,
baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya
adalah haram, kerana tidak boleh
seseorang untuk
bersenang-senang dengan wanita asing (bukan
mahramnya) baik melalui ucapan, memandang,
atau berdua-duaan. Sebagaimana
Rasulullah SAW
bersanda: Janganlah seorang lelaki
bedua-duaan
dengan seorang wanita kecuali ada bersama-
sama mahramnya, dan janganlah seseorang
wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin
ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang
bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan itu
haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak
diperbolehkan,
kerana boleh menimbulkan syahwat di antara
keduanya, serta mendorongnya untuk
bertemu dan
berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan
dalam hati seseorang untuk mencintai
penzinaan
yang akan menjerumuskan seseorang pada
perbuatan yang keji, maka dinasihati
kepada setiap
orang yang menginginkan kebaikan bagi
dirinya
untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan
melalui telefon, serta perbuatan
semacamnya demi
menjaga agama dan kehormatan dirinya.
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya
kalau
ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan
wanita asing (bukan mahram) dengan
pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,
seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik
melalui telefon atau lainnya).
Sebagaimana firman
ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan
suara, sehingga berkeinginan orang-orang
yang
berpenyakit di dalam hatinya.
(al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah
keperluan, maka hal itu tidak mengapa
apabila
selamat daripada fitnah, akan tetapi
hanya sekadar
keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari
matahari di
siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan
dalil yang
sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara
bercouple itu
haram, kerana mungkin ada orang yang
bercouple
mengikut landasan Islam, tanpa melanggar
syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan
Islam
itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak
pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh
menghindari
dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.
Yang mana hal itu jelas haram
berdasarkan dalil
yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,
perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor,
yang mana
hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa
bercouple,
kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada
kalau
terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan
karaktor
calon isteri mahupun suami merupakan
satu hal
yang diperlukan sebelum memasuki alam
pernikahan, agar tidak ada penyesalan di
kemudian
hari. Namun, tujuan ini tidak boleh
digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia
haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang
jatuh
cinta akan berusaha bertanyakan segala
yang baik
dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh
cinta
akan menjadi buta dan tuli terhadap
perbuatan
kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

Fenomena Couple

Dalam situasi terkini, fenomena
pergaulan bebas
dan pengabaian terhadap nilai-nilai
murni Islam
berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi
menitik
beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan
yang
dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran
dan sunnah
rasul-NYA. Mereka bukan setakat
mengabaikannya dan menganggap perkara itu
tidak penting, bahkan mereka
menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan
aktiviti
mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan
semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang
seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah
dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan
katakanlah salah kepada yang batil.
Janganlah
berhujah untuk membenarkan perkara yang
telah
terang haramnya di sisi ALLAH.


"Innallaha la yughaiyiru ma biqaumin hatta yughaiyiru ma bianfusihim"


p/s:marilah kite sama2 menegur, demi kebaikan bersama..

 oleh اسمي واني pada pada 28hb Mei 2010 pukul 7.39 ptg

DOA (Pilihan Dari Doa-Doa Nabi S.A.W)



1. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON KEPADAMU SUPAYA DIBERI HIDAYAH,  KETAKWAAN, KESUCIAN DAN KEKAYAAN (Riwayat Muslim)

2. YA ALLAH YANG MEMBALIK-BALIKKAN HATI, BALIKKANLAH HATI KAMI UNTUK MENTAATIMU (Riwayat Muslim)

3. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI BALA' YANG BERSANGATAN, CELAKA YANG DASYAT, QADA' YANG BURUK DAN ANCAMAN DARI MUSUH (Muttafaq 'Alaih)

4. YA ALLAH, PERBAIKILAH BAGIKU AGAMAKU YANG MENJADI PUSAT URUSANKU DAN PERBAIKILAH BAGIKU DUNIAKU YANG MENJADI KEHIDUPANKU DAN PERBAIKILAH BAGIKU AKHIRATKU YANG KEPADANYA TEMPAT KEMBALIKU DAN JADIKANLAH HIDUP SEBAGAI PENAMBAH KEBAIKAN KEPADAKU DAN JADIKANLAH MAUT ITU SEBAGAI KESENANGAN BAGIKU DARI TIAP-TIAP KEBURUKAN (Riwayat Muslim)

5. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA KEHILANGAN NIKMATMU, BERUBAHNYA KESIHATANKU YANG ENGKAU ANUGERAHKAN DAN SEKSA YANG TIBA-TIBA DAN SEGALA KEMURKAANMU (Riwayat Muslim)

6. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI SIFAT LEMAH, MALAS, BAKHIL DAN NYANYUK, BEGITU JUGA AZAB KUBUR. YA ALLAH, DATANGKANLAH KETAKWAAN KEPADA DIRIKU DAN BERSIHKANLAH IA. ENGKAULAH SEBAIK-BAIK YANG MEMBERSIHKANNYA, ENGKAULAH PEMIMPIN DAN IKUTANNYA. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT, HATI YANG TIDAK KHUSYUK, NAFSU YANG TIDAK PERNAH MERASA CUKUP DAN DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN (Riwayat Muslim)

7.  YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI AKHLAK YANG TIDAK DISUKAI, BEGITU JUGA PERBUATAN-PERBUATAN DAN KEINGINAN-KEINGINAN (Riwayat Tirmizi)

8. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON KEPADAMU MENDAPAT RAHMATMU, KEAMPUNAN, KESELAMATAN DARI TIAP-TIAP DOSA, MENDAPAT TIAP-TIAP KEBAIKAN, MASUK SYURGA DAN TERLEPAS DARI NERAKA (Riwayat Tirmizi)

9. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON KEPADAMU CINTAMU, CINTA ORANG YANG MENCINTAIMU, AMAL YANG MENYAMPAIKAN AKU KEPADA CINTAMU. YA ALLAH, JADIKANLAH MENCINTAIMU LEBIH AKU SUKAI DARI MENCINTAI DIRIKU SENDIRI, KELUARGA SENDIRI DAN AIR YANG SEJUK (Riwayat Tirmizi)

10. YA ALLAH, TAMBAHILAH KEPADA KAMI DAN JANGAN KURANGI, MULIAKANLAH KAMI DAN JANGAN DIHINAKAN, ANUGERAHILAH KAMI DAN JANGAN DITEGAH, UTAMAKANLAH KAMI DAN JANGAN DIKETEPIKAN DAN REDHALAH KEPADA KAMI DAN SENANGKANLAH HATI KAMI (Riwayat Tirmizi)

11. YA ALLAH, JADIKANLAH AKU BANYAK BERSYUKUR DAN JADIKANLAH AKU BANYAK BERSABAR DAN JADIKANLAH AKU KECIL DI MATAKU DAN BESAR DIMATA MANUSIA (Riwayat al-Bazaar)

12. YA ALLAH, BERIKANLAH KAMI RASA TAKUT KEPADAMU YANG DAPAT MENGHALANG KAMI DARI MELAKUKAN MAKSIAT KEPADAMU. ANUGERAHILAH KAMI KETAATAN KEPADAMU YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KAMI KE DALAM SYURGAMU. KEYAKINAN YANG DAPAT MERINGANKAN KAMI DARI MUSIBAH-MUSIBAH DUNIA DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI NIKMAT PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN KEKUATAN SELAGI KAMI MASIH HIDUP DAN JADIKANLAH IA PEWARIS DARIPADA KAMI DAN JADIKANLAH DENDAM KAMI KE ATAS ORANG YANG MENZALIMI KAMI DAN BANTULAH KAMI TERHADAP ORANG YANG MEMUSUHI KAMI. DAN JANGANLAH JADIKAN DUNIA SEBAGAI PUNCAK CITA-CITA KAMI, SEMPADAN ILMU KAMI DAN JANGAN MENGUASAI KE ATAS KAMI ORANG YANG TIDAK MENARUH BELAS KASIHAN KEPADA KAMI (Riwayat Tirmizi)

13. YA ALLAH, KAYAKANLAH DAKU DENGAN ILMU, HIASILAH DAKU DENGAN SIFAT PENYANTUN DAN MULIAKANLAH DAKU DENGAN TAKWA SERTA CANTIKKANLAH DAKU DENGAN KESIHATAN (Riwayat Ibnu al-Najjar)

14. YA ALLAH, SUCIKANLAH HATIKU DARI KEMUNAFIQAN, AMALKU DARI RIYA', LIDAHKU DARI KEBOHONGAN, MATAKU DARI KHIANAT, KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU MENGETAHUI MATA YANG BERKHIANAT DAN APA YANG TERDETIK DI HATI (Riwayat al-Hakiim)

P/S : Doa merupakan senjata dan perisai ampuh bagi seorang Mukmin. Berdoa mampu memberi nafas hidup yang lebih positif sekaligus mengikis segala prasangka negatif terhadap kehidupan mendatang. Doa juga adalah kemuncak segala harapan setelah usaha dilakukan untuk mencapai sesuatu. Segala harapan dan usaha mestilah ditamatkan dengan menyandar permohonan kepada Allah. Jika berjaya janganlah sombong. Jika gagal janganlah berputus asa. Teruskan usaha, ikhtiar dan seterusnya memohon dipermudahkan segalanya melalui doa kepada pemilik Nyawa kita.Amin.....

Lemahnya Diri Ini



Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari'at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah

Lemahnya diri ini
Kami pohon kekuatan daripadaMu
Tuntunilah langkah kami ke jalan yang Engkau redhai
Biar hanya mampu merangkak..itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku..
Berikan kami peluang merentasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...
Ya Rabbal’alamin.

* Sumber : cina islam.

P/S :  Manusia selalu lupa yang dirinya hanyalah hamba padaNYA. MencariNYA apabila telah putus harapan pada sandaran yang selainNYA. Seringkali berlaku begitu seolah mereka lupa yang pada akhirnya semua akan kembali padaNYA. Tiada yang mustahil padaNYA. Jika IA berkata jadi, maka jadilah dengan sekelip mata. Kembalilah menyandar segala harapan padaNYA. Pohonlah seberapa banyak permintaan padaNYA. Jika tiada peluang meraihnya di sini, InsyaAllah Di sana kita akan mendapatnya.

DeStInAsI cInTa


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

P/S : Cinta yang kekal abadi adalah cinta kepada Allah.

PESANAN LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA.

* Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

 * orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

* Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

* Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

* Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

* Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

* Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

* Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

* Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

* Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

* Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

* Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

* Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

* Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

* Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

* Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

* Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

* Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

 * Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu

* Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya

* Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain

 * Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu

* Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

* Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

 * Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

P/S : Moga menjadi panduan dalam kehidupan seharian..

ANTARA MIMPI RASULULLAH S.A.W


Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAWDaripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad sawbersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang olehmalaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DANKEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yangamatmenyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkandengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANGKHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diamendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglahpahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga iamerasapuas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yangsedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akandiusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYAsambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelitadi sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di da lam keadaan binggung,makadatanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalumengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmintetapimereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalumenyerukepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara merekadengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api kemukanya,makasegeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalumenabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

PERTANYAAN UNTUK CINTA


Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita
berdebar kencang dan suara kita tersekat di
dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan
pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kita menginginkannya kerana kita
tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Adakah kita tetap mengatakan kita
menyintainya kerana kita tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kita menjadi miliknya kerana
pandangan matanya membuat hati kita
melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya
kerana kita mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kita mengatakan padanya bahawa
setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kita rela memberikan semua perkara
yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi...
Adakah kita tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami ... menarik
kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kita menerima kesalahannya kerana
itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi
setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hati kita gembira ketika dia
berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hati kita dan
menyentuh jiwa kita begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS..W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
P/S : Petikan daripada emel yang diterima dari member induksi.TQ.

99 langkah menuju kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usik dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11.. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17... Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak ! ; dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40... Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57.  Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlaku! lah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk ! agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk m! elakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.
>kredit to cina islam (http://idhamlim.blogspot.com/)

Tolong sabarkan si dia

╔♫═╗╔╗
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═╝ ALLAH

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Apa Maksud Tuhan Menyuruh Kita Berpuasa Sebulan Setiap Tahun?

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ni Ana nak kongsi tajuk berkaitan Puasa. Yahh! walaupun belum tiba masa'e pd tahun ini...tetapi Ana nak juga kongsi. Terpulang ya siapa yg ingin mengikuti'e. Dialu-alukan~

02/10/2006

Merujuk kepada Al-Quran, tujuan berpuasa adalah untuk bertaqwa. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183, ertinya; Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagai-mana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa
Berpuasa rupa-rupanya boleh mengakibatkan seseorang hamba Allah bertaqwa kepada Tuhannya yakni bila mana Ramadhan dilalui dengan tepat dan penuh penghayatan. Kalau bukan caranya, berpuasa di bulan Ramadhan hanya menghasilkan lapar, dahaga dan keletihan sahaja, sia-sia. Dalam setahun kita telah melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang boleh merosakkan ketaqwaan kita kepada ALLAH.
Bila manusia tidak bertaqwa, mereka akan hilang wibawa dan kemanusiaan. Manusia menzalim, menindas, menipu, mementingkan diri, jatuh menjatuhkan , hasad dengki, pemarah, takabur, bakhil, berdendam dan lain-lain. Masyarakat manusia tidak lagi berkasih sayang, bekerjasama, bertolak ansur dan bertolong bantu. Sebaliknya akan berebut-rebut, berkrisis, bertelagah dan berperang. Peperangan antara suami isteri, anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dengan pemimpin dan lain-lain. Manusia hilang kemanusiaan. Masyarakat manusia tidak berwatak manusia lagi! Bertukar kepada watak syaitan dan haiwan. Allah SWT yang Maha Adil lagi Bijaksana, yang menjadikan manusia , tahu di mana kekuatan dan kelemahannya, tahu bagaimana menguatkan yang lemah, menyuburkan yang kuat, tahu punca kekuatan dan kelemahan, telah memilih sebulan Ramadhan untuk jadi ubat kepada setahun penyakit. Berpuasa dan ibadah-ibadah tambahan Ramadhan itu mampu menyelesaikan masalah-masalah selama setahun. Umpama kereta yang letih dan lemah setelah setahun digunakan , overhaul sebulan cukup untuk sihat semula. Ya, Ramadhan datang untuk overhaul manusia supaya dapatkan kemanusiaan semula. Rugilah orang-orang yang gagal menjadikan ibadah-ibadah Ramadhan untuk membaik pulih kemanusiaan mereka. Macam ruginya orang yang diberi kereta tapi tidak pandai mengguna atau tersalah guna.
Bagaimana Ramadhan Overhaul Hati Manusia?
Terdapat pakej ibadah yang cukup hebat dan berkesan, kuat menguat satu sama lain, supaya manusia dibaik pulihkan sepanjang Ramadhan . Allahlah yang punya pakej ini Maha pakar dalam merawat jiwa, fikiran dan fizikal manusia supaya kembali suci sesuci fitrah semulajadinya.
Pakej itu ialah ibadah puasa, terawih, baca Quran, zikir, tasbih, paling asas adalah mujahadah untuk melawan nafsu. Seseorang yang sanggup melakukan keseluruhan pakej ibadah ini dengan serius dan penghayatan, sungguh akan memperolehi satu kekuatan roh, mental dan fizikal untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Membawa bersamanya segala sifat-sifat baik seorang manusia seperti merendah diri, pemurah, berkasih-sayang terutama dengan orang miskin dan susah, tawakkal, sabar, tenang, adil, berbaik sangka, sanggup meminta maaf dan memberi maaf, bertolak ansur, jujur, mementingkan orang lain dan lain-lain. Kalau ada manusia begini, di muka bumi ini dan tentunya ada, ketahuilah bahawa pada merekalah Allah akan pusakakan bumi ini untuk ditadbir.
Sebab Allah berjanji untuk menutup bumi ini dengan keadilan oleh orang-orang yang mereka itu cintakan Allah dan Allah juga cintakan mereka.
Bagaimana Ibadah Memproses Ketaqwaan Manusia
Allah jadikan manusia makhluk yang wajib berusaha dan berikhtiar untuk berjaya dalam apa juga bidang. Kejayaan tidak jadi sendiri kepada manusia. Manusia perlu bertarung, berjuang untuk kejayaan besar mereka. Nelayan mengharungi gelombang laut, petani melawan panas terik, ibu bertarung dengan kesusahan melahirkan anak, bapa tercabar dalam melakukan tanggung jawab pada keluarga, guru berhadapan dengan ragam murid, pemimpin paling teruk berhadapan dengan 1001 jenis kesusahan dalam kepimpinan.
Untuk mengalahkan nafsu dan syaitan, Allah mewajibkan peperangan yang paling besar dan dahsyat yang tak dapat dilihat oleh mata kerana ia bersifat rohani dan maknawi. Hanya orang yang mampu melepasi halangan-halangan nafsu sahaja yang layak mendapatkan taqwa. Ketaqwaan adalah sijil atau ukuran paling mulia untuk seseorang manusia menjadi sesempurna manusia . Tanpa taqwa, PhD, harta, pangkat tidak menjamin manusia dapat dikembalikan kepada kemuliaan yakni kemanusiaannya. Orang kaya, berpangkat dan berijazah tapi yang bertuhankan hawa nafsu akan jadi sejahat-jahat manusia sedangkan dengan taqwa, orang miskin pun jadi mulia apa lagi kalau orang kaya yang bertaqwa!
Sebab itulah saya katakan ibadah paling asas dalam pakej Ramadhan ialah mujahadah terhadap nafsu. Yakni usaha-usaha memaksa diri sendiri untuk melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Mujahadah ialah sanggup menyiksa diri sendiri dalam usaha untuk menunaikan perintah-perintah Allah kerana kebaikan yang diperintahkan bertentangan dengan kehendak nafsu liar dalam diri. Contoh, untuk berkasih sayang seperti yang Allah Taala perintahkan, seseorang sanggup menelan marahnya pada seseorang dengan penuh sabar. Tahan marah dan sabar itu sungguh menyiksakan . Orang-orang yang tahu selok beloknya sahaja yang boleh melakukan dengan pertolongan Allah. Mujahadah memang menjemukan, nafsu benci dan meletihkan . Siapa sanggup tersiksa atas cita-citanya? Hanyalah orang yang berjiwa besar. Sebab letih fizikal boleh rehat, tapi perang dengan nafsu tak boleh rehat-rehat. Kalau rehat nafsu lagi manja dan mengada-ngada. Perang yang tak rehat-rehat inilah dikatakan perang paling berat dan dahsyat.
Terdapat tiga pemangkin yang Allah sediakan untuk mendorong mujahadah ini di bulan Ramadhan iaitu:
1. Puasa yang dihayati
2. Sembahyang yang khusyuk
3. Baca Quran yang dijiwai

Puasa yang dihayati akan menjadi pendorong/pemangkin mujahadah melawan hawa nafsu kerana puasa itu akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, rasa timbang rasa, rasa lemah dan rasa hamba seorang hamba Allah. Orang yang berpuasa dapat menangisi golongan susah dan miskin. Orang miskin terus lapar tanpa tahu pasti bila waktu berbuka. Buruh-buruh terus letih sampai bila-bila tanpa tahu bila sebenarnya mereka boleh rehat dan holiday. Bilamana rasa-rasa itu menguasai diri seseorang pasti akan membunuh nafsu-nafsu yang suka kepada kejahatan dan melanggar perintah Tuhan seperti rasa tamak dan sombong orang kaya terhadap orang miskin.
Sembahyang yang khusyuk adalah rahsia kemenangan. Kemenangan seseorang terhadap musuh utama dalam hidupnya iaitu nafsu dan syaitan. Sembahyang itu adalah sebesar-besar atau seagung-agung projek yang menjamin kekayaan manusia paling utama. Yakni sembahyang dapat membina dan menebalkan rasa-rasa yang amat diperlukan oleh seseorang hamba yakni rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Rasa yang mampu menghalau dan memusnahkan nafsu yang jahat yang menjadikan manusia paling berguna pada manusia yang lain. Kalau bukan sembahyang, apakah langkah lain untuk manusia memperolehi modal-modal hidup rohaniah yang amat diperlukan itu?
Baca Quran yang dijiwai sesungguhnya akan menemukan khabar gembira, ada amaran, suri teladan, kesedaran dan keinsafan . Pemikiran yang agung, global dan praktikal hanya dan hanya oleh Al Quran. Membacanya di bulan Ramadhan, ertinya membangunkan suatu pemangkin yang cukup kuat untuk mengalahkan nafsu dan pengaruh syaitan dalam diri manusia. Bila nafsu kehaiwanan dapat dikalahkan, manusia akan mendapatkan kemanusiaannya semula. Masyarakat kita akan berwibawa semula! Ibadah tambahan lainnya akan jadi ringan untuk dilaksanakan dan akan membuahkan akhlak yang luar biasa. Allah SWT memerintahkan puasa Ramadhan adalah semata-mata untuk bertaqwa kepadaNya. Yakni dengan melakukan overhaul dan baik pulih kepada jiwa, fikiran dan fizikal.

Antara Niat Dan Sikap

Assalamualaikum & salam sejahtera buat kenalan2ku.Hari ini Ana ingin kongsi 'something'...
selamat membaca ya ^_^

03/10/2006

Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan
manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini semua ada hubungan rapat dengan ilmu rohaniah.
Maka bagi orang yang ada cita-cita untuk membaiki diri atau guru-guru yang hendak mendidik manusia, mereka mestilah mengetahui ilmu rohaniah ini. Sekaligus mempraktikkan ke dalam diri mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik. Contoh dan suri teladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Dengan kata-kata lain, mereka menjadi model hamba Allah yang baik yang mampu memberifaedah kepada manusia sejagat.
Melalui pengalaman kita, mendidik manusia adalah sulit sekali. Ini kerana manusia itu ada akal, roh, nafsu dan fizikal. Fizikal adalah anggota lahir. Akal, roh dan nafsu adalah anggota batin. Kejayaan mendidik manusia adalah ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak tadi iaitu akal, roh dan nafsu itu.
Jadi kalau pendidik-pendidik atau guru-guru tidak ada ilmu rohaniah, hanya faham fizikal manusia semata-mata, bagaimana dia hendak mendidik murid-murid dan pengikut-pengikutnya.Tentu sekali pendidik-pendidik atau guru-guru tadi akan gagal. Mendidik manusia tidak cukup mendidik fizikal mereka sahaja. Tapi itulah yang berlaku selama ini. Murid-murid atau pengikut-pengikut dididik fizikal mereka semata-mata. Tiga anggota batin yakni roh, akal dan nafsu tidak dididik. Walhal hakikat manusia itu ialah anggota batin inilah, manakala anggota lahir mengikut saja.
Ilmu rohaniah ertinya ilmu yang berkait rapat dengan roh (hati nurani manusia). Ilmu rohaniah ini juga disebut sebagai ilmu tasawuf. Al Quran menganjurkan ilmu ini iaitu:
Maksudnya: Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya. (Asy Syam: 9 - 10)
Roh atau hati nurani (anggota batin) adalah merupakan hakikat diri manusia. Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia itu ditentukan oleh roh, akal dan nafsunya. Tanpa roh, manusia adalah bangkai. Kerana adanya roh juga maka manusia itu dikatakan mukalaf yakni makhluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah, patuh kepada suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Tanpa roh, perintah dan larangan Allah tidak ada erti apa-apa. Tapi bukan semua roh itu yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Ada juga roh yang melanggar perintah dan melakukan larangan. Ini bergantunglah kepada proses pendidikan yang diterima oleh roh itu.
Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi roh atau hati yang rosak atau kotor akan menjadikan manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah-olah bangkai bernyawa. Dengan kata lain, dia adalah sampah masyarakat. Dia masih hidup, boleh bergerak ke hulu ke hilir, boleh mengatur dan mentadbir, bercakap dan bertindak, namun semua itu penuh kejahatan dan kerosakan.
Maksud saya, sekiranya roh atau hati yang rosak atau kotor itu ada pada seorang pemimpin maka kepimpinannya tidak lagi adil bahkan penuh dengan kekejaman, diskriminasi, mementingkan diri, keluarga dan kliknya sahaja, malah dia adalah perosak bangsa, agama dan negara.
Kalau roh atau hati atau anggota batin yang rosak itu berada dalam diri orang kaya, jadilah si kaya itu bakhil, tamak, lintah darat dan membazir. Kalau roh atau hati dalam diri ulama sudah rosak, jadilah si ulama itu penjahat (ulama suk). Dia akan menjual ilmu Islamnya untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, nama dan duit semata-mata macam petani menjual tanamannya untuk mendapat duit. Ulama suk menjual ilmunya untuk kepentingan dunianya. Kalau ia bercakap adalah bagi pihak tuan bukan bagi pihak Tuhan. Kalau tidak bercakap, mereka menjadi syaitan-syaitan bisu pula.
Roh atau hati atau anggota batin yang sudah rosak kalau berada dalam diri para pemuda, pemuda itu akan menghabiskan masanya dengan berfoya-foya, berangan-angan, melepak-lepak dan berseronok-seronok. Tenaga sasanya disia-siakan tanpa memberi apa-apa faedah atau khidmat kepada masyarakat. Akhirnya mereka jadi sampah masyarakat.
Kalau roh atau hati yang jahat ada pada si miskin, maka keluh- kesahlah dia sepanjang masa, rasa hina, rasa malu kepada orang yang lebih darinya. Dengan orang kaya mereka rasa dengki dan dendam. Ertinya dia tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.
Demikianlah kalau roh yang jahat itu ada dalam diri para gadis remaja dan kaum wanita maka rosaklah dirinya dengan asyik berlawa-lawa, bersolek-solek dan bergaya untuk menarik perhatian orang padanya. Dirinya sanggup dijual pada sesiapa saja yang boleh memberi nikmat dunia padanya. Ramai lelaki yang tergoda. Sesama sendiri saling benci-membenci dan bersenget-senget hati.
Begitulah peranan roh dalam hidup manusia. Ia bagaikan raja dalam negara diri. Menjadi penentu baik atau tidaknya manusia itu bahkan penentu hidup mati manusia. Kalau ia keluar dari jasad, manusia akan menjadi bangkai. Kalau ia ada pula dialah yang akan mencorak kehidupan itu, baik atau buruk, perosak atau pengislah, peruntuh atau pembangun, bertanggungjawab terhadap masalah atau pencetus kepada masalah, pendamai atau penghuru-hara dan lain-lain lagi. Inilah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
Maksudnya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)
Pengalaman kita sendiri membuktikan bahawa hati atau roh kitalah yang menentukan tindak-tanduk kita. Fizikal (tangan, kaki, mulut, mata, telinga, perut dan lain-lain anggota) cuma menunaikan kehendak-kehendak hati. Anggota lahir (fizikal) bukan penentu tetapi hanya pekerja dan buruh-buruhnya sahaja. Kalau hati mahu, semuanya jadi. Kalau hati tidak mahu, apa pun tidak jadi. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang dinilai dari apa yang diniatkan. Sesiapa yang hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu adalah dinilai kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrah kerana dunia yang diidamkan atau perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya dinilai kerana itulah. (Riwayat Bukhari)
Kalau niat baik maka amalan itu diterima sebagai amalan baik. Sebaliknya kalau niat jahat maka amalan itu dikira jahat sekalipun nampaknya baik. Contoh, Si A berniat untuk sembahyang kerana Allah, maka sembahyang itu diterima sebagai amalan soleh. Manakala Si B meniatkan sembahyang itu untuk dia dikatakan orang baik maka sembahyangnya tertolak.
Ada juga niat yang baik tetapi dilaksanakan dengan cara yang jahat. Ini juga tertolak. Misalnya seorang yang berniat untuk menolong seseorang dengan cara mencuri duit seseorang yang lain. Ini tidak betul. Lebih-lebih lagilah tidak betul kalau niatnya salah dan perlaksanaannya pun salah. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu. (Riwayat At Tabrani)
Di sinilah kita lihat Allah membahagikan amalan hamba-hamba-Nya kepada dua bahagian:
Pertama: Apa kata hati (niat)
Kedua: Bentuk perlaksanaan lahir
Dengan kata lain Allah bezakan niat dengan sikap. Walaupun kedua-duanya diperintahkan tetapi keutamaan diberi pada niat supaya seseorang tidak menipu dirinya dan orang lain dengan berbuat baik tapi bermaksud jahat. Manusia cuma nampak yang lahir dan tidak tahu apa yang dirahsiakan di dalam hatinya.
Sedangkan kalau dia buat jahat orang boleh nampak dan boleh tegur untuk keselamatan dirinya. Hal ini boleh diibaratkan pada sebiji buah yang ada kulit dan ada isi. Kedua-dua kulit dan isi adalah penting. Buah yang baik itu adalah kerana kulitnya baik dan isinya pun baik. Buah yang kulitnya baik tapi isinya tidak baik, ia tidak berguna apa-apa.
Manakala buah yang kulitnya buruk sedangkan isinya baik pun tidak bagus. Cuma ia masih boleh dimakan. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Niat orang mukmin lebih baik dari amalannya.
(Riwayat Al Baihaqi dan Ar Rabi)

Maksudnya niat yang baik itu lebih baik dari amalan yang baik kerana niat yang baik tidak dicelah oleh riyak atau ujub. Manakala amalan yang baik cukup mudah dihinggap oleh riyak dan ujub. Jarang manusia boleh selamat dari diganggu dan dirosakkan amalannya oleh riyak dan ujub. Ada Hadis mengatakan bahawa seseorang yang baru berniat baik sahaja sudah diberi pahala oleh Allah. Sedangkan niat yang jahat tidak dikira berdosa sehinggalah orang itu benar-benar melaksanakan niat jahat tersebut.
Para pembaca, pendidik, guru-guru yang dikasihi sekalian.Begitulah pentingnya roh diberi perhatian dan pendidikan. Memerhati, mengkaji dan menilai bidang inilah yang disebut ilmu tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu batiniah. Ilmu yang merupakan satu bahagian yang terpenting dalam ilmu Islam di samping ilmu usuluddin yang menjadi asasnya dan kemudian ilmu fekah (syariat). Tasawuf umpama isi buah manakala ilmu
syariat itu umpama kulit buah. Atau ilmu syariat itu dianggap kisrun (kulit) dan ilmu tasawuf itu dianggap lubbun (intipati).
Kedua-duanya penting tetapi yang lebih penting ialah isinya kerana isi itulah yang mahu dimakan. Syariat dan tasawuf sama-sama penting tetapi keutamaan ialah tasawuf, kerana ia yang menjadi perhatian dan penilaian Allah.

Hantaran yg Berharga

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. 

A LETTER FROM SATAN

Wahai engkau yang membaca surat ini,
Aku melihat gerak-geri mu kelmarin,
di saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan solat subuhmu,
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu,
juga tidak mengerjakan solat Isha’ sebelum berangkat ke tempat tidurmu
Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya.
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya hati aku melihatmu tidak mengubah cara hidupmu.

Hai Bodoh,
Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
tetapi aku masih belum mencintaimu.
Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari syurga,
dan aku akan terus memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya.

Kau lihat,
ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu di hari yang akan datang.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku tanpa ragu-ragu,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Supaya kau dapat menemani aku di neraka kelak,
dan ini akan menyakiti hati ALLAH.

Aku benar-benar berterima kasih padamu,
kerana aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu
Kita menonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, mengumpat orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan semua ini begitu saja kan.

Ayuhlah Bodoh,
kita terbakar bersama dan selamanya.
Aku masih memiliki rencana-rencana hangat untuk kita berdua.
Ini hanya merupakan surat penghargaan ku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkan ku untuk memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kau memang sangat mudah diperbodohkan dan aku mentertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa,
Engkau telah menghadiahkan tawa kepada ku.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kau sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, bermabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois yang mungkin.
Lakukan semua ini di depan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggodamu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup beribadat kepada Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dengan berterusan melakukan dosa memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Dan aku akan terus menggodamu sehingga akhir hayatmu,
Supaya kau terus menjauhi perintah Allah dan sesat selamanya.

Catatan : Jika kau benar-benar menyayangiku , kau tidak akan memberikan surat ini kepada sesiapapun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...