ahlan wa sahlan

Solat di Akhir Waktu

"Barangsiapa yg bertakwa kpd Allah, nescaya Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup & diberikannya rezeki dari sumber yang x diduga.Dan sesiapa y bertawakal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan insan y dikehendakiNYA. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"

>>>SOLAH DI AKHIR WAKTU<<<
Assalamualaikum kpd kwn2 & para pembaca sekalian y dikasihi.Sy ingin b'kongsi 1 cerita b'sama anda.Semoga kisah ini dpt memberi manfaat serta pengajaran kpd kita semua.Insya allah.^_^.
,,,~
Rupa2nya ada cerita disebaliknya apabila kita melewatkan solat....(xp'caya???,,,bc lagi...)
Jika berpuasa amalan kita terus pd Allah (benarkah???,,,!).Tetapi jika kita bersolat,ada 'posman' pula y menghantar amalan kita padaNYA. Setiap kali kita bersolat, ada malaikat y menghantarkan amalan solat kita padaNYA. Jika kita solat pada awal waktu,xada sekatan baginya. Malaikat akan terus sampaikan amalan kita pada Allah S.W.T. utk dinilai....Andainya... Jika kita solat pd akhir waktu, ada sekatannya,,masya allah...!,,Di langit pertama,,penjaga langit marahkan posman kita. Disoalnya, mengapa lambat sampaikan amalan kita???,,,merayu2 posman malaikat kita minta diberi laluan,,,tapi penjaga langit pertama xmenghiraukannya,sebaliknya amalan lewat solat tadi dilemparkan balik ke bumi lalu jatuh berderai..!
"maka xsampailah amalan kita pd Allah seolah2 kita xsolat. Jadi b'sedialah kita menerima pembalasanNya ..di dunia(hlg duit/hati risau/ujian bertimpa2)jika x,,,di akhirat kelak.
fikir2kanlah duhai manusia,(peringatan buat diriku jua)

p/s: seandainya teks ini ada keslhan sila inform,,agar kita dpt b'sama2 mmperbetulkannya...insya allah..
^_^

UNTUNGKAH BER‘COUPLE’?


Saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa alasan yang sering diberikan oleh remaja yang bercinta teruna dan dara atau bercouple dalam usia muda. Saya tanyakan hal ini kepada remaja di kampung dan juga beberapa peserta program yang pernah saya sertai. Berbagai jawapan yang diberikan, namun secara kesimpulan saya dapati jawapan mereka terbahagi kepada tiga. Dan saya akan memberi respon bagi setiap jawapan yang dibangkitkan.
SOALAN 1 : Apa tujuan bercouple?
Jawapan 1 : Mahu tanda bahawa dia kekasih saya. Tak nak bagi orang lain dapat.
Respon : Jawapan sebegini biasanya digunakan oleh remaja kampus. Namun, bagi penulis ia adalah satu alasan yang paling popular untuk membolehkan sesebuah pasangan bercinta teruna dan dara.
Kita perlu sedar bahawa manusia biasa tidak mampu meramal masa depan. Adakah dengan bercouple atau mengikat tanda yang seseorang itu adalah kekasih kita, maka semuanya sudah terjamin?
Ini belum tentu terjamin lagi!
Orang bertunang bertahun-tahun pun masih ada kemungkinan berpisah. Orang berkahwin pun masih ada kemungkinan bercerai. Ini bererti kita tidak mampu meramal masa depan. Sekalipun kita tanda ke, kita ikat ke, kita tuning ke, jodoh tiada siapa yang tahu. Jadi, sepatutnya kita perlu banyak berdoa.
Lagi satu, jika benar mahu tanda. Jangan jumpa dengan pasangan saja. Jangan asyik berkepit dengan empunya diri sedangkan keluarganya tidak tahu status hubungan itu. Sepatutnya pasangan perlu berterus-terang dengan berjumpa orang tua masing-masing. Beritahu niat dan minta mereka memberikan restu. Itu yang sepatutnya.
Jadi…fikirkan wahai remaja.

Jawapan 2 : Mahu mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat.
Respon : Jawapan ini adalah alasan lemah bagi pasangan yang ingin bercinta. Kerana apa? Sesungguhnya manusia tidak mampu mengenali manusia lain sedalam-dalamnya. Berkenalan atau taaruf adalah proses sepanjang hidup. Orang berumahtangga hampir 20 tahun masih lagi tidak mengenali pasangan dengan sepenuhnya. Inikan pula bagi couple yang berkenalan baru setahun dua.
Lagipun, manusia adalah makhluk beremosi. Manusia sentiasa berubah-ubah berdasarkan kondisi dan situasi. Ada manusia yang baik kemudian bertukar jahat. Ada manusia lembut akhirnya bertukar keras. Mengenali pasangan itu penting, tetapi sepatutnya proses mengenali ini bermula setelah anda duduk bersama sebagai suami isteri.
Sebelum berkahwin, kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, anda terkejut selepas berkahwin.
Ramai kawan saya yang terkejut selepas berkahwin. Apa yang mereka bualkan dan rancang sebelum kahwin, boleh dikatakan berubah sama sekali selepas bersama di bawah satu bumbung. Ini adalah realiti. Justeru, masa yang paling sesuai untuk mengenali pasangan bukanlah sebelum berkahwin tetapi selepas bersama di bawah satu bumbung dengan ikatan yang sah.
Wahai remaja…tidak perlu terburu-buru mengenali bakal pasangan terlalu intim.
Alasan 3 : Mahu memahami wanita dan membiasakan diri dengannya. Agar tidak kekok.
Respon : Jawapan ini adalah jawapan kurang matang. Bagi saya, penyesuaian sebelum berkahwin tidak perlu. Ini kerana penyesuaian antara lelaki dan wanita akan berlaku dengan cepat. Ini adalah tabiat manusia dan manusia akan mudah menyesuaikan diri dengan pasangannya. Selepas kahwin, proses itu akan berlaku dengan sendirinya. Insya Allah.
          SOALAN 2 : Apakah keuntungan bercouple?
Jawapan 1 : Bersemangat untuk belajar. Sumber inspirasi.
Respon : Saya fikir memang jawapan ini ada benarnya. Tapi reality menunjukkan masih ramai yang gagal mengawal emosi apabil bercinta sehingga menyebabkan tugu inspirasi mereka tersungkur. Jika dibuat pantauan. Remaja bercouple lebih banyak mengalami pergaduhan dengan pasangannya. Terutamanya apabila musim exam. Masing-masing mudah stress dan tertekan, dan ini akan memberi kesan terhadap exam. Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang bercouple lebih banyak ‘konflik’ jiwa berbanding orang yang ‘Single’. Dan ini mengundang risiko dalam pengajian.
Memang ada pasangan yang saling memberi inspirasi. Namun, rata-rata pasangan yang bercinta mengalami banyak konflik. Konflik ini selalunya mengganggu fokus pada pengajian. Jadi, elakkan saja. Jangan mengambil risiko jika anda bukan seorang yang mampu mengawal gelora emosi.
Jadi…hati-hati dalam bercinta. Kelak masa depan kita juga yang merana.
Jawapan 2 : Cepat matang dan bijak dalam pergaulan.
Respon : Betulkah akan cepat matang? Mungkin betul. Tapi…untuk matang masih ada banyak cara lagi. Berdasarkan pengalaman peribadi saya. Orang bercouple kebiasaannya adalah rendah maruahnya. Mudah ditewaskan dengan emosi dan terburu-buru dalam mengikut perasaan. Orang sebegini lambat matang. Orang yang cepat matang ialah yang memberi penekanan kepada harapan keluarga, kerjaya dan prospek masa depan, serta tahu merancang hidup. Di samping tidak mencuaikan emosi dan perasaan kasih sayang.
Justeru, bersosial memang mampu mematangkan seseorang. Lebih luas pergaulan, lebih banyak pengalaman. Lebih banyak kenalan, lebih cepat memahami karenah orang. Justeru, berkomunikasi dan berinteraksi perlu fleksibel. Bukan sekadar berbicara dengan kekasih malah perlu berbicara dengan orang yang lebih tua.
Apa yang sering berlaku ialah pasangan yang bercouple tidak suka bergaul dengan orang lain. Orang bercouple tidak mahu orang lain busy body tentang urusan peribadinya. Malah, kebanyakan remaja yang ada pasangan sering bersendirian melayan handphoneprivacy dan sms. Sehinggakan kerap berlaku pergaduhan mulut apabila ada kawan yang lain menegur atau seolah-olah mengganggu mereka.
Realitinya, remaja yang bercinta ini lebih cepat merajuk dan lebih cepat melatah. Kadang-kadang orang bercinta ini sensitifnya melampau-lampau sehingga menyusahkan mereka untuk bersosial. Ini adalah suatu perkara yang memang berlaku dan selalu saya temui. Akibatnya apa? Akhirnya remaja yang bercinta ini sukar ditegur, sukar dinasihati, sukar didekati dan menjadi lebih teruk perangainya. Bukan makin matang, malah makin tidak cerdik.
Jadi…hati-hati jika anda mahu bercinta. Jangan tersalah memberi alasan. Kononnya mahu cepat matang, akhirnya jadi lebih lembab.
Jawapan 3 : Memberi kesedapan hidup.
Respon : Biasanya, jika remaja memberi alasan sebegini. Saya akan mati hujjah. Saya akan diam dan sekadar menjawab “No comment”.
p/s:post ini sy ambil dr seorang ustaz.Dari laman web beliau yang tertera di bwh. 
http://ustazcinta.blogspot.com/search?updated-max=2009-09-03T12%3A08%3A00%2B08%3A00&max-results=8


~sekian~ 
http://nahdahmuslim.blogspot.com/2010/05/bahaya-bercouplesaper-yg-bercoupling.html

KISAH MUBARAK

Mubarak adalah bapa kepada Abdullah bin Mubarak iaitu seorang Imam dalam ilmu hadis. Namanya Mubarak. Dulu, Mubarak itu seorang budak. Tuannya memerdekakannya karena keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka, dia bekerja dengan seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Dia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua teman-temannya dan penduduk di sekitar kebun.
Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata, “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!” Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Dia memetikkan beberapa buah dan membawanya pada Tuannya. Dia menyerahkan kepada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya kecut dan belum masak. Dia mencoba semuanya satu persatu, semuanya kecut dan belum masak.
Pemilik itu gusar dan berkata,”Apakah kau tidak biasa membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang kecut?”
“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya biasa merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.
“Apa? Sekian tahun kamu bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas sebegini lalu kau bilang belum pernah merasakan buahnya. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah kerana merasakan dirinya dipermainkan.
“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah mencicipi satu butir buah delimapun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk mencicipinya?” lirih Mubarak.
Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun dia tidak langsung percaya begitu saja. Dia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima.
Seorang temannya bersaksi, “Dia orang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika dia tidak pernanh makan satu buahpun sejak bekerja di sini bererti itu benar.”
Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam dia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu. Untuk lebih meyakinkan dirinya, dia kembali memanggil Mubarak,
“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buahpun selama menjaga kebun ini?”
“Benar Tuan.”
“Berilah aku alasan yang bisa aku terima!”
“Aku tidak tahu apakah tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali aku datang untuk bekerja menjaga kebun ini, tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu akadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku karena tidak ada izin yang jelas dari tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”
“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?” Tanya tuan kebun.
“Ya, meskipun delima yang jatuh di tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku untuk memakannya.”
Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Dia sangat tersentuh dan terharu. Dia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata,
“Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku wajar mengahwinkannya dengan siapa?”
Mubarak menjawab,
“Orang-orang Yahudi mengawinkan anaknya dengan seseorang karena harta. Orang Nasrani mengahwinkan karena keindahan rupa paras. Dan orang Arab mengahwinkan anaknya karena nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”
Pemilik kebun berkata,”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertaqwa darimu.”
Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Dia hafal kitab Allah dan mengerti sunah Nabi-Nya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah Swt. Dia hidup dalam syurga cinta.
Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama “Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama dikalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenal sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenal sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...