ahlan wa sahlan

KELEBIHAN SURAH AL-MULK


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:
"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."
Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Tudung Labuh VS Seat-Belt


Pada suatu petang....berhampiran surau…Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur." Awak, boleh saya tanya?"
"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.
Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"
"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.
" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"
Dia mengangguk
"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya?" Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.
"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.
"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ?" Saya bertanya lagi untuk menduga.
"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.
"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"
"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"
Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.
"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.
"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.
"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.
" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan menutup aurat dan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya
" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.
"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."
"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.
"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.
"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..
Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.
" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.
Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.
'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.
dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

AMALAN IBADAT YANG MENGHAPUSKAN DOSA

(1) WUDUK
Rasulullah SAW bersabda : "Jika seseorang Muslim atau Mukmin mengangkat wuduk, maka ketika membasuh mukanya, segala kesalahan kerana pandangan matanya keluar bersama-sama air atau bersama akhir ketitisan air. Jika dia membasuh kedua tangannya bersama air atau bersama akhir titisan air. Jika dia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah dosa yang dilakukan kedua kakinya bersama air atau bersama akhir titisan air, hingga dia bersih dari semua dosa." (Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda : "Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan dan mengangkat darjat? Sahabat menjawab: Mahu Ya Rasulullah! Nabi SAW berkata: "Menyempurnakan wuduk pada waktu subuh yang dingin dan banyak melangkah ke masjid serta menunggu solat jemaah setelah solat sunnah. Yang demikian itu adalah ikatan kepada Allah." (Riwayat Muslim)


(2) AZAN
Azan adalah salah satu syiar Islam yang nyata dapat menghapuskan keburukan. Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang ketika selesai mendengar azan mengatakan : ‘Asyahadu an la ilaaha illallah wahdahu la syrikalalahu wa anna Muhammadan ‘abduhu wan rasulan wa bil Islami dinan. (Saya menyatakan tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa tanpa sekutu apa pun bagiNya. Saya menyatakan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Saya rela Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agamaku, maka dia diampuni dosanya." (Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang azan itu diampuni dosanya sepanjang suaranya dan disaksikan oleh setiap (tumbuhan) yang kering dan yang basah. Orang yang menghadiri solat itu dituliskan 25 kali solat dan dihapuskan dosanya antara solat dengan solat berikutnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


(3) BERJALAN KE MASJID (Tempat solat)
Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa bersuci (wuduk) di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu tempat ibadah untuk melaksanakan salah satu kewajipan terhadap Allah, maka kedua langkahnya itu sebagai penghapus dosa dan langkah yang lain mengangkat darjatnya." (Ibnu Majah)


(4) SOLAT LIMA WAKTU
Rasulullah SAW bersabda : "Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Bagaimana pendapatmu, jika ada sungai di depan pintu (rumah) seseorang di antara kamu dan dia mandi darinya lima kalis setiap hari, apakah ada kotoran yang tersisa darinya?" Sahabat menjawab : "Tidak tersisa sedikit pun kotoran darinya." Nabi Muhammad SAW berkata: ‘Demikian itu adalah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah SWT menghapuskan segala kesalahan dan dosa." (Muttafaq Alaih)


(5) SOLAT JUMAAT
Hari Jumaat adalah terpenting dan paling utama dalam seminggu. Solat Jumaat menghapuskan keburukan dan dosa. Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat Jumaat dan dia mendengar khutbah dengan tekun, maka terampuni dosanya antara hari itu dengan Jumaat berikutnya dan ditambahkan tiga hari. Barang siapa yang melengah-lengahkannya, maka tiadalah pahalanya." (Riwayat Muslim).


(6) MEMBACA AMIN
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam membaca amin maka bacalah amin. Sebab orang yang membaca amin bersama aminnya malaikat, maka dia diampuni dosanya yang telah silam." (Riwayat Al Bukhari)


(7) BANGUN DARI RUKUK (Iktidal)
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam mengucapkan: "Sami' allahu liman hamidah’, maka berkatalah: "Allahumma rabbana lakal hamd’. Sebab, siapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia di ampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukahri)


(8) QIAMULLAIL
Sesungguhnya qiamullail adalah etika dan pekerjaan orang-orang yang baik dan bahagia. Rasululullah SAW bersabda : "Lakukanlah qiamullail. Sebab qiamullail itu tradisi orang-orang yang salih sebelum kamu dan sebagai pendekatan kepada Allah, penanggal dosa dan penghapus keburukan serta mengusir penyakit dari badan." (HR Ahmad.Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)


(9) SOLAT TAUBAT
Rasulullah bersabda : "Jika seseorang manusia melakukan dosa (kecil) lalu dia berwuduk dengan sempurna, mendirikan solat dua rakaat kemudian memohonkan ampunan kepada Allah, maka dia diampunkan dosanya. Lalu Nabi Muhammad s.a.w.membaca ayat ini: ‘Orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menganiayai dirinya, kemudian mereka ingat kepada Allah, lalu meminta ampun kepada Allah…" Dia diampuni dosanya." (Ali b. Abi Talib)


AMALAN HARIAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA


(1) SEDEKAH
Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah kamu pada neraka!" Kemudian Nabi Muhammad SAW mundur dan memalingkan wajahnya, kemudian berkata: 'Takutlah kamu pada neraka!' Kemudian mundur dan memalingkan wajahnya tiga kali, hingga kami mengira bahawa Nabi Muhammad SAW melihat neraka. Kemudian Nabi SAW berkata: 'Takutlah kamu kepada neraka walaupun dengan sepotong kurma dan jika tidak mendapatkannya, maka cukup dengan kalimah tayyibah." (HR. Bukhari).


(2) PUASA
Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah menjauhkannya dari neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Abu Said al-Khudri).


(3) HAJI DAN UMRAH
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang haji ke Baitullah (Kaabah) dan dia tidak berkata perkataan yang mencemarkan dan tidak melanggar syariat maka dia kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya." (Abu Hurairah).


(4) TAWAF
Rasulullah SAW bersabda : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang tawaf tujuh kali, ia seperti memerdekakan seorang hamba. "Saya mendengar beliau berkata: 'Tidaklah seseorang meletakkan satu kaki dan mengangkat kaki yang lainnya melainkan dihapuskan satu dosa darinya dan ditulis satu kebaikan baginya." (Umar Radhiyallahu Anhu).


(5) HARI ARAFAH
Rasululllah SAW bersabda : "Tiada hari yang Allah SWT lebih banyak membebaskan manusia dari neraka selain dari hari Arafah. Sesungguhnya Allah SWT membanggakan manusia kepada para malaikat, lalu berfirman: 'Apa yang dikehendaki mereka?' (Aisyah).

Jelaslah bahawa sebenarnya banyak amalan yang boleh dilakukan untuk menghapuskan dosa yang telah kita lakukan selain dari kita memohon ampun kepada Allah SWT dan bertaubat kepada-Nya. Semua ini perlu kita ketahui agar amalan kita bukanlah suatu peniruan tingkahlaku tetapi kita amalkan kerana menuntut keredhaan Allah SWT dan ganjaran yang telah dijanjikan.

AMALAN PEMAKANAN NABI TERCINTA





 Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tidak pernah mengalami sakit perut sepanjang hayatnya karena beliau pandai menjaga pemakanan seharian. Insya Allah kalau kita ikut diet Rasullullah ini, kita takkan menderita sakit
perut ataupun keracunan makanan……Insya ALLAH

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

2. CARA MAKAN
A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA
MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA
YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN
KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut.


Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu, karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam
mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-…….jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkn usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita
boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala
atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Jangan pernah kamu menghina seorang pendosa




PADA suatu hari, selepas menunaikan sembahyang, Rasulullah didatangi seorang wanita yang bernama Ghamidiyah. Rasulullah pun bertanya tujuan wanita itu datang menemuinya.

"Apakah tujuan kamu menemuiku?" soal Rasulullah.
 "Wahai Rasulullah, aku telah berzina. Oleh itu rejamlah aku," jawab Ghamidiyah.

Mendengarkan jawapan itu, Rasulullah memalingkan mukanya dari pandangan Ghamidiyah.Ghamidiyah pun mendepani Rasulullah dan berkata: "Aku telah melakukan zina, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada penzina sepertiku ini," kata Ghamidiyah.

Selepas Rasulullah berpaling sebanyak tiga kali, akhirnya baginda pun bertanya, "Sudah sampai ke tahap mana engkau berzina?"

"Sudah berzina, ya Rasulullah," jawab Ghamidiyah.

"Adakah kamu bercium dan berpelukan?" soal Rasulullah.

"Sudah berzina, ya Rasulullah. Hubungan kami sudah seperti hubungan suami isteri, dan sekarang aku sedang mengandung anak hasil daripada perbuatan zinaku. Hukumlah aku, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum Allah, agar aku terlepas daripada hukuman Allah di akhirat kelak. Aku pohon agar dikenakan hukuman rejam ke atasku," kata Ghamidiyah lagi.

"Kau pulanglah dulu. Tunggu sehingga anak di dalam kandunganmu itu dilahirkan. Apabila engkau telah bersalin, barulah engkau datang menemuiku," nasihat Rasulullah.

Apabila telah cukup sembilan bulan 10 hari, maka lahirlah anak yang dikandung oleh Ghamidiyah. Sebaik sahaja sihat dan mampu berdiri, Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah. Dia mengendong bayinya di dalam sehelai kain dan dibawa bersama.

"Wahai Rasulullah, aku sudah melahirkan anak ini. Sekarang, aku sudah bersedia untuk dihukum. Jalankan hukumanmu ke atas ku," kata Ghamidiyah.

Rasulullah memandang ke arah Ghamidiyah dan bayi di dalam dukungannya silih berganti. Kemudian baginda menjawab, "Kau pulanglah dahulu. Apabila bayi ini sudah mampu makan dengan menggunakan tangannya sendiri, barulah engkau datang menemuiku semula".

Ghamidiyah pun akur. Dia pulang kembali ke rumah. Bayi yang dilahirkan itu dipelihara dengan penuh kasih sayang sehingga bayi itu besar. Akhirnya dia sudah mampu makan dengan tangannya sendiri. Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah buat kali yang ketiga, membawa bersama anaknya. Di tangan anak itu terdapat sekeping roti yang sesekali digigit dan dimamahnya.

"Wahai Rasulullah, lihatlah! Anakku ini sudah boleh makan dengan tangannya sendiri. Sekarang aku pohon kepadamu, hukumlah aku agar aku kembali suci untuk mengadap Allah yang maha Esa nanti," kata Ghamidiyah.

"Kau carikan sebuah keluarga yang rela menjaga anakmu ini apabila engkau sudah tiada kelak," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun mencarikan keluarga angkat untuk anaknya itu. Apabila telah ada orang yang sudi memeliharanya, maka Ghamidiyah pun menyerahkan anaknya itu. Kemudian dia kembali menghadap Rasulullah.

"Aku sudah selesaikan hal yang engkau perintahkan kepadaku. Sekarang, bolehlah aku dihukum," kata Ghamidiyah.

"Baiklah," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun dibawa ke tempat hukuman. Dia diikat di sebatang kayu. Orang ramai dikumpulkan di sekelilingnya. Akhirnya Rasulullah pun mengarahkan agar Ghamidiyah direjam. 

Semua orang mencapai anak batu lalu dilontarkan ke arah wanita itu. Seorang sahabat Rasulullah mengambil sebiji batu yang besar lalu melontar ke arah Ghamidiyah sambil mencelanya.

"Janganlah engkau menghina dan mencerca Ghamidiyah. Sesungguhnya taubatnya itu diterima Allah. Sekiranya hendak dibandingkan taubatnya dengan taubat yang lain, taubat ini adalah lebih besar dari Gunung Uhud," kata Rasulullah.

Maka Ghamidiyah pun meninggal dunia akibat direjam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...