ahlan wa sahlan

AKU INGIN BERUBAH!

SUARA HIDAYAH itu sudah acap kali datang menjengah telinga dan menyapa hati kita, namun kesan yang ditinggalkan, hanya kita dan Allah jua yang mengetahuinya. Bukan hati tak pernah berkata ‘aku ingin berubah’, tapi hakikatnya, kita masih lemah, masih terus kalah dengan godaan dan dorongan nafsu yang memperdaya.

Nafsu terus2an membisik,

‘nanti lah… kalau dah taubat sekarang, susah nak buat benda2 yang syok tu lagi’

‘kejap lah… sikit je lagi nih. Berhenti sekarang tergantunglah pulak!!!’

'sat, sat. Muda lagi ni, insyaAllah, banyak lagi masa nak insaf dan bertaubat’

‘alah… relak lah, lum sampai seru lagi tu…Allah lum nak buka pintu hati aku lagi nih!!!’

Dan kita terus kalah dengan seribu satu alasan yang dibisikkan syaitan dan nafsu. Dalam sedar bahwa syaitan itu adalah musuh kita yang nyata itu pun, kita masih gagal bangkit dari belenggu keseronokan menangguh taubat, menangguhkan dari bersegera melakukan kebaikan, meninggalkan yang maksiat maupun yang lagha…

Sebabnya???

Kita sebenarnya belum benar-benar mau berubah, belum sanggup meninggalkan yang tidak-tidak itu. Kita yang belum bersedia bertukar haluan, lalu kita cari dan kita cipta alasan demi alasan bagi memurnikan ketidakupayaan kita untuk berubah. Ada yang sampai menyalahkan orang lain, malah, lebih malang lagi, ada yang sampai menyalahkan Allah sendiri kerana tidak membuka hatinya untuk berubah…. Astagfirullah, Subhanallah.

Layakkah kita menyalahkan Allah, sedangkan berbagai ayat (tanda) telah Allah beri kepada kita, berbagai suara telah Allah ‘bisikkan’ juga kepada kita, hanya kita yang tidak mengendahkannya, memejam mata dan memekakkan telinga. Buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar.

Bila terdetik dalam hati keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik, itulah tandanya Allah mahu memberi kita hidayahNya, asal saja kita sambut ia dengan cara yang selayaknya. Apa cara yang selayaknya? Pening juga kita nak memikirkannya, kan? Tapikan Allah dah tunjukkan cara-cara tu dengan kitabNya melalui RasulNya saw? Kalau nak berubah, ayuh! tinggalkan yang tidak-tidak itu, bersegera melakukan yang baik-baik, moga-moga terhapus keburukan lalu dan diganti dengan kebaikan kini. Mulakan dengan yang itu dulu, lawan nafsu dan syaitan itu dengan memaksa diri, dengan bermujahadah melawan dan meninggalkan mana-mana yang tak soleh serta terlebih lagha. Dan dalam masa yang sama, perbanyakkan yang soleh lagi baik. Banyakkan sedekah dengan niat yang betul, banyakkan yang sunat disamping memantapkan yang fardhu.

Lalu apa lagi? Yang pasti, doa terus pada Allah, mohon diberi kekuatan melawan nafsu dan syaitan, kerana dari Allah jualah kekuatan itu, dan kita sangat perlu meminta dariNya. Sebagai hamba yang serba lemah, mohonlah pada ‘Tuan’ kita yang serba Agong. Jangan kita menyombong diri dan menyangka sekali kita berupaya meninggalkan kejahatan, kita akan terus dapat meninggalkannya dengan kudrat kita sendiri. Doa tetap perlu diteruskan, hatta berdoa untuk terus dalam keadaan berdoa hingga akhir hayat itulah yang sepatutnya dilakukan. ‘Perbanyakkan doa’, bagi ana maksudnya terus mohon pada Allah supaya kita tetap terus kuat berdoa dan memohon pada Allah. Sesungguhnya kita teramat lemah, segalanya memerlukan pada Allah swt.

Macam ada konflik pulak di sini. Tajuk tulisan kata HIDAYAH MILIK ALLAH, tapi kita kena buat pulak? Tak ke kalau dah hidayah tu milik Allah, berdoa saja lah sampai Allah beri ‘hidayah’ tu, baru kita boleh berubah….

Macamana tu???

Sebenar-benarnya di sini, tiada sebarang konflik kalau kita mengerti satu perkara, bahawa ALLAH SWT ITU MAHA TAHU, berbanding kita hambaNya yang serba tidak tahu. Maka yang tak tahu ni, kena buat cara orang tak tau apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Yang kita tahu janji Allah, siapa yang berusaha, dia pasti akan mendapatkannya. Dan kita juga tahu bahwa kita kena berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Allah yang Maha Tahu itu tahu sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kesungguhan kita untuk berusaha , seikhlas mana kita benar-benar mahu berubah. Maka dengan ILMU Nya itulah, Dia menetapkan segalanya untuk kita, kerana Dia Yang Maha Tahu. Oleh kerana itulah, segalanya milik Allah jua. Kerana Dia Maha Tahu.

Renungi firman Allah swt dalam Surah Ar Ra’d : 27-28;

“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”

wallahua'lam

Rahsia Solat

Inilah dia 13 Rukun Solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu
" FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Sila Klik "Share" Dan Share Di Facebook Anda Bagi Menyebarkan Artikel Ini.

Aib dan Benci

"Aku bukan nak mengumpat, tapi kau nak tahu, si pulan tu DULU pernah minum... sekarang je duk berlagak alim..." kata Peah kepada Joyah.

Joyah menambah ajinomoto, "Oh, ye ke... aku pun ada dengar DULU dia tu kaki perempuan. Tak sangka kan. Ingatkan baik sangat!"

....


"Huh! panas telinga aku dengar ceramah dia... tak sedar diri DULU banduan... ada hati nak nasihat orang lain!" seorang pak cik tua menggomel ketika berada dalam majlis ilmu.

"Tak baik mengata orang. Mungkin dulu dia pernah melakukan noda. Tapi mungkin juga sekarang dia telah bertaubat. Sebab itu dia nak lakukan kebaikan setakat yang dia mampu" kata Zul kepada pak ciknya yang sedang panas hati.

"Ah! mana kau tau dia dah bertaubat?? Ini semua topeng je. Masa dia buat semua tu, kau mana kenal dunia ni lagi!" sergah pak cik tua itu lagi.

...

"Si pulan tu sebenarnya anak luar nikah. Dah asalnya macam tu, dah tentu dia pun sama macam mak bapak dia. Kau jangan nak berkawan dengan dia. Mak tak nak anak mak berkawan dengan orang jahat" kata seorang ibu yang ingin menjadi 'savior' anaknya.

...





Insafi diri sendiri sebelum berhajat untuk membuka aib saudara kita


Dulu, dulu dan dulu... penghakiman kita kepada seseorang seolah-olah menamatkan segala episod kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya atau setelah dia menagih taubat pada Yang Esa.

Adilkah kita bersikap demikian, prejudis pada setiap kata dan perilaku hanya kerana perkara DULU. Apakah kita punya hak untuk menentukan nilai taubat seseorang? Sudah tentu jawapannya tidak.

Lupakah kita akan keburukan dan aib diri kita sendiri yang Allah telah pelihara dari dimomokkan di khalayak ramai? Atau kita beranggapan kita manusia suci, putih, bersih tanpa sebarang daki sepanjang kita bernafas di bumi, makanya kita layak menjadikan kejian sebagai penghakiman kepada setiap insan yang kita benci?

"...maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa." (sebahagian ayat 32, Surah An Najm)


Rasulullah S.A.W. bersabda, mafhumnya;

"Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya." -HR. Muslim, Abu Daud & At Tarmizi



Benci membenih sikap zalim

Hate the sin, not the sinner.

Sering sahaja kita dengar ayat ini. Namun praktikalitinya masih kurang kerana dalam diri kita sendiri cenderung untuk membenci secara pukal. Tambah buruk, kita bukan sahaja membenci pelaku dosa itu. Tapi kita heret juga insan-insan yang berada di sekelilingnya dan segala keturunannya.

Benci dalam hati yang membusut itulah menimbulkan keinginan membuak-buak untuk membuka aib orang lain agar dia dapat lihat insan tersebut, jatuh tersungkur dan hidup terhina. Dari membuka aib juga terlahir fitnah apabila cerita sebenar ditokok tambah.

Andai si pulan itu ingin berkahwin, maka rosaklah segala impiannya apabila dirinya dikata orang pernah melakukan onar.

Andai si ibu dalam kesyukuran ingin menyambut kelahiran, tiba-tiba dimaki suaminya kerana si suami termakan dengan kata orang anak itu bukan anaknya.

Andai dia anak yang baik, tapi dihambat bapanya, bila si bapa di'beritahu' bahawa anaknya pernah mencuri.

Andai seorang yang pak kiyai di usia senja ingin berkongsi dan didekati masyarakat, tapi dipulaukan kerana kisah zaman mudanya disebarluaskan.


Segala harapan hancur. Maruah seakan dipijak-pijak.

Dan padanya penyebar aib, itu adalah suatu kepuasan! Dia seakan merasa dirinya diangkat menjadi hero sepanjang zaman.

Ah...zalimnya manusia...


Andai kata kita tidak termasuk dalam golongan di atas, seharusnya kita akan mampu mendoakan kebaikan dan keampunan kepada si pulan serta memohon agar dia ditunjuki jalan hidup yang sebenar jika benar dia melakukan kesilapan.


Hentikan!

Perbuatan membuka aib saudara seIslam kini sudah menjadi suatu kebiasaan. Lihat sahaja dalam dunia hiburan dan politik. Ia seakan dianggap hiasan dan kemestian, bukan kecelakaan.

Malah salah satu cara untuk menaikkan populariti dan reputasi diri sendiri adalah dengan mendedahkan pekung pesaing sekelilingnya.

Trend jatuh menjatuhkan ini takkan ada kesudahan andai al-Qalb tidak dirawat. Salah satu caranya adalah dengan menyedari dosa-dosa yang kita lakukan setiap detik.

Begitu banyak masa yang kita peruntukkan untuk mencari bukti keaiban orang lain, sehingga kita lupa memperuntukkan waktu untuk diri sendiri; untuk menyedari kelemahan dan mensyukuri kelebihan.

"Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya, Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya." -HR. At Tarmizi

Ingatlah semakin banyak aib orang lain yang kita buka, ia semakin memperlihatkan keaiban kita. Jika hormat dan martabat dalam kalangan manusia yang kita damba, menjadi asbab aib orang lain menjadi senjata ampuh kita, maka tiadalah keduanya melainkan diri kita semakin hina di sisiNya.

Kembalilah kepada fitrah diri kita yang ingin mengasihi dan dikasihi. Dan kasih sayang itu tidak hadir dengan kita menyubur benci dan iri.

Siapa pun kita dahulu, biar Allah sahaja yang tahu. Begitu juga saudara-saudara kita. Setiap insan punya jalan kehidupan yang tersendiri. Segala kisah itu terhimpun buat pedoman agar kita mencari celah-celah sunyi untuk mengabid diri pada Ilahi. Semoga Allah mengampuni keterlanjuran lidah ini dan segala cela yang ada padanya... ameen~



Firman Allah;

Katakanlah (wahai Muhammad) "Ingin aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?". Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah, Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya.

(Iaitu) orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka"

-Surah Ali Imran: 15 - 16

Di mana kita letakkan batu asas cinta?

Sesungguhnya amat besarlah peranan cinta yang telah Allah berikan pada diri kita. Pada setiap hamba-Nya ada sekelumit perasaan cinta dan ingin di kasihi. Ia bukan sahaja sekadar membuai perasaan, bukan sekadar kita merasai nikmat cinta duniawi semata, malah ia berperanan lebih besar daripada itu.

Cinta adalah satu anugerah yang mana, ia telah menjadi pintu bagi diri kita menggapai kebahagiaan hakiki di akhirat, pintu rahmat yang membolehkan kita mengecapi reda dan cinta-Nya. Oleh itu sahabat, selayaknya kita memaknakan rasa cinta sebaik-baiknya.

Ikhlaskah Diri Kita?

Pernahkah terlintas di hati kita sedalam mana cinta kita kepada Allah San Pencipta? Ikhlaskah diri kita selama ini mencintai-Nya? Sang Khaliq? Mari sahabat, kita renung dalam-dalam diri kita. Hak mana diri kita? Di kirikah? Di kanankah? Selami lubuk hati kita sedalam-dalam yang mungkin, di manakah Allah di hatiku?

Tugu cinta yang kita bina hanya kerana Allah yang akan membantu kita menggapai redha-Nya. Andainya diri kita dapat merealisasikannya semasa kita hidup di dunia, maka beruntunglah hidup kita di akhirat sana. Namun andai nafsu dunia di biarkan merajai dan bertahta di dalam hati, maka cinta yang tidak di pandu cahaya akan menjadi sebuah cinta yang sia-sia. Kosong. Tidak terisi. Kerana cinta itu tiada nilainya di sisi Allah walau sekelumit benang dan sekecil zarah atom.

Maka naskah saya pada kali ini adalah untuk mengajak sahabat semua merelekskan diri. Jangan kelam kabut memburu cinta.

Penutup: Duhai Diri, Raihlah Cinta-Nya

Cinta yang di pupuk dan di abadikan dalam diri hanya kerana Allah akan membantu kita mencari di manakah redha Allah.

Alngkah bertuahnya diri kita andai cinta dalam diri kita menjadi asbab untuk diri kita mendapatkan habuan yang cukup hebat dari Allah.

Jom kita lihat sebentar hadis ini.

Dari Musa ibnu Wardan, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya di syurga, ada Quba yang di perbuat dari permata Yaqut. Di atasnya terdapat kamar-kamar yang di perbuat dari batu permata (Zamrud) yang memancarkan sinar, seperti bintang-bitang yang menyinari semesta. Di tanyakan kepada Rasulullah: “ Siapa yang menghuni kamar-kamar itu?” Rasulullah menjawab : “ Orang-orang yang mencintai kerana Allah, orang-orang yang duduk ( berkumpul) bersama kerana Allah, orang-orang yang saling bertemu kerana Allah.” [ Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...