ahlan wa sahlan

Siapa Yang Tiada Kenangan Lampau?

Saat lampau seorang anak remaja adalah kisah kanak-kanaknya. Bagi belia dewasa, zaman remaja dan kanak-kanaknya adalah kenangan lalu. Bagi si tua, sedari kanak-kanak itulah rakaman hayatnya yang terdahulu. Begitulah manusia, hari semalam itu ibarat nostalgia, hari esok bagai mimpi-mimpi yang baru.

Pengalaman indah, manis, dan baik-baik, mudah saja kita mainkan kembali memori itu. Sebaliknya, kisah negatif yang pernah berlaku pada diri kita, jarang sekali terpetik di minda. Pasti mustahil andai kita dengan duduk-duduk begitu saja, berjaya mengingat kejadian buruk itu. Siapakah kita, andai kenangan pahit itu berjaya dilupakan?

Kecuali dengan satu cara. Iaitu, apabila kau berpijak pada tanah yang menjadi saksi akan kejadian tadi. Atau dengan tiba-tiba kau bertentang mata dengan insan-insan yang bersangkutan dengannya.

Kemudian, kita konon berlagak, mendabik dada seraya mengaku,

Aku sudah lupakan hal pahit yang dulu-dulu.

Sedang di dada masih terpuruk rasa malu dan benci, mengapa ia pernah berlaku pada diri sendiri?

Kerana itu, aku cukup menghindar daripada berada di lokasi, atau menyerempak dengan mereka yang berkait nostalgia terburukku. Melainkan, saat aku sudah cukup tua,  cukup fikir yang ranum, cukup tenung yang dalam. Biar uban berebutan di kepala, atau rambut berkejaran cabut dari akarnya. Waktu itu aku pasti kan cukup kuat mengenang kesemuanya.

Adakah saat itu, aku bakal digelar makhluk Tuhan paling lewat? Mungkin, ya. Namun, biarlah…

Asalkan, saat terpetiknya kenangan lampau, istighfarku dibalut syahdu yang mencengkam. Pipiku dihujan permata yang mahal. Khusyukku pada Dia moga mencapai tangga yang meloncatkan. Dahiku biar kejung, legam, mencium sahabatnya, sejadah. Tanganku bersalam teman yang sering mengingatkan.

Setiap bait istighfarmu usai solat, mainkan semula rakaman dosa-dosa yang terdahulu. Nescaya sepanjang taubatmu itu, diakrabi sang airmata (yang dirindu Tuhan).

Kau tanyakan padaku, adakah aku lupa akan kisah pahit itu? Jawapanku, tidak.
 http://warkahbersama.blogspot.com/2011/08/siapa-yang-tiada-kenangan-lampau.html

kenapa?


Kenapa asyik membuka mulut
berkata-kata kosong
tanpa manfaat sedikitpun,
bukankah diam itu lebih baik?

Kenapa sibuk mengatakan
keburukan orang lain
dengan tidak henti-henti mengumpat,
bukankah diam itu lebih baik?

Kenapa mulut tidak penat
mengeluarkan kata-kata kesat
meskipun kepada rakan-rakan,
bukankah diam itu lebih baik?

Kenapa masih tidak insaf
berkata-kata buruk
dengan mengutuk orang lain,
bukankah diam itu lebih baik?

Kenapa agaknya mulut itu
tidak boleh dikunci walaupun
untuk masa yang singkat,
bukankah diam itu lebih baik?

Diam lebih baik dari bercakap banyak tapi merapu.......

Diam orang mukmin itu Ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah yang tidak meletihkan,

Kadang-kadang Ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Bagaimana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

kadang-kadanag memikirkan dosanya,
kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
takut mengumpat, menyakiti hati orang lain dsbnya,
Atau diam itu, menghormati percakapan orang lain,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran ,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar  sahaja,
kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan  dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat,  supaya bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan.


Doa Buat Sahabat



Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…

Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…

Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong

Berpakaian Tetapi Telanjang

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenak an pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang
sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedik it Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih
"power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah be rhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza , kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan
melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.


Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

luahan si dia

oleh Cik Vruz pada pada 05hb Ogos 2011 pukul 3.40 ptg

saya suka tengok jari awek saya...cantik betul..

sungguh! sampai takut nak pegang...bukan takut
patah... tapi takut nanti jari kitorang tak boleh
tolong each other di satu hari yang giler forever
depan yang maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya...cantik
betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung...
bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi
sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia
sampai bila2... takut nanti terbakar dek api
neraka di suatu hari yang giler forever
saya suka tgk body awek saya...cantik betol...
sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong
supaya mase die dating dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi cantik dan berseri
menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.
pheh syoknye...
saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan
rindu kat saya... saya pun macam tu jugak,ada
problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya dari saya...
saya sedih tengok awek saya selalu pesan
macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2
tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla
bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn
asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun..
berdosanye saya....
.............janganlah kita mementingkan keseronokan duniawi
kerana ia tidak kekal abadi.....
............jadilah manusia yang sering ingat mengingati terhadap apa
yang bakal kita hadapi di akhirat nanti......
semoga syurga abadi milik kita bersama yang hakiki...

BOLEH KAH MELUAHKAN PERASAAN DI FACEBOOK @ LAMAN SOSIAL LAIN...??? APA HUKUMNYA..???..


سْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْ
bismilahirahmanirahim
“Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.”
selawat dan salam buat Nabi junjungan, Nabi Muhammad SAW
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan". [Al-Ahzab: 56]
Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatu
"susahnya exam tadi..."
"panasnya hari ini..."
"knapa la suami ku..."
A.K.U.B.O.S.A.N

 Inilah antara keluhan yang sering kita baca dan lihat di banyak laman web sosial seperti FACEBOOK. Persoalan yang timbul,bolehkah meluahkan perasaan dengan cara begini...???seluruh dunia boleh melihat apa yang kita luahkan...
Sekiranya kita lihat sejarah FACEBOOK tujuan pertama Mark Zuckerberg adalah untuk berbincang tentang pelajaran dan perhubungan antara rakan-rakan universiti beliau. Untuk lebih faham boleh lihat video realiti berkenaan FACEBOOK dengan tajuk The sosial network . Meskipun kita mendengar khabar angin ada agenda lain.

sebenarnya ia bergantung juga kepada penggunanya sekiranya digunakan dengan cara baik maka baiklah penggunaannya. Ibarat pisau, pisau digunakan untuk memotong sayur,ikan,daging dan sebagainya.Tetapi sekiranya di salahgunakan seperti untuk membunuh maka salahlah penggunaannya.Di sini ana sertakan berkenaan hukumnya boleh layari laman web berikut
http://imahrahimah.com/?p=55

Tetapi kita sebagai umat ISLAM,perlukah kita mengadu kepada semua orang...??? Yang lebih menghairankan ada yang menggunakan untuk tujuan mengumpat yang dilarang dalam ISLAM. seperti mengadu tentang sifat kawan dan lebih menghairankan bila mengadu tentang suami mereka (bagi yang sudah berkahwin).

Firman Allah SWT yang bermaksud
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran" [al-Baqarah:186]

berdasarkan ayat Al-Quran ini kita dapat lihat bahawa hanya kepada Allah SWT sahaja kita layak memohon pertolongan sama ada kita dalam keadaan senang ataupun susah. Berdoalah hanya kepada Allah sekiranya susah pasti Allah perkenankan. Seperti yang termaktub dalam Qalam-Nya yang bermaksud :-

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina."
[Al-Mu'min:60]

Ini adalah gambaran hubungan yang akrab antara si pengharap dengan Yang Maha Memenuhi harapan. Apabila hubungan antara kedua-duanya akrab, maka segala harapan akan menjadi kenyataan denga izinNya.

Di sini ana sertakan masa-masa yang Afdal untuk kita berdoa
1. Sepertiga Akhir Malam
"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" (Sahih Bukhari)

2. Ketika Berbuka Puasa
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak" (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

3. Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).


4. Pada suatu waktu di hari Jumaat
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut" (Sahih Bukhari dan Muslim)

Waktu yang sesaat itu tidak diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib.


5. Terjaga dari tidur pada malam hari dimana sebelum tidur dalam keadaan bersuci
"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)


6. Di antara azan dan iqamah
"Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah" (Sunnan Abu Daud, Sunnan At-Tirmidzi, Sunnan Al-Baihaqi. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)


7. Ketika sujud semasa solat
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan" (Sahih Muslim)


8. Ketika Hujan
"Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami' No. 3078).


9. Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)


10. Hari Arafah
"Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah" (Sunnan At-Tirmidzi. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Di kesempatan masa Ini sahaja yang ana dapat nukilkan.tujuan ini adalah sekadar untuk saling nasihat-menasihati terutamanya untuk diri sendiri dan kepada saudara-saudara seislam ana. Sebarang kesalahan berkenaan dalil atau apa-apa sahaja berkenaan penulisan ini sila harap diberi teguran.

Hak milik ilmu sementara ~ Mujahid Dhiyauddin Fisabilillah
Hak milik ilmu selamanya ~ Allah SWT

Allahu ta'ala alam
http://www.facebook.com/?ref=logo#!/pages/AKU-BENCI-DEDAH-AURAT-DI-LAMAN-SOSIAL/183651251682730
Wasalam..



http://www.facebook.com/?ref=logo#!/home.php?sk=group_143538852376352&ap=1
Ya ALLAH, sempena MEREKA YANG DEDAH AURAT DI FACEBOOK ini, aku menadah tangan kepada MU,ampunkanlah dosa-dosaKU, sesungguhnya mereka tidak mampu menghadapi api neraka MU sekiranya Engkau menetapkan umurnya panjang.. Berkatilah usianya agar dia sentiasa berada dalam rahmat MU, sekira...nya rezeki yang diberikan kepadanya melebihi kep...erluannya.. Engkau campakkanlah rasa kesyukuran di hatinya, agar dia tidak lupa kepada makhluk MU yang lain, Ya ALLAH, shbtku ini amat lemah dalam menempuh mehnah duniawi, lapangkanlah dadanya dan bantulah dia dalam mentaati MU, Janganlah Engkau biarkan dia walaupun sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu.. ya ALLAH, tetapkanlah hatinya pada agamamu dan sentiasa mentaati perintahmu.. didiklah hatinya dengan al-quran dan sunnah rasul MU.. Ya ALLAH, jadikanlah dia di kalangan tentera-tentera MU, yang sentiasa berjuang menjulang agama MU..agar dia berada di kalangan mereka yang BERJAYA.. ya ALLAH..terimalah doaku ini...... AMIN

Marah



  Melihat kepada gambar baby diatas, tingat kata2 seorang kawan ketika melihat phone ku (gambar tu merupakan screensaver di phone ku.hehe..=D), “nampak tua la baby ni bile marah..”..agaknye, camtula kot ye rupa kita apabila sedang marah ye, lebih tua kot.huhu…=S  Baek ke tak baek sebenarnye ye marah ni?hm…

     Marah,Positif VS Negatif?     Marah merupakan satu sifat semulajadi kurniaan Allah. Manusia tak perlu diajar camne cara2nya nak marah, sebaliknya ia akan lahir dengan sendirinya apabila berlaku sesuatu yang tidak disukai, menyakitkan,atau tidak dikehendaki berlaku terhadap diri. 

Menyebut berkenaan marah Hamka di dalam bukunya yang berjudul Tasauf moden mengatakan bahawa kemarahan itu sesuatu yang perlu ada bagi manusia. kerana tanpa marah manusia akan hilang daya pertahanan. Kemarahan adalah menjadi sebab wujudnya sensitiviti terhadap sesuatu perkara dimana tanpanya manusia itu tidak ubah seperti makhluk yang tidak bernyawa. Persoalannya sejauh manakah kita meletakkan perasaan marah itu pada tempat, waktu dan keadaannya supaya ianya mampu memberi impak yang positif?   Marah merupakan sifat yang timbul daripada nafsu. Marah yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia sepatutnya dikawal oleh akal yang berlandaskan iman. Imam Ghazali ada menyatakan, “Kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu.”   Ini bermakna marah dan syahwat yang tumbuh daripada dahan nafsu akan membuahkan kesan yang positif sekiranya akal dapat mengawal dan mengimbangi pengaruhnya di dalam diri seseorang. Jika akal tidak mengawal rasa marah, nafsu akan mengambil alih peranan kawalan secara total sehingga timbullah bermacam-macam perkara negatif seperti dendam dan sebagainya.    Pentingnya mengawal marah?

Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan yang dilarang agama, katanya: "Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola."  Dengan ini, jelas menunjukkan ketika kita sedang marah, syaitan akan mula mengambil kesempatan terhadap diri kita, hinggakan fikiran dan emosi terganggu, hati panas dan pastinya tindakan akan mengikut fikiran yang tidak waras. Bimbang, akan ada yang teraniaya atau dizalimi dengan tindakan kita gara2 menurutkan perasaan marah..na’uzubillah…  Saidina Ali di dalam sebuah peperangan dimana beliau yang hampir berjaya membunuh seorang lawannya, melepaskan musuh tersebut setelah musuh tersebut meludah ke mukanya sebelum sempat tikaman pedang Saidina Ali mengenainya. Ini kerana beliau tidak mahu menghukum akibat perasaan marah kerana dirinya diludah, sebaliknya kerana rasa marah untuk agama.  Sifat pemaaf dan menahan marah juga sebahagian dari kategori taqwa yang dinyatakan Allah dalam surah ali Imran yang berbunyi:  “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;”  “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;”  -Ali imran: 133-134-     Marah yang dibolehkan dalam islam?     Ahli tasauf Islam menerangkan bahawa marah itu terpuji hanya dalam dua perkara saja iaitu marah mempertahankan kehormatan dan marah mempertahankan agama.      Sabda Rasulullah S.A.W, ‘’Yang sebaik-baik umatku ialah yang sikapnya keras di dalam menjalankan hukum agama.”       Camne nak atasi?

Satu masa dulu,sy sendiri pernah melalui saat menjadi sorang yang pemarah..salah sikit je,nak marah je  rasa..tetapi, lama kelamaan, diri sendiri merasa “penat” dengan sifat pemarah, rimas, cepat penat bila asyik nak marah, sampaikan timbul rasa tak suka nak menjadi diri sendiri bila memikirkan perasaan orang disekeliling yang menerima akibatnya. Kalau dibiarkan penyakit camtu, diri sendiri akan sentiasa tak tenang dengan sifat cepat marah, akhirnya mencari jalan bagaimana nak mengubatinya..berikut antara perkara2 yang saya cuba amalkan yang alhamdulillah, dah lama diri ini bebas dari belenggu penyakit cepat marah..kesimpulannye, sifat cepat marah bukan sesuatu yang tidak boleh diubah, berkat usaha, mujahadah diri sediri, doa dan tawakkal insyaAllah mampu diubah..=)

     a)      Bersangka baik dan fikirkan kebaikan orang y membuatkan kita marah. Janganlah terlalu membenci dan marahkan sesorang, kerana mungkin suatu masa nanti, orang itu berjasa untuk kita

     b)      Jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius sehingga memberi gambaran sebaliknya. Jangan cepat menyalahkan orang, letakkan diri kita di tempat orang yang membuatkan kita marah, apakah kita mampu mengelaknya kerana boleh jadi kita marah kerana tidak memahami situasi sebenar orang itu.



     c)       Ingatlah sifat pemaaf Allah yang mampu memaafkan hamba2nya yang sentiasa berbuat dosa dan tidak dapat lari dari dosa, apatah lagi kita yang tidak punya apa2, layakkah kita yang bukan sape2 untuk tidak memaafkan manusia hatta Penciptanya mampu memaafkannya (selain dari dosa syirik)?

     d)      Mengingati kelemahan diri sendiri sebagai manusia yang juga tidak pernah lari dari kesilapan supaya kita tidak berharap orang lain mampu lari dari kesilapan.

     e)      Mengingati diri kita betapa buruknya rupa kita ketika marah seolah-olah ianya bukan diri kita

     f)       Memohon perlindungan kepada Allah daripada terjebak dalam kemarahan yang tidak kena pada tempatnya

     g)      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

     h)      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis diriwayatkan Abu Daud)

     i)        Mengingati kelebihan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada sesiapa yang menahan kemarahan:        i.            Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Abu Darda' .a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasulullah, tunjukkan kepada saya satu amlan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga". Jawab Rasulullah : "Janganlah kamu marah"

        ii.            Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

                      iii.            "Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim."

(Surah asy-Syura: 39-40)    

Akhir kalam…:  i) Buat yang mendapat suami yang mudah marah:  -berbahagialah dengan pasangan yang dkurniakan untukmu..sesungguhnya kurniaan itu dapat mengelak dirimu dari menjadi isteri yang derhaka sebaliknya memastikanmu menjadi isteri yang sentiasa taat dan patuh.alhamdulillah...=D

  ii) Buat yang mendapat isteri yang mudah marah:  -Berbahagialah dengan pasangan yang dikurniakan untukmu..walau pun dia pemarah, dia tetap setia menguruskan hal rumah tangga dan berkhidmat sebagai seorang isteri.boleh jadi marah itu merupakan cara dia menghilangkan penat lelahnya menguruskan hal rumah tanggamu.sesungguhnya, dirimu dberi peluang mengumpul pahala hasil dari kesabaranmu sehari2an..=D

  iii) Buat yang mudah marah:  -Berbahagialah kerana orang dsekelilingmu masih menerima kehadiranmu seadanya, masih menghargaimu walau seteruk mana pun kemarahanmu..namun,sekali sekala,belajarlah memaafkan dan menyelami persaan orang disekelilingmu supaya mereka turut merasa dihargai..=D

Kesimpulannya,berbahagialah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..Allah selalu akan berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.Lumrah manusia, apa yang ada,jarang disyukuri, apa yang tiada,sering dirisaukan..(petikan lirik lagu "Antara Dua Cinta" nyanyian The Zikr..=D)Sekian dulu sebagai penutup cuti midsem..(Sedihnya nk kena balik da.huhu..=( )  Wallahu a’lam..  Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah."   -Hadis riwayat Imam Ahmad-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...