ahlan wa sahlan

cerita si tudung labuh

Bismillahirahmanirahim

Part 1 ^^∙Dikejar Tebuan Tanah∙
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salahseorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungletrekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasukihutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara,tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah.Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjeritkesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjeritketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkantakbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Merekabertempiaran lari.Sementara aku tetap bertahan di situ.Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turutkusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yangterkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawamereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku.Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kainburuk ini.

Part 2~∙Terlindung daripada Mata Mat Rempit∙
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, akumembeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat dudukseorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam didalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnyakumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki .Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkanaku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup denganmengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suarapemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuhsedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauhdari pemandu.Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi.Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit darikerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas,aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. YaAllah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun,tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas diGreenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu.Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentianitu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.Aku berada di sebuah perhentian bas.Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnyaadalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanyasedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situterdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatanseekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar diluar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segeramenelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku.Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akankugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payahaku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidakdapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjingitu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norlizamentafsirkan lokasi aku berada. Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanandengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai diseberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ.Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetapberdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernahkuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitamdan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untukmenyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututuppada wajahku yang berkulit cerah.Saat yang amat mendebarkan dalamhidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujukhati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samsengjalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketikaitu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkanemosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan,menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percayaapabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsungtidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resahmelihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risaumembayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itukerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar.Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandangdengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. PuanNorliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telahmenyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimuyang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover.Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masihbertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalamhidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buatadik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemuijawapannya.

Part 3..~ ^^∙Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut∙
Seorang temanku dari Brunei sudahbeberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya.Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinyayang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemudayang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketikaitu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran.Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.Aku sedih mendengar ceritanya. Diamemegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudunglabuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itumembuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allahs.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar,rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana begtanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanyakawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh,pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Part 4 ~∙Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh∙
Aku hairan melihat beberapa orangtemanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilankerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masihmenutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yangtetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerimapinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamakusaat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku.Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yangmempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akanberfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh.Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.Pernah juga aku dan suami cubamemadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kamikenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuhrupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagitemanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun keranapenampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita tidak boleh menilaiseseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masaterlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalamanseseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contohrealiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjualdi gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual digerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnyamenggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihansebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketikaitu?

Fikir-fikirkan.**********************************************************

Demikian
ceriteranya. So, para wanitasekalian, saya tak nak cakap lebih, hehe. Saya pun bukan bagus sangat,tapi saya memang mengidam dapat memperisterikan wanita sebegini rupa∙ Nak dapat yang baik, jadilah yang terbaik ^_^∙

MUSLIMAH

Adakah aku digelar MUSLIMAH ? Andai TUDUNG masih di atas DADA , Baju KETAT tak terkata... Adakah aku digelar MUSLIMAH ? Minyak wangi DIGUNA luar biasa HARUMNYA, Bukan kerna TIDAK SENGAJA tapi SENGAJA buat buat LUPA, Agar RAMAI yang memuji tanda SUKA.. Adakah aku digelar MUSLIMAH ? andai tudung DIKEPALA, Namun COUPLE tidak pernah DIPUTUSKANNYA, Maklumlah KATA hanya bercinta KERNA ALLAH, Tapi NAFSU sendiri yang TIDAK BISA dipelihara... Adakah aku digelar MUSLIMAH ? Andai aurat SEMUA sudah TERJAGA, Namun SOLAT dan PERINTAHNYA, Dibuat smabil LEWA... Adakah aku digelar MUSLIMAH ? Bertudung LABUH juga BERPURDAH, Namun PROFIL fb tetap terpapar GAMBAR WAJAH, Tanda diri ingin DIPUJA.. Adakah aku digelar MUSLIMAH ? Muamalat tidak TERJAGA, Berborak dengan LELAKI bagai nak GILA, Apa diKATA semua MEREPEK saja.. Adakah aku digelar MUSLIMAH ? Andai IBUBAPA tidak diUTAMA, Namun bila RAKAN dan juga TEMAN BERSUARA, Yang SALAH pun DIBENARKANNYA... Adakah aku digelar MUSLIMAH ? CINTA pada ALLAH diKATA setiap MASA, Tapi BUAT perintahNYA satu pun TAK ADA.. Sekian sahaja dari AKU yang INGIN bergelar MUSLIMAH, Namun SUKAR sangat MENGEJARKANNYA.. Maafkan AKU andai SAHABAT semua TERASA, Atas segala apa yang AKU kata.. Bukan NIAT nak MENGATA atau APA, Cuma sedikit TEGURAN dari DIRI yang SAYANGKAN agama.. Wahai SAHABAT yang ingin bergelar MUSLIMAH, Marilah UBAHkan diri agar MENJADI lebih BERGUNA, Bukan UNTUK sapa sapa TAPI hanya UNTUK pada ALLAH dan AGAMA... Buat MUSLIM diluar sana jangan ashik LIKE saja, Tapi TEGURLAH pada semua WANITA, Untuk LEBIH menjaga AGAMA.. FIKIRlah wahai SAUDARA semua, ANDAI muslimah TIDAK kau JAGA, Maka ROSAKLAH agama juga SURI rumah.. (tapi diri tak layak lagi untuk digelar MUSLIMAH)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...