semoga semua dalam perlindungan Allah =)
saya sekadar berkongsi ilmu ... yang saya rasa... ia sangat menakjubkan... berkongsi artikel dari sini
menurut admin blog 'SUBHANALLAH'
.
Sekiranya
koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan
bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Apabila
kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah
Muhammad pula terbentuk!
Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah?
Sekiranya
kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan
Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan
al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran
diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti
yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud!
Kehebatan
dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan
apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat
bagi setiap surah. Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah
al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor
surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya
dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114,
iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236.
Surah-surah al-Quran dan jumlah ayatnya boleh dikategorikan kepada Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7. Satu contoh lagi ialah surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap pula sebagai contoh ialah surah ke 3 iaitu surah ali-Imran yang mempunyai bilangan ayat 200. Satu lagi contoh ialah surah ke-5 iaitu surah al-Maidah yang mempunyai bilangan ayat 200 ayat. Satu kategori lagi ialah nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh surah surah ke-6 iaitu surah al-An'am mempunyai 165 ayat dan surah ke-2 iaitu surah al-Baqarah yang mempunyai bilangan ayat 286
ayat. Sekiranya surah-surah ini dikategorikan kepada sama jenis dan
berlainan jenis umpamanya kategori sama jenis ialah (nombor surah ganjil
yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang
mempunyai bilangan ayat genap) jumlah semua surah dalam kategori ini
ialah 57 surah, sementara satu kategori lagi ialah kategori berlainan
jenis iaitu surah yang mempunyai nombor genap yang mempunyai bilangan
ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap,
jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. Ini menunjukkan
perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan
menghasilkan perimbangan. Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam
kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat
dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat
al-Quran, mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat
al-Quran? dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori
berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya
ialah 6555, mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor
surah?. Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya
susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah
sama sekalui. Quran tak boleh diubah! Para pembaca boleh menyemak
sombor surah dan bilangan ayat tersebut dalam laman web yang tertera di
atas sebelah kanan muka suat ini.
Persoalan-Persoalan Menarik!
Bagaimana
susunan surah-surah al-Quran boleh seimbang antara jumlah campuran
nombor-nombor surah dengan campuran surah-surah dalam kategori yang
tidak sama jenisdan bagaimana jumlah campuran semua ayat al-Quran sama
dengan campuran surah-surah dalam kategori sama jenis sedangkan pada
masa itu belum wujud lagi sistem nombor? PASTI INI SEBAGAI BUKTI
MAHABIJAKSANANYA ALLAH S.W.T. DAN MAHA MENGIRANYA ALLAH S.W.T.
Keseimbangan Yang Lain
Sekiranya
nombor surah dicampurkan dengan bilangan ayatnya, umpamanya surah
al-Fatehah adalah surah 1 dan bilangan ayatnya 7 (1+7=8), surah
al-Baqarah surah 2 dicampurkan dengan bilangan ayatnya (2+286=288) dan
seterusnya sehingga surah terakhir surah ke-144 iaitu surah an-Nas
bilangan ayatnya 6 (114+6=120). Sekiranya jumlah campuran antara nombor
surah dengan bilangan ayat yang jumlahnya ganjil dicampurkan semuanya,
jumlahnya ialah 6555 iaitu
sama dengan jumlah campuran semua nombor surah. Dan sekiranya jumlah
campuran antara nombor surah dan bilangan ayat yang jumlahnya genap
dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan jumlah ayat al-Quran. Sekiranya diubah kedudukan surah maka jumlah ini tidak akan dapat dihasilkan.
Keseimbangan Ini Lebih Menakjubkan!
Sekiranya nombor-nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil
dicampurkan sekali, jumlahnya ialah 1551. Nombor-nombor surah tersebut
adalah seperti berikut. 1, 9, 11, 13, 15, 17, 25, 27, 29, 33, 35, 39,
43, 45, 57, 63, 81, 87, 91, 93, 97, 101, 103, 105, 107, 111, 113.
Pembaca boleh gunakan mesin kira untuk mengiranya, tapi cuba bayangkan
zaman Nabi dimana sistem angka belum ada. Jumlah campuran nombor-nombor
surah ini ialah 1551. Sekarang campurkan pula nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil.
Nombor-nombor surah tersebut ialah: 6, 8, 10, 12, 20, 26, 36, 40, 42,
44, 46, 48, 50, 52, 54, 60, 62, 76, 82, 84, 86, 92, 96, 100, 104, 108,
110. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1554. Sekarang campurkan jumlah campuran nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil (1551) dengan jumlah campuran nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil.
(1554). (1551+1554=3105). Sekarang kira berapa banyak nombor-nombor
surah tersebut? Nombor-nombor surah adalah 54 semuanya. Berapa pula
bilangan surah dalam al-Quran? Bilangannya ialah 114. Lihat formula ini:
Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil (54), bilangan surah dalam al-Quran ialah 114. Jumlah campuran 3105= 54 /
2 X (114 +1)=27 X 115. Sekiranya susunan nombor surah ini diubah sesuka
hati seeperti yang dicadangkan oleh orientalis Barat, maka jumlahnya
tidak boleh disesuaikan dengan formula (jumlah surah/2 X Bilangan surah
al-Quran +1).
Sekiranya
nombor-nombor surah yang mempunyai bilangan ayat genap pula
dicampurkan, jumlahnya ialah 3450. 3450= (Bilangan surah yang mempunyai
bilangan ayat genap)/2 X (Bilangan surah al-Quran +1)=60/2 X (114 +1)=30 X 115.
Kedudukan Surah al-Hadid
Surah
al-Hadid ialah surah yang ke 57 dalam al-Quran. Al-Quran mengandungi
114 Surah. Olehsebab jumlah surah al-Quran adalah genap, maka tidak ada
surah yang ditengah-tengah al-Quran. Namun dari sudut matematik, 57
bersamaan dengan 114/2.
Sekiranya nombor-nombor surah dari surah al-Fatehah sehingga surah al-Hadid dicampurkan iaitu
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31+32+33+34+35+36+37+38+39+40+41+42+43+44+45+46+47+48+49+50+51+52+53+54+57
jumlahnya ialah 1653.
Cuba anda dharabkan jumlah ayat dalam surah al-Hadid dengan nombor
surah al-Hadid. 29 X 57, Berapa hasil dharabnya? Hasil dharabnya ialah 1653
Cuba anda kenalpasti dua nombor surah yang berada di tengah-tengah kedudukan surah al-Quran.
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31+32+33+34+35+36+37+38+39+40+41+42+43+44+45+46+47+48+49+50+51+52+53+54+57+58+59+60+61+62+63+64+65.........+114
Dua surah yang ditengah-tengah surah-surah al-Quran ialah surah nombor 57 dan surah nombor 58.
57, 58
Sekarang
anda dharabkan 57 dengan 58 (berapa hasil dharabnya?, jawabnya ialah
3306. Sekarang bahagikan 3306 dengan 2 (sebab 57 adalah mewakili separuh
bahagian pertama al-Quran dan 58 mewakili bahagian ke dua al-Quran)
3306/2=1653
1653! anda rasa kebetulan kah?
Sekiranya
anda dharabkan nombor-nombor surah dari surah 1 hingga surah 114
dengan bilangan ayatnya, umpamanya 1X7=7, 2X286=57...dan sebagainya
sehingga surah ke 114 dan kemudian susun hasil dharabnya berdasarjkan
kedudukan menurun (Descending order) dan juga kedudukan menngkat
(Ascending order), semua nombor surah berdasarkan hasil dharabnya akan
berubah kedudukannya. Namun ada surah yang tidak berubah kedudukannya
iaitu surah nombor .....
57
Sekali lagi, apakah ini adalah satu fenomena yang kebetulan semata-mata?
Ada sesiapa yang boleh menolak ini sebagai satu yang menakjubkan. Ingat semasa al-Quran diturunkan, sistem nombor belum wujud!.
Can anybody refute this as an amazing phenomena. Bear in mind that there were no number system when the Quran was revealed!
wallahua'lam
-sekian-
boleh juga lawati beberapa blog di laman web
http://myislam.blogspot.com/2007/04/ayat-al-quran-bukan-6666-tetapi-6236.html
http://hazrilhafiz.blogspot.com/2011/12/penemuan-tentang-peristiwa-2012-dalam.html
boleh juga lawati beberapa blog di laman web
http://myislam.blogspot.com/2007/04/ayat-al-quran-bukan-6666-tetapi-6236.html
http://hazrilhafiz.blogspot.com/2011/12/penemuan-tentang-peristiwa-2012-dalam.html