Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^
Hari ini saya artikel untuk dikongsi.
Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.
Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.
Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.
Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.
Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.
Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.
Janganlah kita kerasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.
Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.
Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!
‘ Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’ - ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat
- Muhamad Naim (akuIslam.com)
c0py: http://akuislam.com/blog/mauidzah/belajar-menundukkan-pandangan/#ixzz1qP0pyy2z
Form Abu Basyer
Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:
1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.
2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.
3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.
4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.
5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma’rifat kepada Allah s.w.t. serta hukum-hakamnya.
7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.
8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.
9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.
10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.
11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap akibat-akibat buruk yang akan berlaku.
12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.
wallahua'lam
" Perjalanan dakwah itu tiada penghujungnya" ...kita bukan pemula, kita juga bukan penghujungnya, kita hanyalah penyambungnya,Maka jangan hentikan perjalanan ini, teruskan berjalan,,, ^_^
ahlan wa sahlan
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
:: 7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR ::
:: 7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR ::
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang lain!!!!!.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang lain!!!!!.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh
AMALAN IBADAT YANG MENGHAPUSKAN DOSA
(1) WUDUK
Rasulullah SAW bersabda : "Jika seseorang Muslim atau Mukmin mengangkat wuduk, maka ketika membasuh mukanya, segala kesalahan kerana pandangan matanya keluar bersama-sama air atau bersama akhir ketitisan air. Jika dia membasuh kedua tangannya bersama air atau bersama akhir titisan air. Jika dia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah dosa yang dilakukan kedua kakinya bersama air atau bersama akhir titisan air, hingga dia bersih dari semua dosa." (Riwayat Muslim).
Rasulullah SAW bersabda : "Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan dan mengangkat darjat? Sahabat menjawab: Mahu Ya Rasulullah! Nabi SAW berkata: "Menyempurnakan wuduk pada waktu subuh yang dingin dan banyak melangkah ke masjid serta menunggu solat jemaah setelah solat sunnah. Yang demikian itu adalah ikatan kepada Allah." (Riwayat Muslim)
(2) AZAN
Azan adalah salah satu syiar Islam yang nyata dapat menghapuskan keburukan. Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang ketika selesai mendengar azan mengatakan : ‘Asyahadu an la ilaaha illallah wahdahu la syrikalalahu wa anna Muhammadan ‘abduhu wan rasulan wa bil Islami dinan. (Saya menyatakan tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa tanpa sekutu apa pun bagiNya. Saya menyatakan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Saya rela Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agamaku, maka dia diampuni dosanya." (Riwayat Muslim).
Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang azan itu diampuni dosanya sepanjang suaranya dan disaksikan oleh setiap (tumbuhan) yang kering dan yang basah. Orang yang menghadiri solat itu dituliskan 25 kali solat dan dihapuskan dosanya antara solat dengan solat berikutnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
(3) BERJALAN KE MASJID (Tempat solat)
Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa bersuci (wuduk) di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu tempat ibadah untuk melaksanakan salah satu kewajipan terhadap Allah, maka kedua langkahnya itu sebagai penghapus dosa dan langkah yang lain mengangkat darjatnya." (Ibnu Majah)
(4) SOLAT LIMA WAKTU
Rasulullah SAW bersabda : "Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Bagaimana pendapatmu, jika ada sungai di depan pintu (rumah) seseorang di antara kamu dan dia mandi darinya lima kalis setiap hari, apakah ada kotoran yang tersisa darinya?" Sahabat menjawab : "Tidak tersisa sedikit pun kotoran darinya." Nabi Muhammad SAW berkata: ‘Demikian itu adalah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah SWT menghapuskan segala kesalahan dan dosa." (Muttafaq Alaih)
(5) SOLAT JUMAAT
Hari Jumaat adalah terpenting dan paling utama dalam seminggu. Solat Jumaat menghapuskan keburukan dan dosa. Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat Jumaat dan dia mendengar khutbah dengan tekun, maka terampuni dosanya antara hari itu dengan Jumaat berikutnya dan ditambahkan tiga hari. Barang siapa yang melengah-lengahkannya, maka tiadalah pahalanya." (Riwayat Muslim).
(6) MEMBACA AMIN
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam membaca amin maka bacalah amin. Sebab orang yang membaca amin bersama aminnya malaikat, maka dia diampuni dosanya yang telah silam." (Riwayat Al Bukhari)
(7) BANGUN DARI RUKUK (Iktidal)
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam mengucapkan: "Sami' allahu liman hamidah’, maka berkatalah: "Allahumma rabbana lakal hamd’. Sebab, siapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia di ampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukahri)
(8) QIAMULLAIL
Sesungguhnya qiamullail adalah etika dan pekerjaan orang-orang yang baik dan bahagia. Rasululullah SAW bersabda : "Lakukanlah qiamullail. Sebab qiamullail itu tradisi orang-orang yang salih sebelum kamu dan sebagai pendekatan kepada Allah, penanggal dosa dan penghapus keburukan serta mengusir penyakit dari badan." (HR Ahmad.Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)
(9) SOLAT TAUBAT
Rasulullah bersabda : "Jika seseorang manusia melakukan dosa (kecil) lalu dia berwuduk dengan sempurna, mendirikan solat dua rakaat kemudian memohonkan ampunan kepada Allah, maka dia diampunkan dosanya. Lalu Nabi Muhammad s.a.w.membaca ayat ini: ‘Orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menganiayai dirinya, kemudian mereka ingat kepada Allah, lalu meminta ampun kepada Allah…" Dia diampuni dosanya." (Ali b. Abi Talib)
AMALAN HARIAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA
(1) SEDEKAH
Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah kamu pada neraka!" Kemudian Nabi Muhammad SAW mundur dan memalingkan wajahnya, kemudian berkata: 'Takutlah kamu pada neraka!' Kemudian mundur dan memalingkan wajahnya tiga kali, hingga kami mengira bahawa Nabi Muhammad SAW melihat neraka. Kemudian Nabi SAW berkata: 'Takutlah kamu kepada neraka walaupun dengan sepotong kurma dan jika tidak mendapatkannya, maka cukup dengan kalimah tayyibah." (HR. Bukhari).
(2) PUASA
Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah menjauhkannya dari neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Abu Said al-Khudri).
(3) HAJI DAN UMRAH
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang haji ke Baitullah (Kaabah) dan dia tidak berkata perkataan yang mencemarkan dan tidak melanggar syariat maka dia kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya." (Abu Hurairah).
(4) TAWAF
Rasulullah SAW bersabda : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang tawaf tujuh kali, ia seperti memerdekakan seorang hamba. "Saya mendengar beliau berkata: 'Tidaklah seseorang meletakkan satu kaki dan mengangkat kaki yang lainnya melainkan dihapuskan satu dosa darinya dan ditulis satu kebaikan baginya." (Umar Radhiyallahu Anhu).
(5) HARI ARAFAH
Rasululllah SAW bersabda : "Tiada hari yang Allah SWT lebih banyak membebaskan manusia dari neraka selain dari hari Arafah. Sesungguhnya Allah SWT membanggakan manusia kepada para malaikat, lalu berfirman: 'Apa yang dikehendaki mereka?' (Aisyah).
Jelaslah bahawa sebenarnya banyak amalan yang boleh dilakukan untuk menghapuskan dosa yang telah kita lakukan selain dari kita memohon ampun kepada Allah SWT dan bertaubat kepada-Nya. Semua ini perlu kita ketahui agar amalan kita bukanlah suatu peniruan tingkahlaku tetapi kita amalkan kerana menuntut keredhaan Allah SWT dan ganjaran yang telah dijanjikan.
Jangan pernah kamu menghina seorang pendosa
PADA suatu hari, selepas menunaikan sembahyang, Rasulullah didatangi seorang wanita yang bernama Ghamidiyah. Rasulullah pun bertanya tujuan wanita itu datang menemuinya.
"Apakah tujuan kamu menemuiku?" soal Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, aku telah berzina. Oleh itu rejamlah aku," jawab Ghamidiyah.
Mendengarkan jawapan itu, Rasulullah memalingkan mukanya dari pandangan Ghamidiyah.Ghamidiyah pun mendepani Rasulullah dan berkata: "Aku telah melakukan zina, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada penzina sepertiku ini," kata Ghamidiyah.
Selepas Rasulullah berpaling sebanyak tiga kali, akhirnya baginda pun bertanya, "Sudah sampai ke tahap mana engkau berzina?"
"Sudah berzina, ya Rasulullah," jawab Ghamidiyah.
"Adakah kamu bercium dan berpelukan?" soal Rasulullah.
"Sudah berzina, ya Rasulullah. Hubungan kami sudah seperti hubungan suami isteri, dan sekarang aku sedang mengandung anak hasil daripada perbuatan zinaku. Hukumlah aku, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum Allah, agar aku terlepas daripada hukuman Allah di akhirat kelak. Aku pohon agar dikenakan hukuman rejam ke atasku," kata Ghamidiyah lagi.
"Kau pulanglah dulu. Tunggu sehingga anak di dalam kandunganmu itu dilahirkan. Apabila engkau telah bersalin, barulah engkau datang menemuiku," nasihat Rasulullah.
Apabila telah cukup sembilan bulan 10 hari, maka lahirlah anak yang dikandung oleh Ghamidiyah. Sebaik sahaja sihat dan mampu berdiri, Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah. Dia mengendong bayinya di dalam sehelai kain dan dibawa bersama.
"Wahai Rasulullah, aku sudah melahirkan anak ini. Sekarang, aku sudah bersedia untuk dihukum. Jalankan hukumanmu ke atas ku," kata Ghamidiyah.
Rasulullah memandang ke arah Ghamidiyah dan bayi di dalam dukungannya silih berganti. Kemudian baginda menjawab, "Kau pulanglah dahulu. Apabila bayi ini sudah mampu makan dengan menggunakan tangannya sendiri, barulah engkau datang menemuiku semula".
Ghamidiyah pun akur. Dia pulang kembali ke rumah. Bayi yang dilahirkan itu dipelihara dengan penuh kasih sayang sehingga bayi itu besar. Akhirnya dia sudah mampu makan dengan tangannya sendiri. Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah buat kali yang ketiga, membawa bersama anaknya. Di tangan anak itu terdapat sekeping roti yang sesekali digigit dan dimamahnya.
"Wahai Rasulullah, lihatlah! Anakku ini sudah boleh makan dengan tangannya sendiri. Sekarang aku pohon kepadamu, hukumlah aku agar aku kembali suci untuk mengadap Allah yang maha Esa nanti," kata Ghamidiyah.
"Kau carikan sebuah keluarga yang rela menjaga anakmu ini apabila engkau sudah tiada kelak," kata Rasulullah.
Ghamidiyah pun mencarikan keluarga angkat untuk anaknya itu. Apabila telah ada orang yang sudi memeliharanya, maka Ghamidiyah pun menyerahkan anaknya itu. Kemudian dia kembali menghadap Rasulullah.
"Aku sudah selesaikan hal yang engkau perintahkan kepadaku. Sekarang, bolehlah aku dihukum," kata Ghamidiyah.
"Baiklah," kata Rasulullah.
Ghamidiyah pun dibawa ke tempat hukuman. Dia diikat di sebatang kayu. Orang ramai dikumpulkan di sekelilingnya. Akhirnya Rasulullah pun mengarahkan agar Ghamidiyah direjam.
Semua orang mencapai anak batu lalu dilontarkan ke arah wanita itu. Seorang sahabat Rasulullah mengambil sebiji batu yang besar lalu melontar ke arah Ghamidiyah sambil mencelanya.
"Janganlah engkau menghina dan mencerca Ghamidiyah. Sesungguhnya taubatnya itu diterima Allah. Sekiranya hendak dibandingkan taubatnya dengan taubat yang lain, taubat ini adalah lebih besar dari Gunung Uhud," kata Rasulullah.
Sabar dalam mentaati Allah
Menurut imam al-Ghazali, sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga; yakni sabar ketika hendak memulakannya, sabar mengejakannya dan selepas mengerjakannya .
Sabar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapat keredhaan Allah. Jangan sekali-kali mengharap pujian, pengikhtirafan dan penghargaan daripada manusia. Dengan kesabaran, kita mampu menangkis sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan suatu ibadah .
Sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya. Umpamanya, apabila menutup aurat, tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa (buat pertama kalinya), disindir orang dan sebagainya. Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal, emosi dan hati kita menanggungnya.
Manakala sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada sifat riyak(menunjuk-nunjuk), sum’ah( suka mendengar pujian ) dan ujub. Menurut imam al-Ghazali, sabar diperingkat inilah yang paling sukar. Ini adalah godaan yang menimpa hati. Jika tauhid tidak dihayati, maka dengan mudah sahaja syaitan manipu lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.
Dalam sebuah hadis yang panjang , Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan, orang yang membaca al-Quran dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas.
Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.
Marah
Melihat kepada gambar baby diatas, tingat kata2 seorang kawan ketika melihat phone ku (gambar tu merupakan screensaver di phone ku.hehe..=D), “nampak tua la baby ni bile marah..”..agaknye, camtula kot ye rupa kita apabila sedang marah ye, lebih tua kot.huhu…=S Baek ke tak baek sebenarnye ye marah ni?hm…
Marah,Positif VS Negatif? Marah merupakan satu sifat semulajadi kurniaan Allah. Manusia tak perlu diajar camne cara2nya nak marah, sebaliknya ia akan lahir dengan sendirinya apabila berlaku sesuatu yang tidak disukai, menyakitkan,atau tidak dikehendaki berlaku terhadap diri.
Menyebut berkenaan marah Hamka di dalam bukunya yang berjudul Tasauf moden mengatakan bahawa kemarahan itu sesuatu yang perlu ada bagi manusia. kerana tanpa marah manusia akan hilang daya pertahanan. Kemarahan adalah menjadi sebab wujudnya sensitiviti terhadap sesuatu perkara dimana tanpanya manusia itu tidak ubah seperti makhluk yang tidak bernyawa. Persoalannya sejauh manakah kita meletakkan perasaan marah itu pada tempat, waktu dan keadaannya supaya ianya mampu memberi impak yang positif? Marah merupakan sifat yang timbul daripada nafsu. Marah yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia sepatutnya dikawal oleh akal yang berlandaskan iman. Imam Ghazali ada menyatakan, “Kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu.” Ini bermakna marah dan syahwat yang tumbuh daripada dahan nafsu akan membuahkan kesan yang positif sekiranya akal dapat mengawal dan mengimbangi pengaruhnya di dalam diri seseorang. Jika akal tidak mengawal rasa marah, nafsu akan mengambil alih peranan kawalan secara total sehingga timbullah bermacam-macam perkara negatif seperti dendam dan sebagainya. Pentingnya mengawal marah?
Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan yang dilarang agama, katanya: "Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola." Dengan ini, jelas menunjukkan ketika kita sedang marah, syaitan akan mula mengambil kesempatan terhadap diri kita, hinggakan fikiran dan emosi terganggu, hati panas dan pastinya tindakan akan mengikut fikiran yang tidak waras. Bimbang, akan ada yang teraniaya atau dizalimi dengan tindakan kita gara2 menurutkan perasaan marah..na’uzubillah… Saidina Ali di dalam sebuah peperangan dimana beliau yang hampir berjaya membunuh seorang lawannya, melepaskan musuh tersebut setelah musuh tersebut meludah ke mukanya sebelum sempat tikaman pedang Saidina Ali mengenainya. Ini kerana beliau tidak mahu menghukum akibat perasaan marah kerana dirinya diludah, sebaliknya kerana rasa marah untuk agama. Sifat pemaaf dan menahan marah juga sebahagian dari kategori taqwa yang dinyatakan Allah dalam surah ali Imran yang berbunyi: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;” -Ali imran: 133-134- Marah yang dibolehkan dalam islam? Ahli tasauf Islam menerangkan bahawa marah itu terpuji hanya dalam dua perkara saja iaitu marah mempertahankan kehormatan dan marah mempertahankan agama. Sabda Rasulullah S.A.W, ‘’Yang sebaik-baik umatku ialah yang sikapnya keras di dalam menjalankan hukum agama.” Camne nak atasi?
Satu masa dulu,sy sendiri pernah melalui saat menjadi sorang yang pemarah..salah sikit je,nak marah je rasa..tetapi, lama kelamaan, diri sendiri merasa “penat” dengan sifat pemarah, rimas, cepat penat bila asyik nak marah, sampaikan timbul rasa tak suka nak menjadi diri sendiri bila memikirkan perasaan orang disekeliling yang menerima akibatnya. Kalau dibiarkan penyakit camtu, diri sendiri akan sentiasa tak tenang dengan sifat cepat marah, akhirnya mencari jalan bagaimana nak mengubatinya..berikut antara perkara2 yang saya cuba amalkan yang alhamdulillah, dah lama diri ini bebas dari belenggu penyakit cepat marah..kesimpulannye, sifat cepat marah bukan sesuatu yang tidak boleh diubah, berkat usaha, mujahadah diri sediri, doa dan tawakkal insyaAllah mampu diubah..=)
a) Bersangka baik dan fikirkan kebaikan orang y membuatkan kita marah. Janganlah terlalu membenci dan marahkan sesorang, kerana mungkin suatu masa nanti, orang itu berjasa untuk kita
b) Jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius sehingga memberi gambaran sebaliknya. Jangan cepat menyalahkan orang, letakkan diri kita di tempat orang yang membuatkan kita marah, apakah kita mampu mengelaknya kerana boleh jadi kita marah kerana tidak memahami situasi sebenar orang itu.
c) Ingatlah sifat pemaaf Allah yang mampu memaafkan hamba2nya yang sentiasa berbuat dosa dan tidak dapat lari dari dosa, apatah lagi kita yang tidak punya apa2, layakkah kita yang bukan sape2 untuk tidak memaafkan manusia hatta Penciptanya mampu memaafkannya (selain dari dosa syirik)?
d) Mengingati kelemahan diri sendiri sebagai manusia yang juga tidak pernah lari dari kesilapan supaya kita tidak berharap orang lain mampu lari dari kesilapan.
e) Mengingati diri kita betapa buruknya rupa kita ketika marah seolah-olah ianya bukan diri kita
f) Memohon perlindungan kepada Allah daripada terjebak dalam kemarahan yang tidak kena pada tempatnya
g) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
h) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis diriwayatkan Abu Daud)
i) Mengingati kelebihan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada sesiapa yang menahan kemarahan: i. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Abu Darda' .a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasulullah, tunjukkan kepada saya satu amlan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga". Jawab Rasulullah : "Janganlah kamu marah"
ii. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
iii. "Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim."
(Surah asy-Syura: 39-40)
Akhir kalam…: i) Buat yang mendapat suami yang mudah marah: -berbahagialah dengan pasangan yang dkurniakan untukmu..sesungguhnya kurniaan itu dapat mengelak dirimu dari menjadi isteri yang derhaka sebaliknya memastikanmu menjadi isteri yang sentiasa taat dan patuh.alhamdulillah...=D
ii) Buat yang mendapat isteri yang mudah marah: -Berbahagialah dengan pasangan yang dikurniakan untukmu..walau pun dia pemarah, dia tetap setia menguruskan hal rumah tangga dan berkhidmat sebagai seorang isteri.boleh jadi marah itu merupakan cara dia menghilangkan penat lelahnya menguruskan hal rumah tanggamu.sesungguhnya, dirimu dberi peluang mengumpul pahala hasil dari kesabaranmu sehari2an..=D
iii) Buat yang mudah marah: -Berbahagialah kerana orang dsekelilingmu masih menerima kehadiranmu seadanya, masih menghargaimu walau seteruk mana pun kemarahanmu..namun,sekali sekala,belajarlah memaafkan dan menyelami persaan orang disekelilingmu supaya mereka turut merasa dihargai..=D
Kesimpulannya,berbahagialah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..Allah selalu akan berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.Lumrah manusia, apa yang ada,jarang disyukuri, apa yang tiada,sering dirisaukan..(petikan lirik lagu "Antara Dua Cinta" nyanyian The Zikr..=D)Sekian dulu sebagai penutup cuti midsem..(Sedihnya nk kena balik da.huhu..=( ) Wallahu a’lam.. Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah." -Hadis riwayat Imam Ahmad-
Subscribe to:
Posts (Atom)

