ahlan wa sahlan

Showing posts with label hukum. Show all posts
Showing posts with label hukum. Show all posts

Hukum Muslimat Letak Gambar Dalam FB

SOALAN : Apakah hukum meletakkan gambar dalam FB? JAWAPAN : Saya sangat suka mengulas dan mengulangi kembali kata-kata daripada guruku, al Fadhli Ustaz Azhar Idrus tentang hukum muslimat meletakkan gambar dalam fb.
Firman Allah SWT:
Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )
Asal meletakkan gambar dalam Fb adalah HARUS! tapi adakalanya boleh menjadi MAKHRUH dan adakalanya boleh menjadi HARAM!
Apa yang dimaksudkan dengan hukum HARUS?
HARUS meletakkan gambar dalam fb apabila semua kawan kenalan dalam fb seseorang muslimat itu terdiri daripada sejenis kaumnya SAHAJA, dan ahli keluarga(yang mahram baginya) bagi berkongsi sesuatu gambar events, gambar keluarga dan sepertinya. (mempunyai keperluan!) dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .
Hukumnya boleh bertukar kepada MAKHRUH apabila tiada keperluan yang diperlukan untuk meletakkan gambar di dalam fb. Sekadar untuk berseronok, menunjukkan ketrampilan, tubuh badan, dan sepertinya WALAUPUN telah menutup segala AURAT. kerana dibimbangi kawan yang perempuan-perempuan yang ada berniat buruk untuk melakukkan sesuatu., iaini yang memudaratkan.
Dan akhirnya, hukumnya boleh bertukar kepada HARAM apabila meletakkan gambar yang tidak menutup aurat, dengan gambar posingnya…mengalahkan artis! dan dilihat oleh orang-orang yang bukan mahram baginya. dan apapun menutup aurat(lebih kurang), tetapi tetap menaikkan nafsu syahwat bagi laki-laki, maka hukumnya tetap HARAM.
Adapun yang telah dijawab oleh ulamak, Sheikh Jibrin – gambar kepala yang diletakkan dalam fb adalah tidak melebihi 1cm atau seluas anak jari!
Tapi sekarang ini, bukan 1cm , gambar kepala saja besar tapak tangan dah! dengan bodynya lagi.. dengan auratnya lagi.. ingat comel sangat tunjuk gambar-gambar gitu..itulah masyarakat kita yang berada dalam keadaan jahiliah..yang suka menjadikan artis sebagai idola..orang barat sebagai bapa utama rujukan.. ulamak diketepikan.. hanya mereka yang bergelar USTAZ/USTAZAH yang mempelajari ilmu agama, selain daripada itu tidak! cukuplah pelajaran semasa dibangku sekolah rendah dan menengah.. makin berusia, makin jahil…jahil dengan ilmu agama!
Saya sangat suka mengingati perkataan ini,
KEJAHILAN ITU MENGHAMPIRI KEKUFURAN…
Minta dijauhkan..
Saya begitu yakin , walaupun ramai muslimat yang membaca post ini, tetapi hati mereka masih belum cukup bersedia untuk mendelete segala gambar-gambar posing maut yang berada dalam fb 2. Namun apapun, inilah penyampaian yang mampu yang berikan. mudah-mudahan Allah taala permudahkan urusan kita dari hari ke hari untuk kita mencari hidayah daripada-Nya.
Islam tidak tidak zalim, bukan agama yang serba menghalang. tapi Islam itu indah, A Way Of Life! Semuanya telah di atur dan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Jika kita memandu kereta/motor, kita juga pasti mengikuti peraturan jalan raya. kenapa? kerana apabila kita melanggarinya, hukuman terus dilaksanakan. tapi berbeza dengan peraturan Allah taala.. langgar.. masih diberi peluang untuk meminta kemaafan…bila habis waktu itu, barulah pembalasan yang sebenar-benarnya akan dikenakan! Wallahualam…

Hukum Memiliki Anak Patung dan 'Teddy Bear'

Apa pula hukum menyimpan anak patung?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Secara umumnya, Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik. Lebih dari itu Malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.

Para ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan dipuja, tetapi diharuskan patung mainan untuk anak-anak.

Para ulama terkenal masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr. Mohammad Amarah.

Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam "Fatawa Muasirah" berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.

yang dikatakan harus memiliki anak patung adalah sebagai mana hadis Nabi s.a.w 

Adapun patung atau lukisan yang dibuat bagi tujuan permainan kanak-kanak, ianya adalah harus hukumnya kerana ada riwayat daripada Rasulullah SAW yang memberi rukhshah (kelonggaran) mengenainya. Kelonggaran dan pengeculian ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. berkata yang maksudnya,“Aku biasa bermain-main dengan patung anak-anak perempuan di sisi Nabi SAW dan aku ada beberapa orang kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Baginda masuk, mereka menyembunyikan (patung-patung tersebut) daripada Baginda, Baginda membiarkan mereka untuk bermain-main bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut seperti plastesin dll).

Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam, tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).

Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.

Dr. Amarah dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah merujuk kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap akidah tauhid.

Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!'' Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (sabar'34: 12-13)

Kedua, patung yang dianggap berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?

Menurut Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang yang pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.

Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.

Kesimpulan

Zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Rasulullah SAW. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya. Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan haram dan syirik tanpa sedar, jika terdapat unsur atau bertujuan penyembahan dan pengagungan.

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...