ahlan wa sahlan

Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

memori itu


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...
Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah ikatan..
Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,
Walaupun begitu, Ingatlah, kakakku...
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...
Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah..

Persahabatan Yang Baik Mesti di Asaskan Daripada Iman Kepada Allah

Bismillahirahmanirahim

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap manusia yang waras perlu kepada sahabat yang akan bersama-samanya semasa susah dan senang.Keperluan kepada sahabat adalah fitrah manusia. Rasulullah S.A.W. sendiri mempunyai sahabat-sahabat yang setia, yang sentiasa bersama-sama baginda di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, bermula di Mekkah dan seterusnya di Madinah hingga tertegaknya Daulah Islamiyah di Madinah.

Kita juga perlu kepada sahabat, melalui sahabatlah kita akan mendapat menyelesaikan berbagai-bagai masaalah yang kita hadapi.Sahabat adalah penasihat utama kita, bila penasihat itu baik, maka jadi baiklah kita, begitu juga apabila penasihat itu tidak baik maka akan berlaku sebaliknya.

Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :"Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat."

(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

Berdasarkan hadis di atas Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa apabila kita ingin mencari sahabat maka hendaklah cari sahabat yang mempunyai asas agama, iaitu sahabat yang mempunyai asas budi pekerti dan akhlak yang baik, tidak fasik, tidak terlalu mementingkan hal-hak keduniaan sahaja. Jika dia seorang ahli agama maka kita juga akan menjadi ahli agama. Jika sebaliknya kita memilih sahabat yang suka kepada maksiat kita juga akan terdorong untuk melakukan maksiat.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”

(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merusak agama maupun dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia."

(Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqalani)

Itulah pentingnya bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya. Oleh kerana itu, sangat penting sekali mencari persekitaran yang baik dan mencari sahabat atau teman dekat yang semangat dalam menjalankan agama sehingga kita pun boleh mendapat aroma kebaikannya. Jika persekitaran atau teman kita adalah baik, maka ketika kita lemah, ada yang selalu menasehati dan mengingati kita kepada kebaikan.

Sahabat yang dimuliakan,

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa satu hari, seorang mendatangi Rasulullah S.A.W. dan berkata : "Rasulullah S.A.W. saya kelaparan" .

Rasulullah S.A.W. pun menyanyakan persediaan makanankepada para isteri baginda. Namun mereka memberitahu, bahawa tidak ada makanan sama sekali.

Lalau baginda S.A.W. berkata kepada para sahabatnya, "Semoga Allah merahmati siap pun di antara kalian yang mahu menjamunya malam ini."

"Aku yang akan menjamunya ya Rasulullah" kata seorang sahabat Ansar.

Ia pun pulang dan berkata kepada isterinya : "Siapkan makanan kepada tetamu Rasulullah ini."

"Demi Allah, makanan ini hanya cukup untuk anak-anak kita," jawab isterinya.

"Jika anak kita lapar, tidurkanlah mereka dan padamkan lampu. Biar kita menahan lapar pada malam ini," pesan sahabat tadi. Isterinya pun melakukan pesan suaminya itu.

Atas peristiwa itu, Allah menurunkan ayat surah al-Hasyr ayat 9. maksudnya : "Dan orang-orang (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), dan mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang di berikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka mengutamakan (Muhajirin), atas diri mereka sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran (bakhil), maka mereka itulah orang-orang yang beruntung."

Betapa Allah S.W.T. memberikan kemuliaan kepada sahabat Ansar yang berhati mulia, yang telah dididik oleh Rasulullah S.A.W. sanggup mengutamakan sahabat yang kelaparan dan memerlukan makanan walaupun dia, isteri dan anak-anaknya kelaparan pada malam tersebut.

Sahabat yang dimuliakan,

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran,"(Surah Al-Kahfi ayat 28)

Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga pengajaran yang boleh kita ambil :

1.Bersahabatlah dengan orang-orang yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengharap keredhan-Nya.

2.Jangan menjauhi diri dari orang-orang ahli ibadat, semata-mata kerana mengejar kesenangan dunia.

3.Jangan bersahabat dengan orang-orang fasik serta mematuhi dan mengikut perbuatannya.

Sahabat yang dikasihi,

Ulama' Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semuga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah S.W.T. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Banyak hadis-hadis Nabi S.A.W. yang menjelaskan ciri-ciri sahabat yang baik. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :"Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat."(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

"Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan dengki-mendengki, jangan berputus hubungan antara satu sama lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."

(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah S.W.T."

(Hadis Riwayat Muslim)

Termasuk sahabat yang berjauhan adalah sahabat-sahabat di dalam facebook . Walaupun kita berjauhan dan perkenalan melalui alam maya tetapi jika persahabatan kita kerana Allah, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat insya Allah kita semua akan termasuk di dalam hadis ini. Teruskanlah persahabatan ini dan jika kita ada permasaalahan berbincanglah bersama-sama dan carilah jawapannya mengikut ajaran Islam nescaya kita akan mendapat keredaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Doa-doa kalian kepada sahabat-sahabat kalian yang lain mustajab disisi Allah S.W.T.

Kita bersahabat dengan sahabat yang baik adalah semata-mata kerana Allah S.W.T. kerana sahabat kita bukan setakat di dunia sahaja tetapi dia akan menjadi sahabat kita di hari akhirat.Di dalam Al-Quran Allah S.W.T. ada menceritakan kisah ahli-ahli syurga bertemu dan berbincang sesama mereka, mereka adalah sahabat-sahabat yang baik dan sentiasa taat pada Allah semasa di dunia.

Sahabat,

Al-Qamah berpesan kepada puteranya :"Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut:

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.
3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6.Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9.Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11.Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."

Dari itu marilah kita bina persahabatan kerana Allah, kita baiki akhlak kita menjadi akhlak yang mulia dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah seperti yang dinyatakan ciri-cirinya seperti diatas. Semoga kita semua berbahagia di dunia dan akhirat.

Ada solehah dalam diriku

Izah mengirai-ngirai rambutnya yang masih basah. Diselak-selak sendiri dengan tangannya yang mulus. Kemudian, dilap kembali dengan tuala pinknya. Membalut, seterusnya menyanggul rambut ikal mayang basah nya itu.
Dia menapak ke sisi katil. Telefon bimbitnya digagau di bawah bantal. Ia berkelip. Ada dua mesej tertera. Kedua-duanya sudah tidak sabar untuk dibuka. Izah duduk di tepi katil, lantas menekan butang 'open'. Ada mesej dari Ikhwan, ada mesej dari Zikri. Sambil senyum tipis, membaca sekilas mesej Ikhwan, Izah membiarkannya. Membuka pula mesej Zikri, juga tersenyum tipis.
Izah berkeputusan membalas kedua-dua mesej tersebut. Sebetulnya sebelum mandi tadi, memang dia sedang bermesej dengan kedua-dua lelaki itu. Dia meletakkan telefon bimbit itu ke atas meja belajarnya. Mengambil losyen Nivea kemudian melumurkan ke bahu kanannya. Jam dari laptopnya berdenting sekali menandakan sudah pukul 7 malam.
Sambil meratakan losyen ke seluruh lengan kanannya, Izah menekan butang 'reply'.
"X wat apa pun..baru siap mandi.."
Izah menekan butang send.  
Pintu bilik diketuk perlahan. Salam halus kedengaran pintu bilik dikuak. Muncul Nasihah dengan senyumannya yang manis. Rambutnya juga dibalut dengan tuala, persis Izah. Cuma yang berbeza, Nasihah nampak manis dan sopan dengan baju kelawar bercorak batik labuhnya. Berlengan panjang santak ke hujung lengan. Warna biru laut yang ceria, dihiasi warna-warna pastel yang lain. Tompokan bunga pink, kuning, hijau epal dan lilac tambah menyerikan gadis itu. Sedang Izah ada di birai katil, dengan handphone di tangan, masih selesa berkemban dengan kain batik..
Nasihah cermat-cermat meletakkan baldi berisi bekas mandi dan peralatan mandinya bersebelahan baldi Izah di ruang kanan bilik itu. Kipas siling di bilik 30x25 itu berpusing ligat. Nasihah lantas meleraikan balutan rambutnya. Terurailah rambutnya yang ikal mayang berkilat santak ke punggung itu. Dia mengambil sikat dan menyikatnya perlahan. Usai merapikan rambut, dia terus menyarungkan jubahnya. Anak telekung dipakai, dan telekung solat disuakan ke mukanya. Dia membuka lokernya, menyorong laci seterusnya mengeluarkan sepasang sarung kaki coklat yang baru. Menutup pintu loker seterusnya mengenakan sarung kaki tersebut.
Izah terus-terusan menghadap handphonenya. Nasihah melihat wajahnya sekilas di cermin. Jam berdenting sekali lagi dari laptop Izah menandakan sudah pukul 7.15 malam.
"Ahh..aku perlu cepat. Tak lama lagi azan akan berbunyi. Nanti tak sempat pula nak beriktikaf dan solat sunat qabliyyah," bisik Nasihah.
Nasihah senyum sekilas pada Izah. Izah hanya membalas dengan pandangan kosong. Nasihah terus keluar dan menutup pintu cermat-cermat, dengan Al-Qur'an hijau kesayangannya di tangan kanan. Tanda tanya timbul dalam hati Izah.
"Aik..selalunya dia ajak aku ke surau bersama.. Em, takpelah..bagus jugak. Takdelah aku serba salah nak cari alasan.. Peliknye..nak pi surau je, dekat je pun..nak pakai stokin jugak..hai.." Izah senyum sinis sambil terus menyambung menaip pesanan ringkas.Zikri menunggu di hujung sana..
Tepat pukul 9.30 malam, Nasihah pulang dengan menjinjit beg plastik. Masih dengan senyumannya, dia hati-hati meleraikan telekung solatnya yang sedikit biru nila itu. Usai disangkut di hanger, lantas menggantungnya di hujung katil, Nasihah menyuakan bungkusan itu pada Izah yang leka mengadap laptopnya. Ada bunyi deringan menandakan mesej masuk. Bunyi mesej YM..
"Zah, jom makan sama-sama. Ada biskut raya. Amalina yang bagi, dia ajak singgah ke biliknya lepas solat Isya' tadi. Baik sangat dia, padahal baru kenal tadi."
Izah berpaling sekilas sambil senyum.
"Emm, takpelah. Kite dah makan petang tadi. Awak makanlah. Malam kite tak makan sangat..takut badan naik..haha," jawab Izah berbasa-basi.
"Owh..ye ke..baguslah. Doktor, mesti jaga kesihatan kan.." Nasihah senyum ceria.
Nasihah mengambil biskut Almond London, menyuakan ke mulut. Getaran Bismillah kedengaran halus. Usai mengisi lebihan biskut ke dalam tabung biskut di rak teratas, Nasihah mencapai buku teks Usul Akhamnya. Duduk mengadap ke arah kiblat, Nasihah membuka buku tersebut dengan bacaan Bismillah.
"Eii.. tolongla jangan panggil aku Zah. Macam nama orang tua je.. Em, hairan aku. Ramai betul kawan dia. Kejap Sumayyah, kejap Suhaila, kejap Aina, kejap Amalina..mm..apa-apa jelah..." gumam  di dalam hatinya.
Pukul 11.30 malam, Nasihah beberapa kali menguap. Izah masih tekun di hadapan laptopnya. Facebook sedang dilayari. YM masih terus dilayani, malah tambah rancak berbunyi.
Nasihah bangun mengambil baldinya. Dia keluar ke tandas yang berada selang beberapa bilik dari bilik kediamannya, D643. Usai memberus gigi, membersih muka dan meratakan air wudhu', dia menapak ke biliknya.
Nasihah membuka mushaf kesayangannya, menyelak tali oren, tempat tanda Surah Al-Mulk. Usai membaca habis surah itu perlahan-lahan, dia menutup mushaf itu, mengucup, mencium dan meletakkan ke dadanya. Erat.
"Zah, sihah tidur dulu ea. Em, Zah jangan tidur lewat sangat tau... nanti ada black circle.. nanti hilanglah keayuan Zah..hehe.."
Izah senyum pada Nasihah.
"..Baiklah.. kite pun dah ngantuk jugak ni.."
Nasihah sudah lena dibuai mimpi. Dia tidur mengadap kiblat, dengan rusuk kanan berada di bawah. Desahan nafas halus berirama perlahan.
Pukul 12.30 malam, Izah masih di hadapan laptopnya.
"Ahh..belum solat Isya' lagi..tapi ngantuk la pulak.. Em..tidur dululah. Bangun pukul 4, baru Solat Isyak.."
Izah terus merebahkan badannya ke atas tilam empuk bercadar pink bunga merah itu, sambil menetapkan alarm telefon bimbitnya pada pukul 4 pagi. Tidak lama untuk dia mula belayar di lautan mimpi...
Pukul 3 pagi, Nasihah bangun. Menyucikan diri, menyucikan hati dan nawaitu. Menyegarkan diri dengan air wudhu', Nasihah mengenakan telekung solatnya. Sengaja dia menggantung telekung di hujung katilnya, agar terbangun sahaja, dia dapat melihat telekung itu seraya mengingatkan dirinya untuk solat malam.
Ahh.. solat malam. Nabi Muhammad S.A.W yang maksum, dicintai Allah dan pasti masuk syurga itu saja solat hingga bengkak kakinya. Sedang aku ini.. Maksum? Jauh sekali. Dicintai Allah?? Tak pasti... Syurga?? Ahh.. aku yang hina begini.. entah lah Ya Rabbi. Justeru itu.. izinkan aku bangun di dini hari-Mu ini.. meratap sendu di kaki-Mu Ya Ilahi Rabbi..memeluk bayangan-Mu Ya Habibi Qalbi.. bersimpuh tulus di hadapan-Mu Ya Naasiri..Ya Waliyyi..Anta Maqsuudi..Waridhaaka Mathluubi..
Sekejap sahaja air mata penuh di tubir mata Nasihah. Sendunya berlagu perlahan.. bimbang didengari teman sebilik. Dalam doa dia bertawakkal. Bulat, penuh. Usai berzikir perlahan, membaca Al-Qur'an barang tiga muka, solat witir, Nasihah merebahkan badan kembali, dengan mata yang masih basah.
Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, handphone Izah berbunyi. Lagu Lady Gaga.
"Bunyi call? Atau alarm? Tapi biasanya kalau call... bunyinya macam lain.." Fasihah terkejut.
"Emm, pukul 4 pagi. Bangun bertahajjudkah?" Nasihah berteka-teki.
"Alhamdulillah.."
Sudah 3 kali handphonenya berulang dering. Namun Izah hanya bergerak-gerak tanpa memberi tindak balas apa-apa.
"Mungkin dia tidur lewat. Penat benar.." terka Nasihah.
Atas dasar sahabat, dan mungkin niat yang baik di disisi Izah, Nasihah menggerakkan Izah. Mungkin benar dia mahu bertahajjud, kasihan dia jika terlepas. Atau ingin mengulangkaji.. tidak kisahlah. Yang pasti tentu dia ada maksud tersendiri untuk bangun di dinihari itu. Jikalau tidak, masakan dia set alarm handphonenya.
"Zah.. Em.. Izah... Izah. Izah nak bangun ke?" Nasihah menyentuh kaki Izah lembut. Kemudian, Nasihah berhati-hati menggoncang bahu Izah.
"..Ha..Emm..Ya..Ya.." Izah menggosok-gosok matanya. Dia bangun dan duduk di birai katil. Mematikan alarmnya.
Nasihah kembali merebahkan badannya di katil. Cadar warna ungu muda itu dikemaskan sebelum dia merebahkan badannya. Dia tidak tahu bahawa Izah sebenarnya terlena kembali.
Tepat jam 5.30 pagi, Izah terbangun kembali.
"Aduh!! Solat Isya'!"
Mengerling handphonenya sekilas, Izah buru-buru ke tandas untuk mengambil wudhu'. Fajar Subuh akan menyinsing sekejap lagi.
Usai solat, itupun cuma 2,3 minit, Izah melepaskan kelelahannya yang berbaki.
"Ah..nasib baik sempat. Tak pasal-pasal aku kena ganti nanti... macam dua hari lepas..."
Bukan tak selalu Izah begitu. Qadha' solat disebabkan kebiasaannya melewat-lewat dan menangguh-nangguhkan solat. Itupun jika rajin dan teringat. Sudahnya dibiarkan sahaja tanpa menggantinya. Dalam remang bulan dan cahaya lampu mejanya, Izah tertangkap pada helaan nafas halus. Cukup teratur. Ia begitu mendamaikan. Lantas Izah menyoroti pula wajah itu. Ia tambah mendamaikan jiwa.
"Tak banyak beza antara aku dan dia. Rambutnya ikal panjang, lebih kurang sama saja dengan aku. Aku lebih cerah. Aku juga lebih kurus dari dia. Tapi, kenapa dia sangat menawan hati? Renungan matanya bening dan cerah. Kalau aku pun dah fikir begitu, entah apalah pandangan dan fikiran lelaki lain. Agak-agaknya dia ada tak pakwe? Tak pernah sekali pun dia cakap pasal lelaki. Kalau kawannya datang, tak pernah pun bincang pasal topik tu.. habis-habis tentang kuliah-kuliah agama, usrah, isu-isu semasa... tarbiyyah...apa tu? Aku??.." Izah bermonolog dalam hati sendiri.
"..Waktu tidur, Nasihah lagi cantik. Sangat puas menatap wajahnya yang lembut dan bersih itu. Aku? Entahlah...Ahhhhh..." Izah membanding beza lagi. Menjerit kecil dalam relung hati sendiri.
Pandangan mata Izah tertancap pada tangan Nasihah. Lengan bajunya tersingkap ke paras siku. Ada garis di situ. Garis di pergelangan tangannya jelas kelihatan.
"Ah.. jarang sekali untuk melihat lengannya begitu, apatah lagi sering berkemban macam aku.. Ya Allah, dia sebenarnya sangat putih. Cuma tangannya je yang sedikit berlainan. Inilah bukti dia menutup auratnya dengan baik sejak dahulu.. sedang aku? Selesa berlengan pendek ke sana ke mari.." Izah mula sebak.
Dia memandang kembali wajah Nasihah. Garis yang sama juga kelihatan di sekeliling wajahnya yang penuh itu. Ini kerana dia istiqamah dengan tudung labuhnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Menurut foto yang dilihat Izah di atas meja belajar Nasihah.
"..Ya, dia sebenarnya lebih putih dari aku.. lebih cantik dari aku. Aku sahaja yang perasan lebih sebelum ini. Tapi aku akui melihat dia mengenakan telekung solat atau tudung labuhnya, begitu mendamaikan jiwa.."
Izah segera teringat. Waktu itu Nasihah tertinggal bakul bajunya di bilik. Asalnya mungkin dia berkira-kira untuk membasuh baju tersebut. Ada dua helai semuanya. Jubah dan tudung labuhnya Kebetulan mungkin dia terdengar suaraku di bilik mandi itu. Ahh.. aku juga sebenarnya yang mulut luas, bising sahaja berborak dalam bilik air itu. Kebetulan aku terjumpa Zura, roomateku sesi lepas. Apa lagi, tentunya topik itu menjadi bualan. Aku tentang Zikri dan Ikhwan, dan Zura kecoh sekali menceritakan mengenai teman chatting yang baru dikenali, Faiz. Baik dan romantik katanya.
Selepas Zura berlalu membawa bersama pinggan-pinggan dan mug yang katanya tidak berbasuh sejak dua hari lepas, Nasihah segera memanggilku dari dalam bilik air. Dia meminta tolong supaya mengambil bakul baju tersebut. Aku tidak kisah. Bukan aku tidak pernah meminta tolong darinya sebegitu.
Saat aku menyuakan bakul tersebut, dia membuka pintu bilik airnya. Dia berkemban, dan kelihatan agak kekok. Buru-buru dia mengambil bakul tersebut dan mengucapkan terima kasih padaku, lantas menutup kembali pintu bilik air. Sedang aku seperti tersihir. Dia amat cantik!!
Air mata Izah mula bertakung.
"Aku ini, nama sahaja Hafizah, Yang Terpelihara.. tapi tidak pun menggambarkan peribadiku.. entah apa yang terpelihara. Auratku kah? Pergaulanku kah? Ibadahku kah? Ahh..semuanya tidak!" Air mata Izah tambah melebat. Dia sedaya upaya menahan esakan tangisnya.
Dia merasa sudah lelah pada permainan dunia. Yang pasti, dia bukannya bahagia begitu. Ada juga dia berbincang-bincang dengan teman-teman se'kepala'nya. Hasil muzakarah, mereka mencapai kata sepakat : "Untuk apa menjadi hipokrit. Jadilah diri sendiri!" Awalnya dia bersetuju. Lama kelamaan dia mula goyah dengan doktrin itu. Itupun setelah bermesej dengan seorang ustazah, Ustazah Sakinah namanya. Ustazah Pendidikan Islam sekolah menengahnya dahulu.
Kata ustazah, "Hipokrit yang bagaimana dimaksudkan? Contohnya begini, kalau kita boleh memilih.. telur, beras, gred Exam umpamanya, mesti kita mahu yang gred A. Justeru itu juga dalam kita memilih halatuju hidup kita. Tentunya kita mahu semuanya yang terbaik, gred A. Ibadahnya, pergaulannya, pemakaiannya, semuanya gred A. Gred A dan sebagainya itu tentulah sudah ada dalam suluhan agama. Hanya kita selama ini yang hipokrit, memilih gred B, C dan sebagainya sedangkan hati kita sebenarnya mahu Gred A. Fitrah kita asalnya cenderung pada Gred A, kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah. Cuma kita yang menjadi hipokrit pada diri sendiri, menafikan kemahuan hati sendiri, ego pada kata hati sendiri!"
Selepas banyak berbincang dengan Ustazah Sakinah, aku seringkali memikirkan mengenai perkara ini. Cuma, untuk bertanya pada Nasihah, aku sebenarnya rasa malu. Dalam erti kata lain, egokah aku?? Ya, aku sebenarnya ego. Ternyata aku memandang rendah pada pelajar jurusan Pengajian Islam. Fikirku, aku jurusan Perubatan. Bagai langit dan bumi. Melangkah keluar sahaja dari universiti aku bisa memilih untuk bekerja di hospital manapun. Tiada istilah menganggur dalam kamus kehidupan seorang graduan perubatan. Namun aku lemah, aku kalah dalam menaksir makna sebenar sebuah kehidupan. Maka, jadilah aku seperti sekarang.
Mataku sudah menjadi umpama empangan yang pecah. Air mata tak tertahan lagi. Ternyata selama ini aku mengingkari fitrah, suara hati sendiri. Aku sebenarnya amat dengki pada mereka. Entahlah, susah untuk kugambarkan. Mereka manis dan sopan menjaga aurat. Persahabatan mereka bukan retorik, malah susah sekali untuk mendengar kata-kata kesat keluar dari bibir mereka. Apatah lagi untuk bergaduh, bermasam muka sesama mereka. Bergaduh kerana lelaki? Mempermainkan perasaan lelaki? Ah.. untuk mendengar nama seorang lelaki dari bibir mereka pun amat payah. Yang pasti, lelaki yang soleh tentulah untuk mereka. Mereka-mereka yang meletakkan agama dan Allah di tempat teratas, lebih dari segala-galanya. Sahabat, aku juga ingin sepertimu. Dalam ketenangan menghadapi hidup ini....
Di saat itu aku merasa akulah insan yang hina di hadapan Nasihah. Apatah lagi, aku merasakan akulah manusia yang paling kerdil dan hina di hadapan Allah. Umurku sudah 22 tahun, seperti juga Nasihah. Namun aku amat pasti, dia sudah jauh belayar ke lautan cinta Allah, dan mungkin sudah sampai ke pantai kemanisan iman. Sedang aku masih tersekat-sekat jauh di atas gunung sana. Muara masih jauh dalam genggamanku, apatah lagi untuk mula belayar di lautan cinta Ilahi dan tiba ke pantai kemanisan iman..
Nasihah bergerak-gerak. Aku segera menyapu air mataku, dan berpaling ke sisi lain. Nasihah bangun, melipat selimut, dan mengemaskan katilnya. Dia segera menuju ke bilik air bersama baldi dan tualanya. Tak lama kemudian, dia kembali ke bilik. Mengambil bakul bajunya. Azan Subuh berlagu syahdu bagi jiwa-jiwa yang hidup.
"Emm...... tak ke surau ke....." tuturku lambat-lambat.
"Emm..tak boleh solat pulak. Baru je.. Cadang nak basuh baju.. kenapa Zah?" Nasihah terkejut.
"Haa...takde apa-apa.."
Nasihah berlalu, dan aku berbelah bahagi. Cadangnya aku ingin bersamanya ke surau. Aku merasa tak kuat dalam keseorangan.
Tiba-tiba aku bangun. Kekuatan menerpa ke dalam jiwaku. Lalu mulai saat itu aku tekad! Saat aku melangkah kaki ke surau, meninggalkan bilikku pada fajar yang hening itu, aku bertekad untuk meninggalkan jua segala fitrahku yang songsang. Walau aku harus sendiri, aku ingin merasa indahnya hidup bertemankan Allah dalam setiap langkahan kakiku, dalam setiap hela nafasku. Ya! Inilah jalan hidupku yang ku cari-cari.
Sedang dari jauh ada sepasang mata memerhatikan. Ada air hangat mengalir di situ...
"Sesungguhnya Dunia dan Segala Isinya adalah Perhiasan.. dan Sebaik-Baik Perhiasan Dunia ialah Wanita Solehah.."

Untuk Sahabat-Sahabat Tercinta

Sahabat,..
Mungkin engkau bertanya mengapa kutuliskan cerita ini padamu, padahal kamu mengenal aku sebagai orang yang tak pernah serius memikirkan sesuatu.

Sahabat..
Saidina Ali bin Abi Thalib ra., berkata bahwa iman seseorang itu adalah laksana air laut, terkadang ia pasang dan terkadang pula ia surut. Mungkin begitulah aku saat ini, sahabat.. Mungkin saat ini imanku sedang pasang sehingga aku mau menyambung tali ukhuwah kepadamu, tapi mungkin besok aku kembali seperti yang engkau kenal sebelumnya,.. yach,.. Aku akui kalau aku hanyalah seorang manusia yang belum bisa memegang teguh iman secara utuh, aku masih diliputi nafsu keduniawian yang kadang membuat aku selalu terkekang didalamnya.

Sahabat,…
Mari kita merenungi perjalanan kita selama ini.Kita bertanya pada diri sendiri. Apa yang telah kita lakukan selama ini? Apakah kita telah melakukan sesuatu yang memberi manfaat untuk orang lain? Apakah kita telah memberi manfaat untuk agama? Apakah kita telah mengerjakan sesuatu untuk kebaikan saudara-saudara kita?

Sahabat,..
Sejak terlahir kita telah di bai`at sebagai seorang muslim. Karena orang tua kita juga adalah muslim. Al Quran dan Assunah menjadi pegangan hidup kita. Kita baca Al Quran disetiap kesempatan, kita dengarkan untaian hadits disetiap waktu. Namun terkadang, apa yang kita baca dan kita dengar, hanyalah membaca dan mendengar tanpa ada aplikasi dalam kehidupan kita.

Sahabat,…
Munafiqkah kita? Masih pantaskah kita mengharapkan syafa’at beliau kelak di hari akhir?? Sedangkan kadar ibadahku, kadar kesetiaanku lebih kecil dari perumpamaanan buih dilautan.

Seorang guru mengatakan bahwa syafa`at ialah ibarat kain untuk menambal sebuah baju, dan ibadah kita adalah ibarat baju tersebut. Tapi apakah ibadahku bisa berbentuk sebuah baju ataukah hanya secarik kain yang hanya cukup untuk menjadi sebuah lap yang hanya berguna untuk membersihkan meja dan lantai tetapi tak akan cukup untuk menutupi aurat kita. Cukupkah? Cukupkah ibadahku untuk mengharap syafa`at beliau kelak di kemudian?

Sahabat,…

Ketika kita bersedih tentang penderitaan saudara-saudara kita nun jauh disana. Ketika kita marah atas penindasan pada saudara-saudara kita disana. Ketika kita menangis atas syahidnya saudara kita disana..
Tapi kita menjadi buta, buta akan tetangga kita, buta akan saudara kita disini…disini… diperempatan jalan, di dalam bis kota, di sekitar tempat pembuangan sampah..

Mereka adalah saudara kita sahabat…
saudara kita yang terlupakan, padahal mereka juga merintih,…
mereka juga menangis,dan juga tertindas…
Tertindas oleh keadaan

Lihatlah sahabat….
Lihat anak kecil itu, berlari-lari di perempatan sambil melantunkan nyanyian..
Lihatlah saudara kita yang menyebarkan kotak amal di bis kota..
Lihatlah saudara kita yang mengais rejeki sambil mengorek sampah..
Lihatlah seorang bayi yang di tetek ibunya dipinggir jalan berdebu..
Terlihatkah? Sahabat kita yang menenteng sebuah proposal untuk sebuah yayasan yatim piatu
Nampakkah? Saudara kita yang menjual pamplet untuk kehidupan sekumpulan kaum fakir?
Masihkah kita bisa melihat mereka sahabat??

Sahabat,..
Kita terlalu dininabobokan oleh mimpi..
Mimpi bahwa kita akan kembali berjaya
Mimpi bahwa kita pernah menaklukkan andalusia
Mimpi bahwa kita pernah menguasai daratan eropa
Padahal kita sekarang tertindas, tertindas di negeri sendiri,..
Negeri yang masih mendengarkan adzan di Subuh hari
Negeri yang masih menyedian waktu untuk saling bertausiyah saling, mengingatkan, dan saling menjaga ukhuwah

Sahabat….
Dulu masih sering ku dengar dan kulantunkan sebuah syair tentang ketidakberdayaan..
Setiap Subuh dan setelah Jumat, kudengar dan kulantunkan sebait syair,.,
Ilahi lastu lil firdausi ahla
wa laa aqwa alaan naril jahiimi
fa habli tauubatan, wa ighfir dunubi
fa innaka ghafirund danbil adzimi

Allah kami bukanlah ahli syurga-Mu
namun kami tidak kuat keneraka-Mu
terima taubat kami, ampunkan dosa kami
jadikanlah kami orang yang terampuni
Sebuah syair tentang ketidakberdayaan yang mengingatkan kita akan ke-takabur-an ke-ria-an diri kita..
Semoga masih ada waktu untuk kita merenungi dan memperbaiki diri..

Sahabat..engkau tak pernah sendirian

Sahabat..
Aku tak dapat mengurai kata dengan indah tuk dijadikan buah petuah bagi jiwa-jiwa yang resah..
Hanya ini yang dapat aku berikan, sebuah kumpulan kata bukti cinta sebagai sahabat..

Sahabat..
Dalam kesendirianmu, hendaklah penuhi hati dan pikiranmu dengan tafakur tentang Tuhan dan kehidupan..
Dalam keramaian, sekitarmu hendaklah tak putus dzikirmu pada Sang Pencipta..
Dalam kesenanganmu, hendaklah puji syukur yang hiasi setiap desah nafasmu..
Dalam kesedihanmu, hendaklah sabar Ilallah perkuat sendi di dadamu..
Dalam kelapanganmu ,hendaklah sadarkan diri bahwa
kita tak selamanya di bumi..
Dalam kesempitanmu, hendaklah tawakal melapangkan setiap ruas-ruas hidupmu..

Sahabat..
Dalam perjuanganmu, sesungguhnya Rabb telah mencatat tekad kalbumu..
Dalam lelahmu, sesungguhnya Rabb telah menghitung setiap peluhmu…
Dalam tangismu, sesungguhnya Rabb telah menjumlahkan
setiap tetes air matamu..
Dalam lemahmu, sesungguhnya Rabb telah menancapkan kekuatanNya
dalam sujudmu..
Dalam takutmu, sesungguhnya Rabb telah tumbuhkan
keberanian dalam tegapnya langkahmu..

Sahabat..
Engkau tak pernah sendiri..
Sahabat-sahabat pejuang selalu bersamamu, dimanapun mereka berada..
Kawan-kawan pembela kebenaran selalu menyertaimu dalam panji-Nya..
Teman-teman amanah pun sedang bergerak melawan tirani dalam taat pada Nya..

Karena itu,,
Bergembiralah..
Tersenyumlah pada dunia..
Dan Rabb pun akan tersenyum padamu..
Semoga Allah menjaga ketaatanmu pada-Nya hingga akhir masa..
Dan persaudaraan ini tak terputus hingga ke JannahNya..
Amin ....

~!CINTA SEORANG SAHABAT!~

Sejak kebelakangan ni, saya asyik dengan kerja-kerja sekolah yang bertimbun. Baru-baru ni, saya luangkan sedikit masa bersama seorang rakan. Saya agak terkejut dengan perkhabarannya. Dia dan dua orang lagi sahabatku sedang dilema cinta. Ya Allah! Banyak yang saya ketinggalan tentang cerita sahabat-sahabat saya. Walaupun belajar sama-sama, namun, masa yang selalu mencemburui saya sering menghalangi saya dan sahabat-sahabat untuk bersama dan meluahkan isi hati masing-masing.
Dia memulakan luahannya. Dia jatuh hati dengan seorang rakan kami. Dia terpikat dengan peribadi lelaki itu. Lelaki itu baik dengannya, lembut dalam berbicara. Dia mengaku, dia sebenarnya takut untuk beritahu saya. Saya gembira kerana dapat mendengar masalah hatinya. Saya gembira kerana dia sedia membantu dirinya sendiri. Sebenarnya, dia tidak perlu berasa takut dengan saya tetapi berasa takut dengan Allah. Dia inginkan jawapan daripada luahan hatinya. Dia meminta pandangan saya. Dia takut, dengan melayan perasaan yang tiba-tiba muncul itu akan mengganggu gugat hati yang sedang mengejar impian. Dia juga berkata, “kalau macam ni la, aku lebih rela kahwin muda daripada diselubungi dosa. Aku tak nak lalai. Bila aku ingat dia je, aku akan tidur untuk lupakan dia. Aku risaulah kalau aku betul-betul jatuh hati dengan dia.”
JAWAPAN CINTA
Saya hanya menganggukkan kepala dan menjawab :
Cuba kita fikir balik. Apa kelebihan dan faedah kalau kita bercinta? Ya! Memang rasa suka itu fitrah. Perasaan memang selalu datang tanpa diundang. Bila rasa tu nak datang, dia tak pernah bagi salam dulu. Rasa tu main datang je kan. Allah tak bunuh fitrah kita tu, tapi, ada jalan penyelesaian yang lebih baik dan diberkati-Nya. Salurkanlah rasa suka itu hanya pada peribadinya, contohilah yang baik, jangan sampai cinta menodai hati kita. Bila kita melayan perasaan, syaitan akan memainkan peranannya iaitu mengganggu gugat hati dan fikiran kita untuk ke arah memikirkan si dia lebih dari mengingati Dia.

Berhati-hati dalam menjaga hati
Berdoalah selalu agar kita diteguhkan hati untuk melayari bahtera dunia yang semakin fana’. Kita kena istikharah daripada sekarang. Tapi, jangan ingat si dia dalam istikharah kita sebab kita akan cenderung pada dia. Nafsu dan syaitan akan mengganggu kita. Berdoalah agar kita dikurniakan Allah pasangan yang baik dan soleh. Untuk dapatkan yang soleh, kita kenalah jadi solehah dulu.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur : 26)
Cuba kita fikirkan, sampai bila kita yakin kita boleh suka dan sayang orang tu? Sampai kita umur 20 tahun? 24 tahun? Selamanya? Umur kita masih muda untuk memilih pasangan hidup kita. Fikirlah jangka masa panjang jika hati sudah mula hendak memiliki. Andai kita bercinta di usia muda, apa matlamat hubungan cinta itu? Bagaimana pengakhirannya? Adakah dengan nikah? Adakah sebagai tunang? Atau hanya sebagai pasangan yang hangat bercinta di sekolah saja? Bagaimana pula jika kita putus di tengah jalan? Takkah sia-sia? Takkan kita nak bagi pasangan sehidup semati kita sisa-sisa cinta saja? Takkan kita nak serahkan sisa cinta untuk suami kita nanti? Patutkah? Fikirlah untuk jangka masa panjang.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : 32)
FIKIR-FIKIRKAN
Cuba pula kita renungkan, ibu dan ayah kita susah payah cari duit, bekerja, semata-mata untuk membiayai pembelajaran kita. Bukan berpuluh tapi beratus malah sudah beribu agaknya jika dihitung dari kita tadika hinggalah ke peringkat sekarang. Takkan kita nak hampakan harapan mereka hanya kerana satu perasaan? Daripada kita topup RM10 seminggu, cuba kita kumpul, kan banyak tu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Berbaloikah kita membazir dengan topup hanya untuk menghubungi (mesej, calling) si dia yang belum jamin lagi dia akan jadi milik kita. Bolehkah kita pasti dan yakin bahawa dia milik kita dan kita milik dia? Pastikah? Ramai lagi yang akan kita temu bila sudah bertemu dengan dunia luar seperti di universiti atau kolej dan sebagainya. Kalau kita bagi lampu hijau pada syaitan, macam-macam syaitan boleh buat.
Fikirkan juga perasaan Allah. Jangan sesekali pinggirkan Allah dalam soal hati kita. Luahkanlah segala-galanya pada-Nya kerana Dialah kaunselor yang terhebat dan terbaik. Ayat-ayat cinta-Nya mampu meranapkan dinding gelisah, sedih dan tidak tenteram yang bersarang dalam hati dan jiwa kita. Solatlah untuk mendekatkan lagi kecintaan kita pada-Nya. Berdoalah pada-Nya kerana Dia adalah penolong terbaik kita semua.

Ya Allah..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.” (Surah al-Baqarah : 286)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...