ahlan wa sahlan

Showing posts with label Agama Islam. Show all posts
Showing posts with label Agama Islam. Show all posts

KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera =]
semoga semua dalam perlindungan Allah =)

saya sekadar berkongsi ilmu ... yang saya rasa... ia sangat menakjubkan... berkongsi artikel dari sini

menurut admin blog 'SUBHANALLAH'
.
Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk!

Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah?
Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud!
Kehebatan dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah. Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236.
Surah-surah al-Quran dan jumlah ayatnya boleh dikategorikan kepada Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7. Satu contoh lagi ialah surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap pula sebagai contoh ialah surah ke 3 iaitu surah ali-Imran yang mempunyai bilangan ayat 200. Satu lagi contoh ialah surah ke-5 iaitu surah al-Maidah yang mempunyai bilangan ayat 200 ayat. Satu kategori lagi ialah nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh surah surah ke-6 iaitu surah al-An'am mempunyai 165 ayat dan surah ke-2 iaitu surah al-Baqarah yang mempunyai bilangan ayat 286 ayat. Sekiranya surah-surah ini dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis umpamanya kategori sama jenis ialah (nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap) jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, sementara satu kategori lagi ialah kategori berlainan jenis iaitu surah yang mempunyai nombor genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan. Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran, mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555, mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. Quran tak boleh diubah! Para pembaca boleh menyemak sombor surah dan bilangan ayat tersebut dalam laman web yang tertera di atas sebelah kanan muka suat ini.
Persoalan-Persoalan Menarik!
Bagaimana susunan surah-surah al-Quran boleh seimbang antara jumlah campuran nombor-nombor surah dengan campuran surah-surah dalam kategori yang tidak sama jenisdan bagaimana jumlah campuran semua ayat al-Quran sama dengan campuran surah-surah dalam kategori sama jenis sedangkan pada masa itu belum wujud lagi sistem nombor? PASTI INI SEBAGAI BUKTI MAHABIJAKSANANYA ALLAH S.W.T. DAN MAHA MENGIRANYA ALLAH S.W.T.
Keseimbangan Yang Lain
Sekiranya nombor surah dicampurkan dengan bilangan ayatnya, umpamanya surah al-Fatehah adalah surah 1 dan bilangan ayatnya 7 (1+7=8), surah al-Baqarah surah 2 dicampurkan dengan bilangan ayatnya (2+286=288) dan seterusnya sehingga surah terakhir surah ke-144 iaitu surah an-Nas bilangan ayatnya 6 (114+6=120). Sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dengan bilangan ayat yang jumlahnya ganjil dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6555 iaitu sama dengan jumlah campuran semua nombor surah. Dan sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dan bilangan ayat yang jumlahnya genap dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan jumlah ayat al-Quran. Sekiranya diubah kedudukan surah maka jumlah ini tidak akan dapat dihasilkan.
Keseimbangan Ini Lebih Menakjubkan!
Sekiranya nombor-nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dicampurkan sekali, jumlahnya ialah 1551. Nombor-nombor surah tersebut adalah seperti berikut. 1, 9, 11, 13, 15, 17, 25, 27, 29, 33, 35, 39, 43, 45, 57, 63, 81, 87, 91, 93, 97, 101, 103, 105, 107, 111, 113. Pembaca boleh gunakan mesin kira untuk mengiranya, tapi cuba bayangkan zaman Nabi dimana sistem angka belum ada. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1551. Sekarang campurkan pula nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor-nombor surah tersebut ialah: 6, 8, 10, 12, 20, 26, 36, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 60, 62, 76, 82, 84, 86, 92, 96, 100, 104, 108, 110. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1554. Sekarang campurkan jumlah campuran nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil (1551) dengan jumlah campuran nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. (1554). (1551+1554=3105). Sekarang kira berapa banyak nombor-nombor surah tersebut? Nombor-nombor surah adalah 54 semuanya. Berapa pula bilangan surah dalam al-Quran? Bilangannya ialah 114. Lihat formula ini:
Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil (54), bilangan surah dalam al-Quran ialah 114. Jumlah campuran 3105= 54 / 2 X (114 +1)=27 X 115. Sekiranya susunan nombor surah ini diubah sesuka hati seeperti yang dicadangkan oleh orientalis Barat, maka jumlahnya tidak boleh disesuaikan dengan formula (jumlah surah/2 X Bilangan surah al-Quran +1).
Sekiranya nombor-nombor surah yang mempunyai bilangan ayat genap pula dicampurkan, jumlahnya ialah 3450. 3450= (Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat genap)/2 X (Bilangan surah al-Quran +1)=60/2 X (114 +1)=30 X 115.
Kedudukan Surah al-Hadid
Surah al-Hadid ialah surah yang ke 57 dalam al-Quran. Al-Quran mengandungi 114 Surah. Olehsebab jumlah surah al-Quran adalah genap, maka tidak ada surah yang ditengah-tengah al-Quran. Namun dari sudut matematik, 57 bersamaan dengan 114/2.
Sekiranya nombor-nombor surah dari surah al-Fatehah sehingga surah al-Hadid dicampurkan iaitu
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31+32+33+34+35+36+37+38+39+40+41+42+43+44+45+46+47+48+49+50+51+52+53+54+57
jumlahnya ialah 1653. Cuba anda dharabkan jumlah ayat dalam surah al-Hadid dengan nombor surah al-Hadid. 29 X 57, Berapa hasil dharabnya? Hasil dharabnya ialah 1653
Cuba anda kenalpasti dua nombor surah yang berada di tengah-tengah kedudukan surah al-Quran.

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31+32+33+34+35+36+37+38+39+40+41+42+43+44+45+46+47+48+49+50+51+52+53+54+57+58+59+60+61+62+63+64+65.........+114
Dua surah yang ditengah-tengah surah-surah al-Quran ialah surah nombor 57 dan surah nombor 58.
57, 58
Sekarang anda dharabkan 57 dengan 58 (berapa hasil dharabnya?, jawabnya ialah 3306. Sekarang bahagikan 3306 dengan 2 (sebab 57 adalah mewakili separuh bahagian pertama al-Quran dan 58 mewakili bahagian ke dua al-Quran)

3306/2=1653
1653! anda rasa kebetulan kah?
Sekiranya anda dharabkan nombor-nombor surah dari surah 1 hingga surah 114 dengan bilangan ayatnya, umpamanya 1X7=7, 2X286=57...dan sebagainya sehingga surah ke 114 dan kemudian susun hasil dharabnya berdasarjkan kedudukan menurun (Descending order) dan juga kedudukan menngkat (Ascending order), semua nombor surah berdasarkan hasil dharabnya akan berubah kedudukannya. Namun ada surah yang tidak berubah kedudukannya iaitu surah nombor .....
57
Sekali lagi, apakah ini adalah satu fenomena yang kebetulan semata-mata?

Ada sesiapa yang boleh menolak ini sebagai satu yang menakjubkan. Ingat semasa al-Quran diturunkan, sistem nombor belum wujud!.
Can anybody refute this as an amazing phenomena. Bear in mind that there were no number system when the Quran was revealed!

wallahua'lam 

KISAH ALAM MAHSYAR



1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.

Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?”

Tiada siapa yang menjawab.

Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.

Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka.

Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.

Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.

Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).

Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka - nafsi-nafsi

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.

Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala.

Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.

Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.

Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.

Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.

Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.

Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.

Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.

Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.

Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.

Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun.

Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.

Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".

Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.

Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw.

Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.

Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.

Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.

Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.

Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang .

Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.

Lalu dimulakan timbangan amal.

Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.

Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.

Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.

Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.

Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.

Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun.

Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi.

Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.

Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.

Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.

Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.

Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.

5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.

Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.

Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.

Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya.

999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.


wallahua'lam


 copy

Al Quran- Hikmahnya Terlalu banyak

Bismillahirahmanirahim

Mari Berkongsi
Assalammu'alaikum,dan salam sejahtera... Ana(SAYA) harap Antum(KALIAN) sihat dan sentiasa mendapat hidayahNYA(ALLAH)serta diberkati hidup hingga ke akhir hayat. InsyaAllah . Aamiin



AlQuran Kalamullah adalah mukjizat nabi Muhammad SAWyang diwariskan kepada umatnya, yakni kita. Allah maha luas Ilmunya dan setitis ilmunya di beri kepada manusia(Rujuk kisah nabi Musa mengikut Nabi Haidir).



Dikatakan AlQuran Ada 6,666 ayat, dan setiap ayat ada 6,666 maksud dan hikmah tersendiri.



AlQuran perlu difahami maksudnya dan di kaji ertinya. Ini adalah supaya kita lebih faham dan dapat mengamal suruhan serta meninggalkan larangan Allah.



Al Quran di dalam bahasa Arab, oleh itu kita mesti belajar bahasa Arab.


Syed Salleh Alatas Saya DAh ada Tafsir terbaru perkata dan asbabun nuzul, tersangat bagus. Sila lawat http://www.quranonline2u.com/2009/10/quran-tafsir-per-kata-asbabun-nuzul.html



DiDalam Blog ini, kita akan bersama berkongsi ilmu Allah tentang AlQuran:

1) maknanya

2) hikmahnya

3) Khasiatnya




QUR'AN TAFSIR PER KATA + ASBABUN NUZUL + TERJEMAHAN - BELI QUR'AN ONLINE
www.quranonline2u.com
BURAYA BLOG BAŞLIĞINIZI GİRİN



Sama -sama lah ya.


1. Khasiat ayat AlQuran untuk Murah Rezeki dan cepat Jodoh


Amat mujarab, ramai yang kita kongsikan amalan ini dan amalkan telah berjaya menemui jodoh . Amalkan baca ayat 131 dan 132 ,Surah Toha selepas solat fardu 5 waktu. Untuk mudah salinkan ayat diatas kertas dan selalu baca,cepat hafal. Cubalah. InsyaAllah. Boleh tambah juga dengan solat hajat 12 rakaat, insyaAllah kata RAsulullah hajat tidak tertolak. Caranya dengan 3 salam.

Al-Quran Yang Kita Abaikan

Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan al-Quran kita?

Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang ditulis dalam al-Quran?

*************/******
Sejauh manakah kita merasakan bahawa al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adalah berpandu kepada acuan al-Quran?

Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan.

“Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”.
“Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus”.
“Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”.
“Ye ke Quran ni lengkap?”.
“Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”.
“Dah lama dah tak baca. Tak sempat la. Sibuk sikit..”

Kalau begini layaknya sikap kita terhadap al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan al-Quran?
Bagaimanakah mungkin al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tidak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya?

Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap al-Quran? Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan ‘mengisi masa lapang’ atau ‘mesti’ cari masa untuk dibaca?

Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?

Ya, al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi pengubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khayru Ummah. Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Konstantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam.

Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan al-Quran ini? Adakah salah al-Quran atau salah Umat Islam?

Tadabbur. Itulah kunci yang akan memberikan impak al-Quran dalam kehidupan kita. Menghayati dengan erti kata yang sebenar, meyakini dengan sepenuhnya dan membawa segala mesej tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Al-Quran bukan semata-mata untuk para Qari yang sedap dan merdu bacaannya. Al-Quran juga bukan hanya untuk ahli tafsir yang diberikan petunjuk oleh Allah untuk menggali segala persoalan dalam al-Quran.

Al-Quran bukan hanya untuk ustaz-ustaz yang memetiknya untuk dijadikan bahan ceramah. Namun al-Quran untuk semua, untuk panduan umat manusia secara keseluruhannya. Maka setiap daripada kita wajib mendalami dan menghayati al-Quran, menjadi ‘Al-Quran yang bergerak’, hidup dengan acuannya.

Firman Allah:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisa’: 82)

“(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?” (Muhammad: 24)

Maka sekarang kita perlu mengubah orientasi pemikiran. Kalau sebelum ini al-Quran itu kita anggap sebagai bahan bacaan, sekarang mari melangkah setapak dengan menjadikannya sebagai bahan penghayatan. Bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan. Bahan penyelesaian kepada segala permasalahan yang dialami dan dirasai. Berpandukan kepada kitab-kitab tafsir yang ditulis oleh para Ulama’ seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutub, dan tafsir-tafsir lain.

Kita selak dan kita dalami al-Quran. Insya-Allah, hidup kita akan menjadi semakin terarah dan semakin membaik kerana kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali.

“Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad), Kitab suci al-Quran, dan tidak menjadikan padanyhttp://www.blogger.com/img/blank.gifa sesuatu yang bengkok (terpesong).” (Al-Kahfi:1)

Sumber: http://www.akuislam.com/

Islam Dalam Setiap Amalan

Islam itu adalah cara hidup . Ia merangkumi seluruh kehidupan kita dari kita bangun tidur sehingga kita tidur semula .

Cinta itu sebahagian dari kehidupan kita , maka , kita tidak lari dari perasaan cinta itu . Tapi , apa yang kita cinta ?

Ramai yang kata , aku cintakan Islam , cintakan Allah , cintakan Rasulullah , tapi , perkataan cinta itu hanya di ungkapkan tetapi tidak dialaksanakan . Cinta itu tidak diterjemahkan melalui tindakan dan perlaksanaan .

Jika kita benar mencintai Islam , mencintai Allah , mencintai Rasulullah , kita akan sentiasa mengamalkan Islam itu dalam kehidupan kita . Kita akan berusaha untuk memahai Islam dengan sebenar-benarnya .Makan ikut cara Islam , persahabatan ikut garis panduan Islam , malah melakukan apa sahaja tindakan mengikut garis panduan Islam .

Mari kita sama-sama bergerak menjadi hamba yang mengungkapkan dan menterjemahkan cinta itu kearah yang Allah reda . Menjadi hamba yang sebenar .
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Resmi hamba ; tunduk dan patuh pada arahan Tuannya .

# Semakin kita cinta kepada Allah, semakin ramai yang mencintai kita. Semakin ramai yang menyayangi kita. Semakin ramai yang suka pada kita.

wallahua'lam

Rahsia Solat

Inilah dia 13 Rukun Solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu
" FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Sila Klik "Share" Dan Share Di Facebook Anda Bagi Menyebarkan Artikel Ini.

ANTARA AKU DAN DIA..... ADA SUATU RAHSIA

Assalamualaikum.... Sebenarnya ini adalah catatan lama... kuimplimenkan di laman ini, mengisi slot Kisah Aku dan Dia.... yang lalu. Sebenarnya aku tidak tahu siapa dia.. Manusia ataupun ????
Hanya Allah yang lebih mengetahui siapa dia..

Antara aku dan dia.... ada satu rahsia.
Jauh di sudut hati ini hanya aku sahaja yang tahu. Betapa dingin dan beku suatu perasaan yang mengharapkan kehadiran seorang insan yang sekelip mata menghilang dari hidupku.. Segalanya umpama mimpi, hadir seketika cuma namun mengikat utuh jaluran benang sari hati lalu mencantumkan dua hati yang entah kepunyaan siapa.

Ada waktunya kekesalan timbul namun mungkin ini hanya suatu ujian terhadap hamba yang sering alpa dengan janji dan kehidupan. Jauh di sudut hati ini juga telah terpadam nolstalgia semalam yang memilukan....cuma yang tinggal hanya harapan mendatang yang kabur...menantikan kehadiran seseorang yang begitu anggun bertakhta di hati dan nurani ini. Kesedaran mungkin menyerlah namun impian yang jarang hadir mungkin akan lebih mencengkam dan mengancam lilitan kasih yang telah dibentuk Illahi buat hambaNYA ini. Aku mungkin dia tidak pernah menduga keadaan sebegini akan berlaku. Kerelaan melepaskan rupanya menguji hati untuk suat lagi penantian yang tidak akan ada kesudahannya. Alam mungkin tertawa melihat manusia yang sering leka dalam menjalani hidup sebegini. tapi aku yakin antara aku dan dia.... masih ada suatu rahsia. Tentu ada hikmah di mana-mana apabila pertemuan sebegini berlaku dalam hidup manusia yang senantiasa lalai dan lemah ini.

Mereka yang lain mungkin dan seharusnya tidak mengetahui apa yang ada di dalam hati ini, dan dengan sengaja berjenaka. Aku ingin sahaja berkongsi cerita tapi dengan siapa? Biarpun kadang kala kufikirkan hanya aku dan dia yang mengetahuinya...suatu rahsia antara dua jiwa yang sama rasa dan sama-sama digerakkan dan akur dengan sandiwara ini. Lihatlah suatu ketika bila redhaNYA tiba, aku dan dia pasti bersua bukan hanya untuk bersemuka tetapi jauh dari itu untuk hidup bersama.....
Walaupun hakikatnya aku malu dengan diriku ini tetapi itulah kebenarannya... aku tidak bisa lari meninggalkan sesuatu yang ditentukan ujiannya kepadaku. Fahamlah hati dan jiwa ini sering memberontak. Ingin rasanya kugeledah segenap ceruk rantau ini untuk mententeramkan hatiku namun apakan daya, aku tidak mempunyai kuasa melakukandan aku sedar aku manusia lemah yang sepatutnya mengetahui kekurangan diri. Ya ALLAH, ya tuhanku.... aku redha dengan 'gerakkan hati ini' kerana aku yakin menemukan kami sebegitu rupa bukan untuk bersenda tetapi untuk menduga sejauh mana kekuatan hati kami dalam menghadapi segalanya. KAULAH YANG SATU....... aku akur dengan kasih sayangMU.... Bukalah hati kami menerima antara satu sama lain seadanya sepertimana telah KAU anugerahkan kepada kami dan semoga pertautan ini tidak akan terlerai walau apa sekalipun yang terjadi.... Seaib manapun aku dan dia, semoga kami akan tetap menerima antara satu sama lain... Ya ALLAH, antara aku dan dia.....sememangnya ada satu rahsia....


Sebuah catatan buat dia .... kucatat suatu ketika dahulu. Lebih 15 tahun dahulu... Kucatat dalam laman ini sekadar untuk kenangan. Bahawa kadang kala manusia ini sering dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan dan sabar dan kebenaran. Aku sendiri tidak tahu sama ada dia wujud dalam dunia ini atau hanya di dunia yang satu lagi. Semoga segalanya ini mengajarku menghargai hidup di dunia dan nikmat dari NYA yang satu. Catatan ini mungkin sudah tidak bermakna lagi, dan aku sesuaikan untuk slot kisah aku dan dia ini untuk tatapan umum.....

BUAT SESEORANG YANG KU KENALI SEBAGAI...........
Musha, Assalamualaikum buatmu...
Kependekan namamu yang kuberikan tanpa dikau ketahui apa yang tersirat dan apa sebenarnya yang berlaku..

DIA,
yang kukenalpasti hanya namanya sedangkan dirinya tidak begitu aku kenali. Bingkisan ini bukan bertujuan menganggu. Tidak terlintas di fikiran, sejauh ini ingatan pertemuan yang sebentar itu aku dan dia alami. Jika dia masih ingat, aku dan dia pernah bertemu suatu ketika dahulu. Mungkin dia tidak mengingati aku apatah lagi mengenali aku. Namun hingga ketika catatan ini aku sandarkan, ingatan antara aku dan dia masih segar dan memahat kenangan indah dalam hidupku. Tidak pernah aku merasakan sebegini hinggalah tiba ketika itu. Dan aku tahu semua itu hanya ujian buatku yang kadang kala angkuh dengan prinsip aku. Walau apapun , aku bersyukur dengan segala yang dikurniakan ini.

Dia,
Ketika itu aku bergelar Hajjah, satu-satunya sebab mengapa sebenarnya aku patut malu pada diriku sendiri tetapi aku tetap manusia biasa yang punyai perasaan seperti orang lain. Aku yakin cetusan rasa yang dilahirkan pada pertemuan kita di sisi Masjidil Haram pada Jun, 1993 bersamaan Zulhijjah 1414, membibitkan rasa keinsafan atas kebesaran Illahi dan mungkin bakal membawa kebaikan buat aku mahupun aku dan dia.

Dia,
Ujian itu membuatkan aku lebih redha dengan hidup aku kini; juga redha dengan hakikat pertemuan dan perpisahan. Aku berasa cekal kini untuk menghadapi pelbagai jaluran hidupku apatah lagi apabila berkait dengan hati dan perasaan. Kehadiran dia melenyapkan begitu banyak memori silam yang aku alami. Aku ingin dekat dan mengenali dia tetapi puas aku berusaha namun tiada apa yang aku perolehi. Mungkin aku dan dia bertemu hanya untuk berpisah

Musha, telah aku berusaha sedaya upaya untuk menjejaki mu namun kejayaan tidak berpihak kepada aku.
Lalu sehingga suatu ketika itu tiada sesiapa yang lain di sisi aku namun aku telah mencuba untuk membina hidup baru dan membuka ruang di hati aku, walaupun bukan itu yang aku ingini. Aku ingin dia tahu betapa ku berasa gembira dan bahagia atas segala perhatian yang dia berikan kepada aku ketika waktu itu.

Musha(DIA)..
Hotel Anwar Makkah menjadi saksi pertemuan aku dan dia. Setiapkali kehadiran Zulhijjah, aku sentiasa berdebar-debar dan aku tidak pasti mengapa aku berkeadaan begitu. Aku sering tertanya-tanya, mengapakah aku masih mengharapkan peristiwa itu berulang semula dan aku berharap dapat memperbaiki kesilapan ku namun peristiwa itu telah lama meninggalkan aku dan dia.
Arafah dan JabbalRahmah terus menjadi kenangan. Kadangkala terfikir olehku.... ingin bertemu dia semula di situ sebagaimana pertemuan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa r.a., isteri tercinta. Namun siapa kita yang akan mendapat kurniaan seperti itu. Walau apa pun, jika ada rezeki dan jodoh aku dan dia...tiada siapa yang menghalang. Tentunya kuasa Allah mengatasi segalanya. Sekiranya apa yang aku harapkan itu terjadi, mungkin akulah insan yang berbahagia dalam hidup ini.

Dia,
Sebenarnya aku tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk mengutusi dia dan aku berasa aib untuk meneruskan niat aku ini namun kugagahi juga hati aku ini untuk menyampaikan apa yang ku pendam sekian lama. Segalanya itu memori semalam yang akan aku simpan baik-baik di sudut hati ini. Apa yang penting, tujuan aku adalah mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih aku kepada dia kerana hadir dalam perjalanan hidup aku ini.

TERIMA KASIH.....Mungkin kaulah ujian yang meninggalkan kesan dan nolstalgia indah yang akan aku jadikan sempadan dalam meneruskan hidup aku yang akan datang. Bersyukur aku akan segala nikmatNYA..

Buat Dia (MUSHA)...
Semoga dia sentiasa sejahtera dan berbahagia dalam dakapan kasih sayang dan restu dari ALLAH subhanawataala. Sentiasa gembira dan ceria dalam menjalani kehidupan dia; juga dapat melaksanakan segala tanggungjawab dengan baik dan sempurna walau di mana sekali pun dia berada..dan aku ingin dia mengetahui.. aku sentiasa mengingati dia....

Sebenarnya ada terlalu banyak kisah yang aku boleh ceritakan tentang dia. Kata dia, seseorang yang mengubati aku suatu ketika dulu..... Dia (Musha), itu bukanlah seorang manusia biasa seperti aku dan kalian...malahan seorang yang dikatakan daripada golongan jin... namun sehingga kini, tiada siapa, tiada bukti yang dapat mengesahkannya. Kononnya, aku yang sederhana dalam dunia manusia ini ....begitu cantik di alam jin. Wallahualam.... Kemudian akan kukisahkan kelak, pengalaman demi pengalaman dalam slot aku dan dia. Aku sentiasa ingin tahu kebenarannya itu dan aku sentiasa mencari sesuatu... sesuatu, yang kadang-kadang aku tidak tahu apa yang aku cari.
Buat dia.... Siapa pun dia sebenarnya, aku telah melalui pengalaman 'Cinta pandang pertama' dengan dia. Aku tidak dapat menggambarkan dengan jelas. Selama lebih 5 tahun, aku menutup hati aku untuk orang lain. Semua perasaan terhadap dia yang pertama, dia dan beberapa dia lenyap semerta ketika pertama kali aku melihat dia. Ahh... memang sukar untuk aku menceritakannya dengan jelas. Suatu ketika kalian akan tahu....biarpun bukan cara dan keadaan yang sama yang aku lalui ini. Tentang aku dan dia yang satu ini, akan kuceritakan lagi untuk tatapan umum...kerana ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama yang lain...walaupun bukan atas dasar kisah cinta yang terpapar seperti sebelum ini.
Cukup rasanya catatan ini dahulu.....semoga bertemu dengan 'warkah' yang lebih bermanafaat, insyaALLAH...

http://yunimaha5.blogspot.com/2009/04/antara-aku-dan-dia-ada-suatu-rahsia.html

Semalam bersama jibril dan mikail

Suatu hari rasulullah bertanya pada sahabatnya,’Di atara kalia apakah ada yang bermimpi ?’
Kami menjawab,
‘Tidak!’
Rasulullah lalu bersabda,
“tetapi aku tadi malam bermimpi. Aku didatangi 2 orang lelaki. Keduanya memegang tanganku dan membawaku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba ada seorang lelaki sedang duduk dan seorang lelaki sedang berdiri. Lelaki yang berdiri itu memegang besi. Ia menancapkan besi itu pada rahang lelaki yang duduk hingga tembus ke tengkuk. Lalu melakukan hal yang sama pada rahang yang satunya. Kedua rahang itu remuk menjadi satu. Rahangnya pulih kembali seperti sedia kala dan lelaki itu kembali melakukan penyiksaan itu lagi.
Aku bertanya, ’Apa ini ?’
Kedua lelaki itu berkata, ’Ayo lanjutkan perjalanan!’
Kami meneruskan perjalanan hingga bertemu lelaki terlentang bertumpu pada tengkuknya. Di atas kepalanya ada lelaki berdiri memegang batu cadas atau batu keras dan licin dan menjatuhkan batu itu tepat pada kepala orang yang terlentang. Jika batu itu mengenainya, kepala itu hancur. Lelaki yang berdiri itu memungut kembali, dan tidak kembali pada orang yang terlentang kecuali untuk melumat kepalanya. Kepala itu lalu kembali pulih dan lelaki itu kembali melumatnya lagi.
Aku bertanya, ’Apa ini ?’
Kedua lelaki itu berkata, ’Ayo lanjutkan perjalanan!’
Kami meneruskan perjalanan menuju lubang seperti tungku. Atasnya sempit bawahnya luas. Di bawah dinyalakan api. Ternyata di dalamnya ada lelaki dan perempuan telanjang. Mereka dijilat nyala api dati bawah. Jika nyala itu mendekat mereka naik sampai hampir keluar. Jika nyala itu padam mereka kembali lagi ke bawah.
Aku bertanya, ’Apa ini ?’
Kedua lelaki itu berkata, ’Ayo lanjutkan perjalanan!’
Kami meneruskan perjalanan hingga sampai pada sungai dari darah. Di dalamnya ada lelaki berdiri dan di tengah sungai ada lelaki membawa batu. Ia mengahadap lelaki yag ada di dalam sungai hendak keluar ia melemparnya dengan batu pada mulutnya hingga kembali ke dalam sungai seperti sedia kala.
Aku bertanya, ’Apa ini ?’
Kedua lelaki itu berkata, ’Ayo lanjutkan perjalanan!’
Kami meneruskan hingga sampai di taman yang hijau. Di dalamnya ada pohon yang besar. Di bawahnya ada orang tua dan anak-anak kecil. Tiba-tiba ada lelaki dekat dengan pohon itu membawa api dan menyalakannya. Kedua lelaki itu membawaku naik ke pohon dan memasukkanku pada sebuah rumah yang tidak pernah kulihat sama sekali ada yang lebih baik darinya. Di dalamnya ada orang tua dan anak-anak kecil. Kedua lelaki itu membawaku naik dan memasukkan aku pada rumah yang lebih baik dan lebih utama dari rumah sebelumnya.
Aku katakan,’kalian berdua telah membawaku berkeliling malam ini. Kabarkalah padaku apa yang telah aku lihat!’
Keduanya menjawab,’Baik.’
’yang kau lihat dihancurkan rahangnya adalah seorang pendusta. Ia berbicara kedustaan. Kedustaan itu terus dibebankan padanya sampai setinggi ufuk. Ia akan disiksa demikian sampai kiamat.
Sedangkan orag yang diremuk kepalanya adalah orang yang diajari Allah al-Qur’an. Ia tidur tdak membacanya pada waktu malam da tidak mengamalkannya pada waktu siang. Ia disiksa demikian sampai hari kiamat.
Adapun yang kau lihat dalam lubang, mereka adalah para pezina. Yang kau lihat di sungai adalah para pemakan riba.
Sedangkan orang tua yang ada di bawah pohon adalah nabi ibrahim da anak-anak kecil yang disekitarnya adalah anak-anak manusia. Rumah yang pertama adalah rumah orang-orang yang beriman umunya. Adapun rumah ini adalah rumah para syuhada.
Dan aku adalah jibril. Ini adalah mikail. Sekarang angkatlah kepalamu!’
Aku lalu mengangkat kepalaku. Tiba-tiba aku melihat istana seperti awan.
Keduanya berkata,’itu adalah rumahmu.’
Aku berkata,’perkenankan aku memasuki rumahku!’
Jibril berkata, ’ kau masih memiliki sisa umur yang belum kau lalui dengan sempurna. Jika kau telah melewatinya dengan sempurna maka kau akan memasuki rumahmu’.”

Batasan Mata

Pandangan Antara Gender
Pada dasarnya lelaki dan wanita adalah anggota masyarakat yang mempunyai hak sama untuk menjalani hidup dengan bebas dan merdeka dalam masyarakat Islam. Wanita mengikut padangan Islam memiliki hak sosial sama dengan lelaki tanpa diskirminasi satu jenis atas jenis yang lain. Islam tidaklah melihat pada diri lelaki muslim dengan pandangan yang melampau sehingga seolah-olah pemangsa yang harus dijauhi dan tidak dipercayai langsung oleh wanita. Dan tidak juga melihat pada diri wanita sebagai makhluk ganjil yang mana segala gerak-gerinya keji, membawa fitnah dan menganggu kesucian diri seorang lelaki. Namun semua ahli ilmu samada golongan syarak, undang-undang, pendidikan dan sosial bersetuju bahawa hubungan bebas tanpa batas antara gender akan memberi kesan negetif kepada pembangunan masyarakat dan menyebabkan keluhuran nilai yang dijunjung oleh sesebuah masyarakat seperti perkahwinan, kekeluargaan dan sebagainya menjadi porak peranda.
Konsep dasar ini akan memberi kesan langsung dalam kita memahami hukum Islam mengenai batas “pandangan” antara lelaki dan wanita asing (yang halal nikah) iaitu dari segi sejauh mana Islam mengizinkan lelaki memandang wanita atau sebaliknya wanita memandang lelaki?. Dualisme sistem berdasarkan gender Dalam masyarakat kita samada tradisi atau moden pemisahan total tidak berlaku dalam apa jua bidang atau sektor kehidupan. Sistem ko-operasi kehidupan dapat dilihat dengan jelas antara lelaki dan wanita berlaku dimana-mana sahaja seperti disekolah, diuniversiti, dipasar, dikilang, di pejabat kerajaan dan swasta, di stesen bas dan hatta di masjid. Dualisme sistem secara total berdasarkan gender jarang berlaku dalam sejarah Islam samada pada masa silam atau morden. Kita dapati ditempat-tempat tersebut lelaki menjadi bos dan wanita menjadi pembantu, lelaki menjual, wanita membeli dan begitu juga sebaliknya.. Dalam keadaan ini pandang memandang pasti akan berlaku.
 Empat dasar utama mempengaruhi cara penentuan hukum dalam masalah ini:
 Yang pertama: Al Quran
Nas al Quran yang menyuruh supaya “memaling pandangan” dalam surah an Nur(ayat 30). Maksud syarak daripada suruhan tersebut ialah untuk memelihara kesucian dan kemuliaan diri. Ayat tersebut memberi makna wajib. Yakni wajib merendahkan pandangan atau memalingkan wajah, tanpa menentukan perkara-perkara yang haram dipandang untuk memberi makna Itlak atau syuyuk. Iaitu pengharaman tertakluk kepada setiap yang membawa fitnah dan mencarikkan kesucian tidak secara syumul. Dalam Sahih Bukhari:( berkata Said bi Abi al Hasan kepada al Hasan; sesungguhnya wanita ajam(bukan arab) mendedahkan dada dan kepala mereka, maka jagalah pandangan kamu).
 Yang Kedua: Hadis
Di antara hadis Nabi s.a.w yang diberkaitan dengan persoalan ini ialah hadis yang dikeluarkan oleh at Turmuzi yang antara lain menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali:  “Wahai Ali elakkan pandangan kedua, kalau ia harus bagi kamu pada kali pertama, dia tidak lagi harus bagi kamu untuk kali kedua“. Dan hadis Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a. sabda Rasulullah s.a.w: Ditulis keatas anak Adam bahagian dia daripada zina yang tidak mungkin dielakkan, mata zinanya pandangan, telinga zinanya mendengar, lidah zinanya cakap….hingga akhir hadis. Hadis-hadis ini menunjukkan kewajiban menjaga pandangan daripada melihat perkara yang boleh membawa fitnah.  Ini mengheret kita kepada persoalan berkaitan aurat wanita kerana yang jelas haram itu ialah melihat bahagian anggota yang haram iaitu aurat. Ini berlainan jika pandangan itu jatuh pada bahagian yang bukan aurat.
Yang ketiga: Batasan Aurat
Aurat wanita: Jumhur ulama’ mengatakan seluruh tubuh wanita adalah aurat yang perlu ditutup kecuali perhiasan yang zahir seperti yang disebut dalam surah an Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan jangan mereka nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya”. Ulama’ berselisih dalam mentafsir skop pengecualian tersebut. Pendapat yang kuat yang diwakili oleh jumhor ulama’ mengatakan ia adalah muka, tangan dan pakaian. Ini bermakna muka, tangan dan pakaian merupakan bahagian yang pada adatnya kelihatan dan tidak tertakluk kepada arahan supaya disembunyikan.
Yang keempat: Kaedah Saddu az Zarie’ ah
Saddu az Zarie’ ah iaitu tujuan menutup pintu fitnah. Saddu az zarie’ah adalah satu qaedah yang dirujuk oleh ulama’ dalam penentuan hukum terutama dalam kes-kes yang berkaitan dengan maruah dan harga diri. Pandangan merupakan pintu kepada hati. Sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis Ali diatas, kalau sesaorang dimaafkan pada pandangan pertama, pandangan kedua tidak lagi dibenarkan kerana ia digerakkan oleh syahwat dan boleh menjejaskan kesejahteraan hati. Kebimbangan ini ditakuti berlaku kepada Ali seorang sahabat nabi, ia lagi-lagi boleh berlaku dizaman ini dimana manusia mengalami bebagai jenis penyakit jiwa atau kelemahan hati.
 Kesimpulan.
 A.Pandangan lelaki kepada wanita asing (yang halal nikah).
 Daripada pandangan umum Islam terhadap hubungan lelaki dan wanita dan kaedah-kaedah asas yang mendasari cara pengeluaran hukum dalam masalah “pandangan” lelaki dan wanita “ajnabi” kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut:
  •  Tidak harus melihat atau memandang bahagian aurat wanita (selain dari muka, tangan dan kaki disisi kebanyakan ulama’) samada dengan shahwat atau tidak.
  • Bagi bahagian yang bukan aurat seperti melihat wajah dan tangan wanita ajnabi (yang halal nikah) hukumnya harus jika tidak dengan syahwat dan menimbulkan fitnah. Walaupun yang lebih afdhal ialah menyerongkan pandangan.
  •  Jika pandangan melibatkan bahagian aurat hukumnya harus jika kerana hajat atau dhorurah.
Keadaan-keadaan yang dikecualikan kerana keperluan atau dhorurah:
  • Pandangan saksi untuk mengenalpasti orang yang didakwa
  • Pandangan kerana keperluan muamalat seperti jual beli dan sebagainya
  • Pandangan kerana merawat penyakit
  • Pandangan kerana tujuan mahu mengahwininya
  • Pandangan kepada wanita tua dan kanak-kanak
B.Pandangan wanita kepada lelaki ajnabi(halal nikah)
Pandangan wanita kepada lelaki ajnabi sama dengan pandangan lelaki kepada lelaki. Yakni harus bagi wanita melihat bahagian yang bukan auratnya iaitu barang antara pusat dan lutut dengan syarat tidak dibimbangi fitnah. Jika dibimbangi fitnah maka hukumnya haram.
Peringatan penting.
Ruang kelonggaran yang dinyatakan diatas hanya sesuai dilaksanakan dalam masyarakat yang iltizam dengan hukum Islam. Dalam situasi hari ini kebanyakan wanita tidak menutup aurat atau berpakaian yang mendedahkan samada dipejabat atau ditempat awam, dan lelaki yang tidak berakhlak maka sayugia bagi lelaki dan wanita Islam menjaga pandangannya dan mengambil kewaspadaan yang sewajarnya supaya ia tidak terjatuh kedalam perkara yang ditegah oleh syarak.
http://jiluna.wordpress.com/batasan-mata/

Hukum CHATTING dengan BUKAN MAHRAM atau berbual LAMA secara ALAM MAYA.

...Tetapi berbual2 melalui telepon di luar keperluan syar'i juga dikira berkhalwat. Karena mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun fisikal mereka tidak berada dalam satu tempat...

oleh اسمي واني pada pada 13hb Mei 2011 pukul 9.18 ptg
Monday, 02 May 2011 16:16     Assalamualaikum Ustazah, Saya ingin bertanya tentang hukum saya berkomunikasi dengan bukan mahram saya melalui internet samada chatting atau perbualan2 melalui facebook, email dsb. Saya seorang wanita muslimah yang masih menuntut di IPT.

Bentuk perbualan saya selalunya bukan perkara penting, Cuma sembang-sembang, menyampuk-nyampuk maklumat yang ada dalam facebook mereka. Begitu juga kawan-kawan lelaki saya akan membalas perbualan tersebut. Begitulah hari demi hari kami saling berhubungan tanpa sekatan di alam cyber sedangkan di alam nyata kami menjaga batas-batas hubungan lelaki dan wanita bukan mahram ini. Harap ustazah dapat melayani pertanyaan saya ini. Terima kasih. Gadis Muslimah.
Terima kasih atas pertanyaan itu. Gadis Muslimah dan semua wanita muslimah yang membaca soaljawab ini, Sebagaimana yang kita  maklumi bahawa, komunikasi dengan tulisan melalui jaringan internet atau yang lebih dikenal dengan chatting baru muncul dan populer beberapa tahun terakhir. Yaitu, tepatnya setelah ditemui  jaringan internet

. Karena itu dalam kitab2 ulama terdahulu khususnya buku fiqh, istilah ini tidak akan ditemui. Namun asas bagi hukum chatting ini sebenarnya sudah dibahas oleh ulama, jauh sebelum jaringan internet ditemukan. Chatting dengan lawan jenis yang bukan mahram sama halnya dengan berbicara melalui telepon, SMS, dan berkiriman surat. Semuanya ada persamaan. Yaitu sama-sama berbicara antara lawan jenis yang bukan mahram. Persamaan ini  juga mengandung adanya persamaan hukum. Karena itu,ada dua perkara berkaitan yang perlu kita bahas sebelum kita lebih jauh membicarakan hukum chatting itu sendiri.

Pertama, adalah hukum bicara dengan lawan jenis yang bukan mahram. Kedua, adalah hukum khalwat. Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram pada dasarnya tidak dilarang apabila pembicaraan itu memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh syara'. Seperti pembicaraan yang mengandung kebaikan, menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak khalwat.

Begitu jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram. Dalam sejarah kita lihat bahwa isteri-isteri Rasulullah berbicara dengan para sahabat, ketika menjawab pertanyaan yang mereka ajukan tentang hukum agama. Bahkan ada antara isteri Nabi SAW yang menjadi guru para sahabat selepas wafatnya baginda yaitu Saidatina Aisyah RA. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang artinya:   “Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk(yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”. (QS. al-Ahzab: 32) Imam Qurtubi menafsirkan kata  ‘Takhdha’na’  (tunduk) dalam ayat di atas dengan arti lainul qaul (melembutkan suara) yang memberikan rasa ikatan dalam hati.

Yaitu menarik hati orang yg mendengarnya atau membacanya adalah dilarang dalam agama kita. Artinya pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan melembutkan suara. Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan. Karena dengan tulisan seseorang juga bisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak baik. Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung kebaikan, namun ia boleh menyebabkan fitnah. Yaitu dengan cara dan bentuk yang menyebabkan timbulnya perasaan khusus atau keinginan yang tidak baik pada diri lawan bicara yang bukan mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan.

Jika ada unsur2 demikian ia adalah dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnya biasa-biasa saja. Adapun khalwat, hukumnya dilarang dalam agama Islam. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW yang artinya: "Janganlah ada di antara kalian yang berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya." (HR. Bukhari dan Muslim) Khalwat adalah perbuatan menyepi yang dilakukan oleh laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram dan tidak diketahui oleh orang lain.

Perbuatan ini dilarang karena ia dapat menyebabkan atau memberikan peluang kepada pelakunya untuk terjatuh dalam perbuatan yang dilarang. Kerana ada sabda Nabi SAW bermaksud: “Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya”(Hadis Sahih) Khalwat bukan saja dengan duduk berduaan. Tetapi berbual2 melalui  telepon di luar keperluan syar'i juga dikira berkhalwat. Karena mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun fisikal mereka tidak berada dalam satu tempat.

Namun melalui telepon mereka lebih bebas membicarakan apa saja selama berjam-jam tanpa merasa dikawal oleh sesiapa Dan  haram juga ialah perkara2 syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda mudi atau remaja2 sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau Friendster atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing2 melunaskan keinginan dan keseronokkan semata2. Membincangkan perkara2 lucah lebih2 lagi hukumnya adalah haram.  

Kesimpulan: Hukum chatting sama dengan menelepon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Artinya chatting di luar keperluan yang syar'i termasuk khalwah. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah.

Karena berdakwah kpd jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kpd lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya. Namun bila ada tuntutan syar'i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan. Tentunya dengan syarat-syarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kpd Allah dalam  mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat( yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan Allah), maka itu  yg akan menjadi pengawal kita.

Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang2 yg terpedaya dengan teknologi moden ini. Na’uzubillah. Agak menyedihkan juga dengan kenyataan saudari, bahawa dalam suasana nyata saudari amat menjaga batas pergaulan dgn lelaki bukan mahram ,namun di alam cyber saudari bebas berbual mesra tanpa batasan syara’.

Saya percaya ramai remaja muslimah yang terjebak ke dalam situasi yang syubhah ini. Internet sangat baik untuk kita, dimana ia memudahkan banyak urusan kita tapi jika kita menyalahgunakannya akan membawa akibat buruk kepada akhlak dan masyarakat kita.

  • Semoga jawapan ini dapat memandu para muslim dan muslimah remaja atau dewasa dalam melayari kehidupan yang penuh ujian keimanan ini. Alangkah bahagianya jika para remaja muslim dan muslimah yg  terdiri dari para intelek hari ini berpegang teguh kepada tali agama yaitu taat kepada perintah dan larangan Allah dalam setiap urusan hidupnya.Semoga dgn itu Allah akan menurunkan rahmahNya kpd kita semua. Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata. Demikian yang dapat saya sampaikan. Semoga mendapat manfaat.   Wallahu a'lam.  SUMBER: Ust.Shahidah Sheikh Ahmad

SAJAK CINTA ALLAH..


Kalau seseorang itu merasakan ianya hanya seorang
Tandanya ia belum mengenal Tuhannya
Kalau kenalpun…. tapi tak cinta
Kalau tak rasa cinta….. alamat jauh di hati jauh di mata.

Allah yang menciptakan setiap orang
Sama ada yang dibenci atau yang disayang
Allah yang ciptakan benci dan sayang
Allah yang menjadikan dirinya rasa seorang
Apabila ia tak kenal pada Pencipta seseorang.

Allah maha pencipta segala-galanya
Apa yang dipinta semuanya boleh diberi
Tapi manusia " kenapa ?..tak percaya..."
Rugilah ,rugilah dan terus rugi.

Kalau kita cintakan seseorang
Pasti kita ingin bertemu selalu
Kalau kita cintakan Allah…
Bertemulah selalu dalam zikrullah.
Bertemulah selalu didalam solah
Bertemulah selalu di rumah Allah
Berpegang teguhlah kepada Al-Quraan dan As Sunnah.

kata mengingati

Bismillahirahmanirahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang)
(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿
´*.¸.•´8 HAL YANG AKAN HILANG & TAK BERGUNA

✿ILMU yang tak diamalkan.♥♥
✿PERBUATAN yang tak ikhlas.♥♥
...✿HARTA yang tak dinafkahkan.♥♥
✿HATI yang tak diisi dengan cinta pada Allah.♥♥
✿BADAN yang tak mampu taat pada Allah.♥♥
✿CINTA yang tak diikat dengan keredhaan Allah.♥♥
✿WAKTU yang tak diguna untuk mendekatkan diri pada Allah.♥♥
✿FIKIRAN yang diguna untuk hal yang tak berguna.♥♥
Bahagia itu letaknya pada hati ♥ yang tenang....
Hati ♥ yang meredhai...
Hati ♥ yang mensyukuri,...
Hati ♥ yang memaafkan...
Hati ♥ yang dipenuhi kasih sayang.
Hati ♥ yang tunduk pada ILAHI.
Itulah bahagia yang sebenar kekal abadi selamanya. ♥
Bukan tidak pernah terguris,bukan tidak pernah bertelagah,tapi..jika dihati sama2 masih ada Allah,perdamaian akan mudah menjelma semula,yang bersalah mudah meminta maaf,yang benar mudah memberi maaf,tidak ada dendam memanjang,masam cuma sebentar,pahit hanya sedikit.ada ribut tapi sekadar didalam cawan,ada gelombang tapi cepat2 menjadi tenang..kerana adanya kasih sayang....
** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tidak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~
Segala yang berlaku mengikut takdirNya, terimalah ia dgn hati yg terbuka, sambutlah ia dgn berlapang dada..Walaupun terseksa dan menderita, yakinkanlah diri bhw pasti ada hikmah terselit disebaliknya.. Seandainya engkau tidak dpt menerima akan ketentuanNya, mustahil juga untuk ia berubah mengikut kemahuan jiwa.. malah dgn keadaan itu membuatkan lagi jiwa sakit dan hati gelisah sentiasa..~
Jangan mudah melatah,stiap apa yg berlaku,baik,buruk,suka atau duka adalah drNya,jgn sesekali kita pula bertindak seperti Tuhan yg rasa mampu melakukan apa sahaja mengikut kehendak kita,hny dgn izin Allah shj semua perkara mampu berlaku,walaupun hanya utk grakkan jari,kalau tiada izinNYa,maka tiada apa akn terjadi..perbaharui shahadah kita..

ayat-ayat cinta

C.I.N.T.A.
Mreka yg tak mnyukai mnyebutnya tanggung jawab, mreka yg bermain dngannya menyebutnya sbuah permainan, mreka yg tidak memilikinya mnyebutnya sbuah impian, dan mreka yg mncintai menyebutnya takdir.
Bunga tak mekar dlm waktu smalam, Kota Roma tak dibangun dlm 1hari, khidupan dirajut dlm rahim slma sembilan bulan, Cinta yg agung trus brtumbuh slma khidupan..

Hadith


Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma,

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu”

(Al-Tirmizi)
Dari Irbadh bin Sariyah r.a : Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya aku telah meninggalkan kalian di atas agama yang terang (telah jelas segalanya). Tiada yang menyimpang (menambah-nambah) darinya kecuali orang yang binasa."
(HR Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim.)
Al-Ghazali: Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat
Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas maka Allaah akan memberinya maaf pada hari kesulitan. (At-Thabrani
 

kata-kata muhasabah

 Bismillahirahmanirahim(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,Maha Penyayang)
✿ Masjid adalah Pasar akhirat . .
✿ Buku adalah teman Setia sepanjang masa . .
✿ Amal baik adalah Penghibur dalam kubur . .
✿ Akhlak yang baik adalah Mahkota kemuliaan . .
✿ kemurahan hati adalah pakaian yang paling Indah . .
"miliki hati pemurah yg mampu menahan marah" .. *hati itu bgai ladang tempat bercucuk tanam,hati itu bagai kolam tenang nyamannya*  
ஜ♥(¯`•.¸ღ KU CINTAIMU KERANANYA ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

♥Jika kau mencintaiku krn Allah jangan dekati aku♥
♥Jika kau mencintaiku krn Allah jangan menggodaku♥
♥Jika kau mencintaiku krn Allah jangan merayuku♥
...♥Jika kau mencintaiku krn Allah jaga izzahmu denganku♥
♥Jika kau mencintaiku krn Allah jangan menyentuhku♥
♥Jika kau mencintaiku krn Allah jagalah hatimu & hatiku agar tetap Mencintai-Nya♥
♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI

♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU
...
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA

★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★
jika cinta manusia membawa kepada lembah neraka maka berpalinglah kepada cinta yang membawa ke syurga....
 Tahukah kalian semua bahawa Lelaki yg baik takkan pernah berani mengungkap kata cinta,sayang,rindu,kasih.. kpd seorang wanita serta tidak keluar berdua-duaan dgn wanita bkn muhrim sehingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.Bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita..tetapi lelaki itu takut dan malu dgn Allah..takut akan dimurkai Allah...
Sabar, sabar, ikhlas dan ikhlas. Kunci keindahan dalam hidup, dan kecantikan hati.
Jika saja kita bisa sedikit lebih ikhlas dalam menjalani hidup ini, sungguh akan menjadi ‘tiket’ menuju perilaku ikhlas. Sesuatu yang mungkin sangat akrab dengan keseharian kita.
lebih baik diam...drpd b'bicara :) biar disakiti..jgn sesekali menyakiti :) smga Allah titipkan sifat kesabaran dihatimu..dan juga buat ku .. :)

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?


oleh Amirah Emir pada pada 27hb April 2011 pukul 7.00 ptg
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

...jadi sama2lah berfikir... ^_^
ku berdoa agar mereka yang membaca akan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT hingga ke akhir hayat'e...
aamiin

A LETTER FROM SATAN

Wahai engkau yang membaca surat ini,
Aku melihat gerak-geri mu kelmarin,
di saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan solat subuhmu,
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu,
juga tidak mengerjakan solat Isha’ sebelum berangkat ke tempat tidurmu
Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya.
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya hati aku melihatmu tidak mengubah cara hidupmu.

Hai Bodoh,
Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
tetapi aku masih belum mencintaimu.
Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari syurga,
dan aku akan terus memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya.

Kau lihat,
ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu di hari yang akan datang.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku tanpa ragu-ragu,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Supaya kau dapat menemani aku di neraka kelak,
dan ini akan menyakiti hati ALLAH.

Aku benar-benar berterima kasih padamu,
kerana aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu
Kita menonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, mengumpat orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan semua ini begitu saja kan.

Ayuhlah Bodoh,
kita terbakar bersama dan selamanya.
Aku masih memiliki rencana-rencana hangat untuk kita berdua.
Ini hanya merupakan surat penghargaan ku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkan ku untuk memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kau memang sangat mudah diperbodohkan dan aku mentertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa,
Engkau telah menghadiahkan tawa kepada ku.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kau sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, bermabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois yang mungkin.
Lakukan semua ini di depan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggodamu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup beribadat kepada Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dengan berterusan melakukan dosa memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Dan aku akan terus menggodamu sehingga akhir hayatmu,
Supaya kau terus menjauhi perintah Allah dan sesat selamanya.

Catatan : Jika kau benar-benar menyayangiku , kau tidak akan memberikan surat ini kepada sesiapapun..

Adakah kamu beiman sedangkan kamu belum diuji

Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?
Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?
Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..
Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”
Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..
Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.


Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..
Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.


Kecemburuan Allah

Bismillahi minal Awwali wal Akhiri ,,
Allah cemburu terhadap hamba-Nya, jika hati hamba itu tidak terisi cinta, ketakutan, dan harapan kepada-Nya, dan sebaliknya diisi dengan hal-hal lain selain Allah. Allah menciptakan hamba untuk menyembah-Nya dan memilihNya diantara semua makhluk-Nya. Dalam sebuah atsar... Ilahy disebutkan, “Wahai anak Adam, Aku menciptakanmu untuk diri-Ku dan Aku menciptakan segala sesuatu untukmu. Dengan hakKu atas dirimu maka janganlah engkau menyibukkan diri dengan apa-apa yang Kuciptakan bagi dirimu dan mengabaikan tujuan Ku-ciptakan dirimu”

Dalam atsar lain disebutkan, “Aku menciptakanmu untuk Diri-Ku, maka janganlah bermain-main, dan Aku menjamin bagi dirimu dengan rezeki-Ku, maka janganlah merasa payah. Wahai anak Adam carilah Aku niscaya engkau akan mendapati Aku. Jika engkau mendapatkan Aku, niscaya engkau akan mendapatkan segala sesuatu. Jika Aku tidak mendapatkan dirimu, niscaya engkau tidak akan mendapatkan segala sesuatu. Aku lebih baik bagi dirimu dari segala sesuatu.”

Allah juga cemburu terhadap hamba-Nya jika lidahnya tidak digunakan untuk menyebut Asma-Nya dan sibuk menyebut nama selain Allah. Dia cemburu terhadap hamba-Nya, jika anggota tubuhnya tidak digunakan untuk menaati-Nya dan sibuk untuk mendurhakai-Nya. buruk amat seorang hamba jika Pelindungnya cemburu terhadap hati, lidah, dan anggota tubuhnya. Padahal tidak seharusnya Dia cemburu terhadap semua itu.

Jika Allah menghendaki suatu kebaikan terhadap hamba-Nya, maka Dia akan menguasai hatinya. Jika dia berpaling dari-Nya dan sibuk mencintai selain-Nya, maka hatinya akan dipenuhi dengan berbagai macam siksaan hingga akhirnya dia mengembalikan hatinya kepada Allah. Jika anggota-anggota tubuhnya disibukkan dengan hal-hal yang bukan merupakan ketaatan kepada-Nya, maka Dia akan menimpakan berbagai macam siksa. Inilah gambaran kecemburuan Allah terhadap hamba-Nya. karena Allah cemburu terhadap hamba-Nya yang mukmin, maka Dia pun cemburu terhadap diri dan kehormatannya. Allah tidak akan membiarkan orang rusak untuk membiarkan orang rusak untuk berbuat semena-mena terhadap kehormatannya, sebagai gambaran kecemburuan Allah terhadap orang yang Mukmin itu....

Semoga Bermanfaat .. insya Allah ...

KERANA MARUAH AGAMA

Kisah Benar (nama samaran)…. :
M mengajak aku untuk pergi ke satu kem selama 2 hari 1 malam. Aku bosan, sebab tu aku setuju dengan ajakannya bersama S dan N.
Sampai di sana, tempatnya indah dengan ciptaan Tuhan namun dicemari dengan pelbagai maksiat yang tersmbunyi di mata kasarku pada mulanya. Setelah beberapa jam mengikuti program tersebut, aku dan rakan-rakanku agak terkejut dengan “kejutan budaya” seperti homoseksual (gay, lesbian) dan biseksual, heteroseksual dan banyak lagi.
M berkata, dia tidak menyangka bahawa kem kali ini benar-benar berbeza daripada sebelumnya. Kami tidak menyalahkannya kerana kami mendapat satu pengalaman yang mengejutkan. Bayangkan! Kami serumah dengan mereka-mereka yang “pengkid”. Mungkin ada juga yang Lesbian antara mereka.
Bukan niat ingin menghina, tetapi ingin menyatakan pendapat. Pergaulan yang terlalu bebas menyebabkan kami terasa begitu asing. Lelaki dan perempuan bersalaman, bertepuk tampar dan banyak lagi. Inikah perwatakan Islam? Mereka tahu gunakan nama Tuhan dalam mempertahankan perkara batil (contohnya: Allah dah bagi kita rambut yang cantik, terima jela. Tapi, bukan nak pakai tudung). Malah memerli orang yang pakai tudung.)

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Surah an-Nur : ayat 30)



“dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah sutu perbuatan keji dan jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : ayat 32)
“..sesungguhnya pendengaran, penglihatan juga hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya (selama di dunia).” (Surah al-Israa’ :ayat 36)
Kami terpaksa menipu untuk pulang dari kem tersebut pada waktu malam kerana dua sebab. Satu, tidur. Dua, salah seorang sahabat kami diarahkan berlakon bersama lelaki dalam keadaan baring di lantai sambil bertentang mata. Dia risau dan kami juga risau. Jadi, kami buat satu perancangan untuk membebaskan diri kami dripada dibelenggu dosa dan maksiat. Mana taknya, perempuan, tapi merokok dan mengaku pernah menghisap shisha. Na’uzubillah..
Bila ada lelaki yang cuba mendekati, aku akan menjauh. Biarlah mereka nak kata aku ni tak sporting ke, sombong ke.. Biarlah.. Asalkan Allah suka dengan sikap aku yang cuba nak memelihara ni..
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
M menghubungi saudaranya dan menceritakan segala-galanya. Saudara M juga berasa terkejut dan risau dengan keadaan kami lalu kami sepakat membuat keputusan untuk tinggalkan kem pada malam tersebut juga. Kami terpaksa menipu orang yang kami hormati di kem itu kerana ini.
Apapun, sebenarnya, kem ini best! CUMA!! Pergaulan yang terlampau bebas dan pakaian yang terlampau bebas serta terdedah menyebabkan kami rasa sungguh kecewa dan kesian.
Pengajaran : Jagalah diri sebaik mungkin kerana diri akan mudah hanyut dengan ajakan rakan sebaya andai iman dan takwa dalam hati sudah hilang dalam diri.
Semoga Allah menghadiahkan nur hidayah-Nya pada mereka-mereka yang memerlukan petunjuk. Amin… :)
p/s : Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Ambillah pengjaran dan jadikan pedoman.
Wassalam…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...