ahlan wa sahlan

SERUAN CINTA

SERUAN CINTA

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Buat semua sahabat yg dirindui selalu,
Aku memulai seruan ini dengan sepotong ayat:
Surah Al A’la:ayat 9-10
9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia Dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
10. Kerana orang Yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

Wahai sahabat yg ku kasihi,
Dengan usia yg semakin menjangkau alam dewasa, pasti setiap diantara diri kita sudah memikirkan mengenai alam rumah tangga, hidup bersama “lelaki idaman hati” apatah lagi yg sudah lama “berpasangan”, pasti sudah memasang impian ke jinjang pelamin. Ada yg berpacaran selama beberapa tahun semenjak di alam persekolahan lagi dan akhirnya sampai jua jodoh ke jinjang pelamin kerana memang jodohnya telah tertulis di lauh mahfuz dan ada pula yg kecundang di tengah jalan. Aku bukan pula meng”halal”kan “coupling” namun ia bukan topik utama utk dibincangkan disini kerana aku percaya setiap diri telah pun diingatkan mengenai dosa berbuat demikian apatah lagi mendekatinya sepertimana peringatan Allah dalam surah Al- Israa’:ayat 32
32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).
Buat sahabat yg pernah dikecewakan,
SABARLAH dan BERTAWAKKALLAH dengan setiap yg “pergi” pasti ada yg “datang”, bukankah setiap dari kita sgt suka mendengar ayat ‘seribu dinar’ (ayat 2-3 dari surah at thalaq) namun berapa saja yg beriman dgn ayat ini dan tdk hanya membacanya kerana ingin kaya dgn harta dunia sahaja? Maka marilah menghayati makna Surah At Thalaq:ayat 2
”…..dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya)”,
Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”.
Pada pandangan dan pengalamanku,
apa yg menyebabkan antara kita tdk redha dgn perpisahan dgn pasangan adalah kerana telah byk “kenangan manis dan pahit” yg dilalui bersama serta “jasa & pengorbanan” yg telah byk ditaburkan utknya.
Renungkanlah, jika antara kita belum menjumpai sepotong ayat peringatan dari Allah mengenai larangan mendekati zina (bercouple adalah perbuatan mendekati zina kerana apabila bercouple, kebiasaannya sudah tentu berpegangan tgn, berjumpaan, etc yg menghala ke arah zina) maka semoga Allah mengampuni kita yg melakukan dosa kerana kejahilan ini dan keluarlah dari kejahilan dan “berhijrahlah” memurnikan hubungan dengan TUHAN..
32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). —–Surah Al - Israa’

SAHABAT, aku pernah lalui jalan itu….
Sebaik kaki melangkah ke alam pengajian yg lebih tinggi iaitu di universiti, Allah menemukan aku dengan “USRAH”, ceramah2 agama di surau kolej, rakan2 usrah, buku2 agama dan yg pling penting ialah diri ku yg ingin terus mencari hakikat “apa erti sy menganut islam” lantas aku sedar apa sebenarnya yg perlu ku cari di sebuah tempat persinggahan yg bergelar DUNIA. Adakah aku ingin terus berada pada penghayatan agama di takuk lama? sedangkan aku mampu dengan segala kebijaksanaan akal fikiran yg ALLAH kurniakan, berupaya mencari informasi mengenai “ HALAL DAN HARAM BAGI WANITA MUSLIM” atau “PANTANG LARANG DALAM ISLAM” atau yg lebih tepat lagi “APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM”. Renung-renunglah, sementara Allah masih ‘meminjamkan’ nikmat akal yg boleh berfikir mencari kebenaran, nikmat hati yg masih tidak ‘diterbalikkan’ oleh Allah daripada kebenaran, berusahalah menzahirkan syukur kepadaNya dengan lidah, hati dan perbuatan (menjauhi laranganNYA). Al Baqarah: 152

152. Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

BERMULANYA HIJRAHKU MELALUI ‘USRAH’
Teringat kembali bagaimana aku mula mengenal usrah. Sama seperti org lain, sebelum usrah aku biasa-biasa saja…pengetahuan agama pun kurang apatah lagi tidak bersekolah agama ketika di peringkat menengah, hanya sekadar di sekolah rendah ketika di Bidor. Aku masuk ke dalam usrah setelah berjumpa dengan seorang lecturer di UiTM Dungun. Setiap kali usrah bermula, ia dimulakan dengan tilawatul quran disusuli perbincangan buku-buku aqidah dan buku2 agama lain seperti “Apa erti saya menganut islam” karangan ulama Allahyarham Fathi Yakan. Lama kelamaan hati yg kosong semakin terisi ditambah kenalan ahli usrah yg rapat antara satu sama lain dan sering berkongsi masalah bersama.
USRAH VS CERAMAH
Jika org kata Usrah adalah sama dengan majlis ilmu yg lain seperti ceramah , ia adalah SALAH kerana usrah bukan tempat menuntut ilmu secara total malah lebih kepada mendidik hati atau peribadi kepada yg lebih soleh sedangkan jika kita menghadiri ceramah, jarang sekali yg terdidik hatinya melainkan pengisian AKAL sahaja. Balik rumah, lupa kembali ilmu yg dipelajari jika tidak diselak kembali nota2 yg dicatit tadi. Mungkin pengetahuan agama sahaja yg semakin bercambah dalam diri setelah beberapa kali menghadiri kuliah ceramah tetapi dapatkah peribadi juga turut terkesan sehingga berupaya memperbaiki kejahilan diri?
Jadi, carilah ruang dan peluang untuk menyertakan diri dalam kumpulan usrah (keluarga), percayalah… jika kita istiqamah berada di dalamnya ia pasti berjaya mengubah peribadi..insyaallah.

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
Sahabat, dalam proses mencari pengganti yg telah pergi, jangan hanya dengan “menutup sebelah mata” tanpa mengira panduan yg telah diberikan dalam Islam. Islam telah memberikan 4 ciri2 dlm memilih calon pasangan iaitu berketurunan baik @ ramai anak (menandakan subur) , berharta, rupa paras yg cantik, dan beriman. Namun, Islam menekankan agar “AGAMA” dipilih sbg kriteria utama dlm memilih pasangan kerana ia mampu membimbing kita dan keluarga membentuk sebuah keluarga yg soleh. Terdapat hadith yg lebih kurang berbunyi “Dan jika kamu memilih kerana harta maka kelak harta itu akan membinasakanmu dan jika kamu memilih kerana rupa paras yg cantik maka kamu akan mendapat celaka darinya”

MATLAMAT UTAMA SEBUAH PERKAHWINAN
surah ALI IMRAN- ayat 110:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah……”.
Bukankah perkahwinan itu seumpama menyempurnakan sebahagian dari agama dan mana mungkin agama itu dpt disempurnakan walaupun sebahagian, jika yg menyempurnakannya tidak mampu menegakkan agama walau dalam dirinya sendiri iaitu sebagai ketua keluarga apatah lagi impian utk membentuk sebuah keluarga yg soleh. Akhirnya matlamat utama sebuah perkahwinan yg sepatutnya melahirkan umat MUHAMMAD yg berkualiti atau soleh tidak tercapai dan anak2 yg lahir hanya memenuhkan “ruang-ruang kosong” bumi atau dengan kata lain hanya ‘meningkatkan jumlah populasi pelusuk bumi yg toleh (tidak soleh)’.
Sedarlah….kita adalah umat yg terbaik yg Allah jadikan sekiranya kita beriman kepada Allah seperti yg tercatat dlm Ali Imran, 110. Maka bentuklah anak yg soleh dan pembentukan anak yg soleh bermula dari diri seorang IBU yg soleh dan ayah yg soleh..terbentuknya anak yg soleh lahirlah pula rumah tangga/keluarga yg soleh..seterusnya masyarakat yg soleh, dan akhirnya pasti lahirlah umat yg terbaik yg beriman kepada Allah iaitu umat yg menyeru kpd kebaikan dan mencegah kpd kemungkaran..
*Alangkah indah mempunyai anak yg soleh kerana doa anak yg soleh adalah antara 3 amal yg tidak putus selepas kita berpindah ke alam barzakh kelak.

PERCAYALAH PADA JANJI ALLAH
Dalam mencari pengganti yg telah pergi, berubahlah utk menjadi wanita yg solehah (baik) dan kemudian berdoalah kerana Allah tidak pernah memungkiri janjiNYA seperti dlm surah AN NUR- ayat 26:
“perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia”.

DOA MENDAPAT PASANGAN / ZURIAT YG SOLEH
Berdoalah seperti doa yg termaktub di dalam surah Al Furqan:ayat 74 (ucap doa bermula dengan rabbana hablana ….)
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Dan kemudian bertawakkallah pada ketentuanNYA tentang apa yg telah diputuskan utk kita kerana sesungguhnya Allah jualah pentadbir segala urusan dan jua MAHA MENGETAHUI apa yg terbaik utk makhluk ciptaanNYA.
Jika kita telah berusaha menjadi wanita solehah, berdoa dan seterusnya meletakkan segala urusan kpd Allah, maka redhalah dgn keputusan apa yg akan Allah tentukan utk kita. Kadang2 ada wanita solehah ditakdirkan dgn lelaki yg biasa namun mgkin ada hikmahnya kerana Allah pasti mempunyai rencanaNya sendiri utk setiap hambaNYa. Walaubagaimanapun, itu terletak pada rahsia Allah namun tugas kita adalah menjalankan seperti apa yg diperintahkan, biarlah Allah yg MAHA PENTADBIR segala urusan melaksanakan yg selebihnya. (do the best and let Allah do the rest)

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Dalam proses mencari pengganti, setelah diri berusaha menepati kriteria panduan ILAHI sbg mukminah sejati, carilah pasangan dengan saluran/cara yg betul mengikut batas-batas syarak. Walaupun niat kita murni utk menjaga nafsu dan demi melahirkan umat MHMD yg soleh, maka cara mendapatkan pasangan juga haruslah berlandaskan peraturan Islam seperti menjaga aurat, tidak keluar b’dating berduaan tnpa muhrim, tidak ber’sms’, apatah lagi mencari pasangan melalui chatting spt YM, MiRC, atau apa saja medium cyber kononnya ingin mengikut wardina atau siti sarah yg mendapat pasangan melalui alam siber..yg akhirnya membawa kepada satu ‘dating’ disebuah tempat , sudahlah tidak ditemani muhrim, pergi berseorangan, pakaian pula tidak memenuhi kriteria muslimah dan ditemani bau2an harum semerbak yg haram dipakai melainkan dihadapn muhrim, ditambah pula pemerah pipi atau gincu penyedap mata bagi mencantikkan lagi raut wajah yg sudah asalnya cantik di pandangan Allah….
Bayangkan…
jika Allah mentakdirkan kita mengalami kemalangan maut ketika dalam perjalanan utk ‘berdating’, alangkah buruknya penamat hidup kita kerana mati dalam perjalanan mengerjakan maksiat bukan dalam perjalanan fisabilillah???..na’uzubillah… adakah kita tidak pernah merenung firman Allah, Al Maa’idah:35

‘Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. ‘


Astaghfirullahal’azim.. dengan perasaan pilu aku memikirkan sahabat2ku diluar sambil mengajak diri bertanya pada akal yg waras. mengapa kita memilih jalan ini? Saudara kita di Palestin mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah dengan menaruhkan nyawa mereka demi jihad membebaskan bumi suci Palestin sedang kita di sini sibuk mencari jalan mengingkari nikmat Allah, bukan mencari jalan mendekatkan diri kepadaNYa. Jadi bagaimana Allah ingin memberi kita keberuntungan? memberi kita suami yg kita idam2kan? jika diri kita sendiri tidak menepati apa yg Allah mahukan sebagai syarat makbulnya permintaan kita? . semaklah diri tanyalah iman….

Kisah Samad dan Ahmad..siapa yg berkat?
Allah pasti memberikan apa yg kita mahu tapi bukan apa yg kita perlukan jika kita menolak hidayah Allah. Allah akan berikan seperti apa yg kita mahukan, iaitu Samad sebgai teman hidup, yg kita jumpa di laman siber melalui cara yg haram…sedangkan Allah mahukan kita bersama Ahmad dimana dialah yg terbaik yg kita perlukan jika ‘mencari’ Ahmad dengan cara yg betul seperti menjaga diri mengikut adab2 wanita muslim. Walaupun kita mendapat Samad, percayalah bhwa kita telah menolak keberkatan yg ada pada Ahmad yg Allah sediakan utk kita jika ‘menjumpai’ Ahmad. Bersama Samad, kita mendapat kereta mercedes yg sering meragam dan anak2 yg tidak mendengar kata sedangkan jika bersama Ahmad, walaupun hanya mendapat Iswara aeroback namun tidak pernah mendatangkan masalah beserta anak2 yg cerdik pandai serta soleh dan solehah. Pilihlah..jika Samad idaman hati, teruskanlah… jika Ahmad yang ingin dimiliki, berubahlah… masih belum terlambat selagi jari manis belum tersarung cincin….


Adake cinta cyber yang halal?
Antara kami ada yg mendapat jodoh melalui alam cyber. Tetapi harus diteliti, jalannya adalah begini. “Suraya”, seorang sahabat saya sedang mencari pasangan hidup.Kamal yg merupakan rakan Suraya memperkenalkan Ahmad kepada Suraya melalui blog Suraya. Ahmad tertarik dengan Suraya melalui tulisan blognya yg menggambarkan dia adalah seorang wanita solehah. Lalu Ahmad menghantar private message kpd Suraya menanyakan jika dia sudah berpunya. Suraya menjawab pertanyaan itu & mgatakn dia belum berpunya dan jika Ahmad mahu menyuntingkannya sbg isteri, harus terus menghubungi keluarga Suraya , istikharah, dan tanpa sebarang dating yg tidak ditemani ahli keluarga, tanpa perbualan panjang lebar melalui telefon atau email tanpa sebarang tujuan apatah lagi sehingga menaikkan syahwat, mereka akhirnya di ijab kabul. Dan jadilah Suraya isteri kepada seorang peguam yg juga seorang aktivis dakwah. Cara yg betul, insya allah mendapat pasangan yg betul juga..lalu lahirlah generasi soleh yg diimpikan. Insya allah..

Anak adalah gambaran kita sewaktu muda
Sebuah kisah menceritakan bagaimana seorang alim, mengatakan “aku mendidik anakku sejak dari dalam perut ibunya” di mana ia bermaksud demi melahirkan zuriat yg soleh, alim tersebut mencari pasangan hidup yg solehah lalu lahirlah anak kecil yg soleh dan akhirnya dikenali sbg Imam Abu Hanafi. Kisah lain, seorang ustaz yg giat berdakwah namun seorang daripada anaknya terlibat dlm kegiatan “mat rempit” mengakui bahawa sifat negatif itu diwarisi oleh dirinya yg pada waktu muda dahulu seorg mat rempit sblm menemui hidayah “apa erti sy menganut islam”.
Dan kemudian aku sedar bahawa aku perlu “berhijrah” daripada ‘jahil’ kpd ‘tahu’, drpd ‘malas ambil tahu’ kpd ‘peduli’, demi zuriat keturunan yg soleh. Mari renung bersamaku, apakah kita mahu anak kita mengikuti langkah kita mencari pasangan hidup dengan berdating dan sbgnya sedangkan generasi kemudian yg bakal lahir akan lebih hebat cabarannya berbanding zaman ini yg telahpun mengalami keruntuhan akhlak yg teruk. Dan tidak mustahil jika kita mendapt pasangan melalui cara bercouple pada ‘zaman’ ini, anak kita pula dikhuatiri lebih teruk pula perangainya nanti…tidak mustahil jika dia melarikan diri bersama pasangan yg tidak kita restui pula atau lebih teruk lagi dari itu. Bercouple bukanlah perkara biasa, ia memang luar biasa daripada ajaran Islam, hanya manusia biasa yg menganggapnya biasa kerana mereka telah terbiasa dengannya sedangkan org yg luar biasa tetap menanggapnya luar biasa. Orang biasa ini termasuklah segelintir ibu bapa yg malah menyuruh anaknya2 mencari couple/pasangan di universiti lagi.kononnya mudah apabila keluar unvrsiti nnti sudah ada pasangan hati. X perlu susah2 nak cari lagi …alangkah jahilnya masyarakat kini kerana menyuruh melakukan kemungkaran apatah lagi sesiapa yg myuruh melakukan kmungkaran turut mendapat “saham dosa” si pelakunya nanti. Berapa saja ibu bapa yg berpesan sebaliknya seperti “nak, di universiti nanti, carilah rakan2 yg baik budi pekerti, yg dpat membawa kamu pada mendekatkan diri pada Allah,unvsti bukan tmpat kamu bercinta,”…

HIJRAH” PERLU BERMULA

“Tunjukilah Kami jalan Yang lurus”. ~ al fatihah:6

Sedarkah kita dalam setiap kali rakaat solat, kpd Allah kita bermohon agar menunjuki kita jalan yg lurus namun ALLAH sudahpun memberi petunjuknya kepada kita Cuma kita yg tidak mahu mengambil hidayah itu walaupun ia sudah ada di depan mata.
“Warkah” ini mungkin satu petunjuk / hidayah dari Allah kerana bukan semua wanita di luar yg menerima warkah ini dan terpulanglah kepada sahabat utk merebut “hidayah” ini. Aku titipkan sepotong ayat drpd Surah Al Baqarah: ayat 218 utk diri yg ingin berhijrah!! Bermotivasilah utk berhijrah!!!
218. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
~ surah An Nahl:119
119. Kemudian, Sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang Yang melakukan kejahatan Dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, Sesungguhnya Tuhanmu sesudah (Mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

An nisa’: ayat 17
‘ Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang Yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana’.

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT
Bukan niat menunjukkan diri yg serba hebat namun hanya menyahut seruan Nabi Mhmd SAW yg bersabda: “ sampaikanlah walau sepotong ayat”.
Bukankah kita bersaudara? dan tanda mencintai diri saudara kita adalah mencintai mereka sepertimana kita mencintai diri sendiri dan benci melihat mereka melakukan larangan Allah sepertimana diri sendiri benci dicampak ke dalam api neraka.
SURAH AL ‘ASHR
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
Dan seruan dakwah perlu dilaungkan agar umat MHMD tidak terus hanyut dibuai lena kesenangan dunia yg fana. ALLAHU AKBAR!!!

Ali Imran: 104
104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
~Ampun dan maaf dipohon jika ada terkasar bahasa tersalah bicara dalam menyampaikan kebenaran ini, sesungguhnya yg baik itu dariNYA dan yg buruk itu dari saya sendiri.~Wallahua’lam
~WASSALAM~

· Berhijrahlah dan anda boleh bermula dengan usrah….contact saya jika ingin menyertai usrah ditempat anda


hati + cinta
anda bijak jauhi ZINA…bacalah kartun pendek ini mgenai –”ZINA HATI” –contohi hamba Allah yg soleh meninggalkan kekasih demi takut kepada ALLAH…
February 7th, 2010 by amir-farhan
semoga mdapat anjakan paradigma dari cerpen pendek ini….hayatilah,,ZINA HATI..
sumber: http://indahnyabumi kenyalang. blogspot. com/2008/ 10/zina-hati. html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...