ahlan wa sahlan

Alat Yang Mengawal Sifat Riak Dan Sedih

Bismillahirahmanirahim ~

kisah ini bermula...

Ada seorang pemimpin,bertemu seorang ulama' untok meminta nasehat.

"Wahai,alim. Sudikah sekiranya engkau membantu menyelesaikan masalah aku?"Tanya pemimpin itu.

"Ya,inshallah."Jawab ulama'.

" Pernahkah kau terdengar tentang suatu alat atau benda yang boleh mengawal perasaanku?"

"Perasaan yang bagaimana,ya Amir?"

"Baik. Aku ingin pinta kepada engkau wahai Alim,bolehkah kau tolong mencipta sebuah alat yang boleh mengawal perasaanku ketika aku sedang bersedih?"

Ulama itu mendiamkan diri.

"Dan satu lagi,bolehkah kau menciptakan sebuah alat yang boleh mengawal perasaanku ketika aku berada dalam kejayaan yang tinggi,yakni sebuah alat yang mampu mengawal rasa riak dan membangga diri?"

Ulama itu mendiamkan diri seketika. Tidak lama kemudian,beliau tersenyum dan mengangguk. "Inshallah. Saya boleh menciptakannya."

Beberapa hari kemudian,ulama itu datang kepada pemimpin itu lalu memberikan sebentuk cincin.

"Wahai Amir, pakailah cincin ini setiap masa. Tetapi apabila kau dalam keadaan yang sedih dan riak,kau bacalah apa yang tertulis di bawah cincin itu! Sesungguhnya Allah itu maha mengasihani,yang memberikan kebijaksaan kepadamu."

Pemimpin itu memakai cincin itu,lalu membaca tulisan di cincin itu, 'Semua Ini Akan Berakhir'.

____________________________________________copy__________________________
Wahai kawan-kawan sekalian, semua ini akan berakhir. Tak kira sama ada anda dalam kesedihan, kesakitan, keegoan, ketidakpuas hatian, kegembiraan, percintaan, semuanya akan berakhir. Semuanya. Tiada satu pun yang kekal kecuali Allah.

Kenapa harus kita merasa sedih atas kesakitan yang kita dapat? Mengapa kita rasa kecewa atas kegagalan yang kita alami. Kita gagal dalam peperiksaan,kita gagal dalam pertandingan, kita membuat kesilapan tatkala bercakap di hadapan orang ramai, program yang kita anjurkan mencapai kegagalan, pasangan kita cabut lari-semuanya akan menjadikan kita kesedihan.

Setelah bersedih,kita akan lemah dalam menjalani kehidupan. Maka,terus timbul kata-kata negatif, 'Mengapa aku?Mengapa bukan orang lain?Mengapa Tuhan begitu kejam dengan aku?"

Kata-kata ini sudah cukup menggambarkan kita tidak percaya dengan takdir Tuhan. Malah, kita adalah orang yang sangat bodoh kerana kita tidak mengambil hikmah(bab ni aku akan ceritakan dalam post yang seterusnya)yang terdapat dalam kesusahan yang kita alami. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah alami kesusahan. Tetapi kata-kata yang terdapat di dalam cincin itu,begitu bermakna dan berkesan bagi aku.

Semua yang akan kita alami,akan berakhir jua. Kita sedih macam mana pun,akhirnya akan berakhir juga kehidupan. Lepas tu,mana nak sumbat kesedihan kita tu lepas kita mati? Kita rasa sangat gembira dengan kejayaan yang kita ada. Itu juga akan berakhir. Kalau dah berakhir,tang mana lagi kita nak happy-happy? Itulah maksud ayat yang ada pada cincin itu. Pemimpin yang mahukan satu alat supaya boleh mengubah sifatnya yang akan riak dan sedih,ulama itu sudah sediakan. Cukup simple tetapi sangat meaningful. Apabila pemimpin ini sedang bersedih atas kesusahan yang dialami, dibaca sahaja pada cincin, semua ini akan berakhir. Apabila berasa riak atas kesenangan yang ada,dibaca sahajalah pada cincin itu, semua ini akan berakhir. Kesannya, kita akan rasa lega apabila kita percaya dengan ayat itu.

Ia akan berakhir setelah kita mengalami sesuatu yang baru, Ia akan berakhir apabila susah menjadi senang. Ia akan berakhir apabila senang menjadi susah. Atau sekiranya hidup kita sentiasa susah,janganlah kau susahkan kehidupan selepas kau mati nanti. Boleh?

Maka, senang cerita, semua ini akan berakhir.

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...