1. Catriona Ross :
~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di
cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata.
Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan
pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan
meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun
mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
"Ketika
memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan
saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya
sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari
Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa
syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka
pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat
tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya
gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan
malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah
kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya
mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16
Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian
Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang
ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk
meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat
ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat
pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di
kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali
bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu
prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah,
suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan
itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa
yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan
keputusan saya.
"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan
apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam
ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus
berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana
mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan
doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang
mana lagi nak saya dustakan?
"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu
terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat
hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu
adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab
hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak
boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan
teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang
menahan air mata daripada mengalir.
2. Irma Hasmie :
~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak
jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua
kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi
perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun
saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
“Saya
bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang
dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini,
semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu
pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma
akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya
kini lebih tenang dan bahagia
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah
Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki
ke tanah suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat
sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu
melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
“Slma
29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang
pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang
turut memohon ditenangkan hati setiap masa.
3. Abby Abadi :
~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka
tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur,
di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga
Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya.
Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak
akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal
bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia
membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,”
katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni
tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah
menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim,
9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur
kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara
tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata
Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke
Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja
halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat
diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan
saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak
tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah,
memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak
dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan
juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.
“Saya juga tak terkilan
sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima
ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara
baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat
dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.
4. Diana Amir :
~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga
bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang
semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa
bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku
kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan
semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang
berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah
terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang
untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk
meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,
“Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah
ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”
~ Alhamdulillah...~
semoga kita semua ditetapkan iman di jalan kebanaran dan di redai Allah
No comments:
Post a Comment