Kisah couple
LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!
PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?
LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?
PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?
LELAKI
: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu
tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.
PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.
LELAKI : Eh, kenapa?????
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab
Satu,
awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah.
Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan.
Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang
tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya
terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.
Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin
hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2
bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari
banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.
Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar.
Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2.
Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain
dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati
tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati
wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak
rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu
tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba
pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..
LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.
PEREMPUAN : Mohon
padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari
saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm
berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang.
Salam.
LELAKI : Wslm:: kalau dah suka... bincang dengan keluarga ::wallahua'lam
No comments:
Post a Comment