PERMULAAN HIDAYAH ITU ADALAH DENGAN ILMU
Bismillah wal hamdulillah..
Perkongsiaan bersama..
Memetik penulisan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra dalam kitab
bidayatul hidayah mengenai adab-adab awal dalam menuntut ilmu. Moga
ianya dapat dimanfaat oleh kita semua..
Ketahuilah~ wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai
perhatian dalam mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita2 yang tinggi
dan rasa yang sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan~ Seandainya
dirimu berminat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba2 dan mendapatkan
kemegahan dan terkemuka dalam kalangan kawan2 dan untuk menarik
perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan kekayaan dunia,
maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan
membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan
harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak
peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat
maksiat dan ia juga akan merasa kerugian. Ketika itu guru yang
mengajarmu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperta
sabda Rasulullah saw:
“..sesipa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun
hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam
melakukan maksiat tersebut..”
Dan jika niatmu dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan ALLAH
dan mencari hidayah, bukan semata2 untuk pandai bercakap mka hendaklah
engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya
apabila engkau berjalan dan ikan yang berada di lautan dan hidupan yang
berada di daratan akan memohon keampunan untukmu..
Hendaklah dirimu mengetahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada
ilmu dan bagi hidayah itu ada ‘bidayah’ (permulaan) dan ahda pula
nidayah(kesudahan) dan ada ‘zahir’ dan ada ‘batin’. Dan dirimu tidak
akan sampai pada nidayahtul hidayah dan tidak akan dapat menyelami
batin hidayah kecuali dirimu telah selesai daripada menyempurnakan
segala urusan yang berkenaan zahir hidayah..
Dan ketahuilah bahawa manusia dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga keadaan:
1. Orang yang menuntut ilmu untuk menjadikan ia sebagai bekalan ke
negeri abadi maka ia tidak berniat dengan mencari ilmu selain hanya
mendapatkan redha ALLAH dan negeri akhirat. Maka orang itu termasuk
dalam golongan orang yang beruntung.
2. Orang yang mencari ilmu untuk mendapat keuntungan yang segera
(dunia) dan mendapatkan kemuliaan pangkat dan harta benda sedang ia
menyedari hal ini dan merasa dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang
dialaminya dan kehinaan maksudnya. Orang ini berada dalam golingan yang
berbahaya. Jika matinya tidak sempat untuk bertaubat maka ia dalam
golongan yang merugikan diri dan matinya dalam su-ul
khatimah(diserahkan pada ALLAH urusannya samada dimaafkan ALLAH ataupun
diseksa). Namun seandainya ia bertaubat dan memperbaiki amal dan
ilmunya maka ia akan bersama golongan yang beruntung.
3. Orang yang dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang
dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan
bermegah megahan dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramainya
pengikut. Dia menggunakan ilmunya untuk mencapai segala hajatnya untuk
mengaut keuntungan dunia. Walaupun demikian dia menganggap dia mempunyi
kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH kerana zahirnya ia menyerupai para
ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti
pakaian ulama, namun pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan
haloba dalam menghimpun kekayaan dunia. Golongan ini termasuk dalam
golongan orang yang binasa dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat
tipis harapanya untuk bertaubat kepada ALLAH kerana ia telah menyangka
berbuat baik dan terlupa akan firman ALLAH Taala:
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?..As saff:2
Maka jadikanlah dirimu bersama golongan pertama dan berhati-hatilah
supaya tidak termasuk dalam golongan yang kedua kerana banyak sekali
orang yang lalai yang telah diragut kematian sebelum sempat ianya
bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang ada. dan jangan sama sekali
kamu termasuk ke dalam golongan yang ketiga maka engkau akan terjerumus
ke jurang kebinasaan yang sukar untuk diperbaiki..
~ Imam Al Ghazali ra~
Maka jika dirimu bertanya;' ..apakah langkah permulaan yang mesti
diikuti dalam usaha menuju hidayah?..maka ketahuilah bahawa permulaan
jalan hidayah itu ialah menyempurnakan taqwa zahir dan kesudahannya
ialah mencapai taqwa yang batin. Kerana syurga itu tidak dapat dicapai
melainkan dengan taqwa.. dan tiada petunjuk bagi orang yang tidak
menyediakan dirinya untuk bertaqwa..Dan taqwa itu terbahagi kepada dua
bahagian:
1-menjunjung segala perintah ALLAH SWT (melaksanakan segala ketaatan)
2-menjauhi segala larangan ALLAH SWT (dengan meninggalkan segala maksiat).
p/s:
MUHASABAH BERSAMA DALAM MELETAKKAN NIAT HANYA KERANA ALLAH..
Selamat meneruskan pengajian buat sahabat2 dan adik2 di kampus. Moga semuanya diniatkan kerana ALLAH…
Juga selamat berjuang buat sahabat dan saudara islam semuanya..~Menuntut dan menyebarkan ilmu itu juga adalah jihad~
No comments:
Post a Comment