ahlan wa sahlan

Darah yang keluar dari faraj wanita

Darah yang keluar dari faraj wanita terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

a.Darah Haid
b.Darah Nifas
c.Darah Istihadhah

Nota: Selain daripada tiga jenis darah di atas,sesetengah ulamak menambah satu lagi darah yang termasuk dalam golongan darah yang keluar dari faraj wanita iaitu darah fasad.Darah fasad juga disebut sebagai darah istihadhah.

Perbezaan darah secara umum:

a.Darah Haid ialah darah yang keluar dari faraj wanita yang sudah mencapai umur 9 tahun dalam keadaan dia sihat dan bukan disebabkan melahirkan anak.Haid adalah salah satu tanda bagi seorang budak perempuan itu sudah baligh.

b.Nifas ialah darah yang keluar daripada faraj wanita selepas melahirkan anak ataupun keguguran anak.

c.Istihadhah ialah darah yang keluar daripada hujung urat di bawah rahim wanita (yang pecah atau putus) bukan sewaktu haid atau nifas.Ia adalah disebabkan oleh penyakit.Darah istihadhah kebiasaannya mengiringi darah haid ataupun nifas.


d.Darah Fasad ialah darah penyakit seperti istihadhah tetapi ia keluar daripada faraj wanita sebelum berumur 9 tahun ataupun sebelum melahirkan anak.Darah fasad juga adalah darah yang keluar bersama-sama anak yang dilahirkan  dan darah yang keluar dari faraj wanita dalam tempoh kurang dari sehari semalam.

-------------------------------------------------------------------


Soalan: Umur saya 17 tahun.Saya tiada haid sehingga kini.Adakah saya masih belum baligh?

Jawapan:Bagi anak perempuan,tanda baligh mempunyai tiga perkara.Sekiranya adik melalui salah satu drpd 3 perkara berikut,adik dikatakan sudah baligh iaitu:

1-Keluar air mani sama ada melalui mimpi atau selainnya.
...2-Keluar darah haid selepas umur cukup 9 tahun.
3-Mencapai umur 15 tahun mengikut kalendar Hijrah.

Adik dikira sudah baligh kerana melebihi usia 15 tahun iaitu mengikut kategori ketiga yang dinyatakan di atas.
 
Rujukan: Buku "501 Soal jawab Darah Wanita" by Muzayyanah Abdullah & Rohayati Bakri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...