Saya
sayang awak. Sungguh, saya tak tipu.” Lia membalas, “Ok. Saya pun
sayangkan awak. Cinta awak. Mulai hari ini, kita dah jadi pasangan tau.”
Aku membalasnya dengan kata-kata yang sama. Aku ketawa gembira dalam
hatiku.
Haha..senang
saja nak ‘tackle’ budak perempuan si Lia ni..cepat cairlah
katakan....lepas ni giliran si Fiona pula..tunggulah kedatanganku di
CafĂ© nanti..kau pula jadi mangsa ‘couple’ aku..
“Awak, kita ‘couple’ nak
tak? Kita dah lama kawan kan..apa salahnya kalau kita maju ke depan
lagi.” Fiona senyum sambil berkata, “Lama saya tunggu awak cakap macam
ini tau. Hehe. Saya terima awak. Tapi, ‘girlfriend’ awak tak marah ke?” Hatiku tergelak besar. “Haha. Saya mana ada ‘girlfriend’, semua tu kawan saja. Mereka saja yang anggap saya ni‘boyfriend’ mereka.
Saya sayang awak seorang saja. Percayalah.” Fiona gembira mendengar
pengucapan dusta dari bibirku, “Terima kasih Sayang. Saya pun sayang
awak seorang saja.I love you.” “I love you too.” Balasku sambil hatiku tergelak besar..
Yes..Fiona
pun dah dalam tangan..senang kerja-kerja ‘assignment’ aku lepas
ni..suruh ‘girlfriend-girlfriend’ aku yang buatkan..tapi, baru dua..tak
cukup lah..aku nak tambah lagi dua..biar cukup empat..nak ikut
sunnah..hehe.mesti best nak ‘tackle’ budak-budak perempuan UIA ni
lagi..harap saja belajar agama, tapi, layan lelaki juga.... jangan
haraplah aku nak buat jadi isteri kalau perangai tak ubah macam
‘playgirl’..
“Betul,
awak seorang saja wanita kesayangan saya. Saya tak tipu.” Melissa
membalas renungan mata buayaku sambil berkata, “Ya. Saya percaya awak.
Saya pun sayangkan awak. Awaklah satu-satunya lelaki idaman hati saya.”
Haha..aku berjaya lagi..tinggal lagi satu saja..Saira orang yang bertuah itu...
“Sai,
saya cintakan awak. Sudi tak awak jadi pasangan saya? Saya betul-betul
dah jatuh hati dan gila bayang pada awak.” Sai tersenyum tanda setuju
untuk menjadi pasanganku. “Hanif, saya terlebih sudi untuk jadi
pasangan awak sebab itulah impian gadis-gadis di sini termasuk saya.”
Sai ingin memegang tanganku tetapi cepat-cepat aku tepis kerana aku
tahu itu satu dosa. Tak ingin aku nak menggatal dengan perempuan
murahan macam tu!
Menggatal
betullah Saira ini..biasalah tu..perempuan...aku lelaki buaya pun tahu
pegang-pegang tangan itu satu dosa, inikan lagi muslimah-muslimah
UIA....dalam UIA muslimah, luar UIA semua nak tayang..tudung pun dah
hilang..fikir aku nak sangat ke budak-budak tu? Huh..jangan harap..semua
nak harta ayah aku saja..materialistik! jangan haraplah..aku nak yang
suci dalam debu..mawar berduri..barulah namanya muslimah..bukan macam
Lia, Fiona, Melissa dan Saira tu..menggatal saja lebih, muslimahnya
hampeh..!!
“Hanif, kau apa khabar? Assignment kau
dah siap ke? Wah..makin kacak aku tengok kau sekarang ini! Patutlah
ramai budak-budak perempuan minat dekat kau..” Usik Shahrizal, rakan
sekelasku, ketika pensyarah belum masuk lagi. Aku tergelak lalu berkata,
“Hehe..aku sihat. Assignment aku
selalu siap sebab ada empat pembantu setia di sisi yang membuatkannya
siap...aku memang sentiasa kacak macam kau juga...” Kami sama-sama
tergelak. “Hanif, kau tahu tak ada budak perempuan baru yang akan masuk
dalam kelas kuliah sebelah kita ini. Dengar cerita, cun melecun
budaknya.
Tak
nak cuba nasib ke? Hehe..tapi…” “Betul ke Rizal? Kalau kau dah kata
cun, aku mestilah nak mencuba nasib..mesti dapat punyalah..hmm..tapi
apa?” Shahrizal menjawab, “Aku dengar dia tu susah sikitlah nak layan
lelaki sebab dia tu macam mawar berduri. Muka tak pernah nak senyum
dengan lelaki. Semalam aku sajalah nak tegur dia. Dia buat tak tahu
saja. Muka tak nak pun senyum dengan aku. Muslimah betullah beb..ada
peluang ke kau? Perempuan ni susah sikit...” Aku mengerutkan dahi sambil
berkata, “Erm..nampak macam susah saja. Tapi aku ni lainlah, kau tak
sekacak aku. Manalah muslimah tu nak pandang kan....Aku akan pastikan
yang aku dapat ‘tackle’ dia
juga. Kau tengok sajalah. Ini Hanif Al-Radzi tau, bukan calang-calang
lelaki. Belum ada perempuan lagi yang pernah tolak cinta pura-pura aku
ni..” Shahrizal tersenyum sinis sambil berkata, “Tapi, budak perempuan
yang seorang ni lainlah beb. Tak sama!
Apa-apa pun, aku ucapkan semoga berjayalah kau nak ‘tackle’ dia.”
Aku membalas, “Yang tak sama itulah yang aku nak. Bukan
perempuan-perempuan yang jual murah sangat tu...Ok, aku akan cuba
buktikan pada kau yang aku boleh.” Aku nekad untuk ‘tackle’muslimah yang dikatakan Shahrizal sebentar tadi untuk membuktikan kelelakian aku.
“Assalamualaikum saudari.” Aku cuba untuk berbual dengannya sewaktu rehat sudah bermula. “Waalaikumussalam.”
Yes.. ‘line clear’ punya. Ada peluang ni....
“Saya….”
Belum sempat aku nak habiskan ayat perkenalan aku, dia dah pergi.
Macam tu saja? Tak pandang aku langsung! Apatah lagi nak senyum! Tak
patut betullah budak perempuan ni! Ish..!! Memang betullah apa yang
Shahrizal cakap dekat aku. Tapi, aku takkan putus asa. Aku akan
pastikan juga yang aku dapat ‘tackle’ kau!
KRING!! KRING!! Telefon bimbitku membingitkan gegendang telingaku!
Panggilan dari Fiona. Ah, malaslah aku nak layan! Buang masa aku saja.
Perempuan-perempuan tu dah tak penting dan tak pernah pun penting dalam
hidup aku. Yang penting sekarang, aku kena fikir cara nak ‘tackle’ budak perempuan tadi tu! Erm..
Cun
juga budaknya. Pakaian yang budak perempuan tu pakai memang
menyejukkan mata aku. Jubah labuh berwarna merah dan tudung labuh
hitam. Memang sejuk mata aku memandang. Tapi, betul ke dekat luar UIA
ni dia macam tu juga? Kalau betullah dia muslimah yang sejati, aku
takkan lepaskan dia. Susah nak cari isteri yang sebegitu solehah macam
dia zaman sekarang ni. Mungkin, aku dah jumpa calon isteri aku...
HANIF!!
Siapa pulalah yang menjerit memanggil nama aku ni. Aku memusingkan
sedikit kepalaku. Oh, Shahrizal rupanya. Memekak saja!
Dalam keadaan tercungap-cungap keletihan berlari, Shahrizal berkata padaku, “Wei,‘girlfriend-girlfriend’ kau
semua cari aku tanya fasal kau. Aku penatlah asyik nak menjawab
jawapan yang sama saja tiap-tiap hari. Boleh jadi gila kepala otak aku
ni.” Dengan muka yang tak begitu ceria, aku membalas, “Alah, kau bagi
sajalah apa-apa alasan pun asalkan aku tak jumpa dah dengan
perempuan-perempuan tu. Mengganggu ketenteraman hidup aku saja!” Rizal
ketawa lalu berkata, “Tak sampai sebulan lagi takkan kau dah bosan kot.
Cun
apa pasangan-pasangan kau tu. Siapa suruh kau tamak nak sekali empat?
Padan muka! Dahlah semuanya tergila-gilakan kau...” Aku hanya mampu
berkta, “Aku tak kisahlah kau nak cakap apa Rizal, yang pastinya, aku
tak nak fikir dah fasal perempuan-perempuan tu. Bukan tergila-gilakan
aku, tapi tergila-gilakan harta ayah aku saja! Kalau kau nak semua pun,
aku tak kisah dah. Percuma aku bagi kau. Puas? Dahlah, aku penatlah,
nak keluar pergi cafĂ© sekejap.” Aku terus pergi menuju ke cafĂ© tanpa
mempedulikan Rizal lagi. Fikiran aku betul-betul celaru sekarang ni. Aku
betul-betul nak berkenalan dengan budak perenpuan muslimah kelmarin
yang aku jumpa tu. Tolonglah muuncul wahai muslimah idamanku…
Terpana
mataku memandang gadis yang berdiri di hadapan pintu café tu. Budak
perempuan muslimah itulah! Wow! Ada peluang ni. Gaya macam dia tengah
tunggu seseorang. Bolehlah aku ambil kesempatan masa yang ada ni...
“Assalamualaikum
saudari.” Seperti biasa, dia menjawab salamku. Aku memperkenalkan
terus diriku sebelum dia pergi seperti kelmarin. Melepas aku nanti.
“Saya Hanif Al-Radzi, kelas Ustaz Zahar. Awak pelajar yang baru masuk 3
hari lepas tu kan? Kita pernah jumpa sebelum ni di kantin. Ingat tak?”
Dengan muka yang sedikit pelik, dia berkata, “Ooo..Ya, saya pelajar
baru di sini. Saya tak berapa nak ingatlah. Kawan saya dah datang tu.
Minta diri dulu. Salam.” Alamak, dia dah nak pergi pula. Aku
cepat-cepat bertanya padanya, “Nama awak..?” Dia hanya menggelengkan
kepalanya dan terus berjalan menuju ke arah sahabatnya itu tanpa
menghiraukan pertanyaan aku. Geramnya!!
Eh,
aku kenallah kawannya tu. Lina Ziana rupanya. Senanglah aku nak tanya
fasal perempuan muslimah tadi tu... Betul-betul mencabar kelelakian
akulah perempuan muslimah tu. Tak layan aku langsung! Pandang aku pun
tak! Pandang sekali lepas tu dia terus alihkan pandangan dia. Tak kacak
ke aku pada dia? Erm..Lina mesti kena tolong aku. Dah jumpa satu jalan.
Yes!!
Semasa
Lina Ziana sedang berjalan sendirian di kantin, aku cepat-cepat
berlari ke arahnya dan menjerit namanya. “Lina! Lina!” Lina Ziana
terperanjat dan pusing ke belakang. “La..kau Hanif. Aku ingatkan orang
gila manalah tadi yang menjerit-jerit nama aku. Haha. Apa mimpi kau ni
tiba-tiba saja cari aku?” Aku menarik nafas panjang-panjang dahulu
sebelum menjawab pertanyaannya kerana masih mengah dengan larianku
tadi. “Kau kawan dengan budak perempuan yang baru masuk tu ya?” Lina
mengerutkan dahinya sambil tersenyum sinis padaku lalu berkata,
“Iyalah, kenapa kau tanya? Nak berkenalanlah tu kan. Dah agak dah. Kau
ni perangai masih tak berubah. Apalah nak jadi. Jangan haraplah kawan
aku tu nak dekat kau kalau perangai ‘playboy’ kau tu masih ada dalam diri kau. Sedarlah. Dia tu bukan perempuan-perempuan ‘taste’ kau lah. Tak payahlah kau nak menyibuk! Dia takkan layanlah lelaki macam kau ni.”
Aku
selamba menjawab, “Eleh, kenapa pula kau cakap macam tu? Kau tak tahu
apa-apa diam. Aku dah berubahlah. Aku nak tanya kau! Pernah ke dalam
dua minggu ni kau nampak aku keluar makan dekat café dengan
perempuan-perempuan tu?” Lina Ziana cepat-cepat menggelengkan kepalanya
kerana itulah kebenarannya. Aku menyambung lagi, “Tau pun. Kalau kau
nak tahu, budak perempuan baru tu lah yang ada semua ‘taste’ yang
aku nak. Dialah satu-satunya gadis idaman pilihan hati aku. Haha.
Tolonglah aku ya. Siapa nama dia? Aku dah cuba banyak kali tapi tak
dapat-dapat.
Tolonglah.”
Lina Ziana hanya tersenyum sambil berkata padaku, “Telinga aku ni
salah dengar ke? Si Raudhatus Sakinah tu ciri-ciri wanita idaman
lelaki ‘playboy’ macam kau ni? Haha. Kau jangan buat lawak boleh tak? Dia tu lain ok! Dia tak sama! Untuk pengetahuan kau,‘playboy’ hanya layak berpasangan dengan ‘playgirl’ sajalah. Lupakanlah niat kau nak dekat dengan Sakinah tu. Dia tu ustazah, sesuai dengan ustaz saja, bukan ‘playboy’.”
Aku tersenyum sedikit kerana kini, aku sudah pun tahu siapa nama si
dia yang mengganggu hatiku. Haha. “Kau boleh cakap apa sajalah Lina.
Aku tak kisah. Yang penting, nama dia aku dah tahu. Kalau ada apa-apa
lagi nanti, aku akan minta pertolongan kau. Boleh kan? Hehe. Cuma,
peringatan bagi kau. I’M NOT A PLAYBOY ANYMORE OK! Understand?Assalamualaikum!”
Aku terus pergi dari situ dengan satu senyuman. Aku langsung tak ambil
hati dari kata-kata Lina Ziana tadi kerana aku berasa gembira dengan
jawapannya tadi.
Gadis
idaman kalbuku, kini aku sudah tahu namamu. Raudhatus Sakinah. Aku
akan cuba memikat pemilik nama itu untuk menjadi permaisuri hidupku.
InsyaAllah.
Aku termenung sendirian di dalam bilik sambil menyiapkan ‘assignment’ aku.
Tiba-tiba, Shahrizal masuk. Dia memberi salam padaku. Aku menjawabnya
dengan nada gembira. “Hanif, kau macam dah berubahlah. Aku dah tak
nampak pun kau keluar ‘dating’ kat cafĂ© tu. Kau asyik memerap dalam bilik saja. Sibuk betul kau nak siapkan ‘assignment’ kau tu. Selalunya, ‘girlfriend-girlfriend’ kau yang buatkan. Kenapa tiba-tiba kau yang buat pula? Perempuan-perempuan tu dah pencen ke? ..” Aku tersenyum,
“Kau ni Rizal, aku ‘dating’ kau ceramah aku. Aku tak ‘dating’ pun kena ceramah juga ke?.." Perempuan-perempuan tu semua dah pencen. Aku dah pecatlah.. ‘Assignment’aku,
biarlah aku yang buat sendiri kan. Kau baru balik dari mana ni?
Surau?” Shahrizal menjawab dengan penuh girang, “Alhamdulillah. Kawan
aku ni dah berubahlah. Bagus! Istiqamah tau. Hehe. Ha’ah. Aku dari
surau. Tadi ada tazkirah daripada budak perempuan baru tu. Ramai betul
yang kagum dengan dia. Ada ciri-ciri ustazah. Itu yang aku balik lambat
sikit, tunggu tazkirahnya habis.” Mata aku terbeliak besar. “Betul ke
ni Rizal? Budak perempuan tu bagi tazkirah? Mesti Ustaz Zahar yang
suruh kan. Ruginya aku tak datang. Esok kita pergi surau sama-sama nak
tak? Lama betul rasanya aku tak ziarah surau kita tu. Rindu pula
rasanya.” Shahrizal menggelengkan kepalanya dan berkata, “Eh Hanif,
bukan ke kau ni kaki lepak dekat café? Sejak bila pula tiba-tiba nak
pergi surau ni? Mesti nak menggatal dengan budak perempuan baru tu
kan.. Takkan dapatlah. Dia tu muslimah betul, kau tu, muslim pura-pura
saja. Tapi, aku tetap rasa gembira dengan perubahan kau ni. Mesti ada
udang di sebalik batu kan? Cerita sajalah. Macamlah aku ni baru kenal
kau.” Aku tersenyum saja dan memberitahu Shahrizal perkara sebenar.
Shahrizal juga tersenyum gembira untukku. Dia juga berkata seperti Lina
Ziana, ustazah hanya layak berpasangan dengan ustaz, bukan ‘playboy’!
Raudhatus
Sakinah, akanku usahakan diriku untuk menjadi lelaki pilihanmu yang
terbaik. Aku selalu nampak dia di café. Dia banyak menghabiskan waktunya
dengan mengaji. Al-quran comel berwarna merah sering dibawanya ke mana
saja dia pergi. Aku memang kagum dengan dia. Aku tak pernah nampak dia
‘dating’. Bila di luar pun, dia tetap dengan imej muslimahnya. Itulah
yang aku suka. Betul kata Shahrizal dan Lina Ziana, dia tak sama. Dia
lain. Kelainan itulah yang membuatkan aku tertarik padanya. Kebaikan
dia, kesolehan dia, ketaatan dia dan kesopanan dia. Berjayakah aku untuk
memetik mawar berduri itu? Ya Allah, aku takkan
berjaya tanpa bantuanMu. Bantulah aku, ya Allah. Aku bertaubat padamu
atas segala dosa dan kesalahanku kerana lalai terhadapMu.
Malamnya,
aku bangun untuk bersujud padaNya. Aku berdoa agar diampunkan segala
dosa-dosaku. Selama ini memang aku lalai mengingatiNya.
Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…
Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…
Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…
Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…
Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …
Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…
Aku
selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan
pilihanNya. Aku ingin cintaku dekat denganNya. Aku ingin mendapat
bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.
Dalam mencari sebuah hikayat cinta
Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…
Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…
Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu
Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisah
Antara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…
Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insan
Bersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…
Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI
Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHURABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi…
Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini
Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi
Dan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati???
Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI
Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…
Hari-hariku
berlalu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Aku sudah biasakan diri
dengan mengaji, solat berjemaah di surau bersama Shahrizal setiap kali
masuk waktu solat dan mendengar tazkirah-tazkirah serta menghadiri
majlis-majlis ilmu.
Suatu
hari, aku dipanggil oleh Ustaz Zahar untuk menyampaikan tazkirah
selepas solat Isyak. Aku menerima tugasan itu dengan hati yang terbuka
dan bahagia. Alhamdulillah, akhirnya aku diberi peluang untuk menjadi
Ustaz Hanif.. Aku memulakan tazkirahku dengan hadis-hadis Nabi. Aku
memberi tazkirah tentang Hari Kiamat. Dalam aku memberi tazkirah kepada
orang, pada masa yang sama, aku juga sedang mengingatkan diriku. Aku
bersyukur kerana aku kini sudah berubah kepada yang lebih baik. Lina
Ziana pernah berjumpaku dan berkata, “Hanif, sekarang aku kagum dengan
kau. Kau memang dah berubah. Kau dah buktikan. Tahniah. Semoga berjaya
cita-cita kau nak memenangi hati Ina. Hehe. Aku doakan.” Aku terharu
bercampur bahagia dengan kata-katanya. Amat bermakna bagiku. Adakala,
aku terpandang wajah tenang Raudhatus Sakinah saat aku sedang memberi
tazkirah. Dia memberi sepenuh penumpuannya pada tiap-tiap tazkirah. Aku
ingin menemuinya sebentar apabila balik dari surau nanti. Ada sesuatu
yang ingin aku beri padanya.
“Raudhatus
Sakinah!” Langkahnya terhenti apabila nama manisnya dipanggil.
“Assalamualaikum Raudhatus Sakinah.” Dia membalas ucapan salamku,
“Waalaikumussalam Hanif Al-Radzi.” Aku tersenyum lalu berkata,
“Sebenarnya, saya ada hal nak cakap dengan awak. Semua hal-hal yang
ingin saya katakan pada awak ada dalam surat ini. Harap awak baca sampai
habis dan tolong jangan buang surat ini. Lagi dua minggu akan ada
Konvokesyen, harap dapat jumpa awak lagi. Assalamualaikum.” Dia menjawab
ringkas, “InsyaAllah, saya akan baca. Waalaikumussalam, Lina pun
tengah tunggu saya tu.” Kami sama-sama pergi menuju ke destinasi
masing-masing. Aku menarik nafas lega setelah memberinya surat itu.
Surat itu aku tulis khas untuk menyuntingnya.
Assalamualaikum saudari Raudhatus Sakinah..
Maaf
kerana mencuri masa saudari. Saya cuma ingin memberitahu saudari
sesuatu. Mungkin dulu ramai yang mengenali saya sebagai seorang lelaki
yang ‘playboy’. Mungkin termasuk juga saudari kerana Lina Ziana adalah
rakan saya juga. Mungkin dia ada bercerita tentang saya pada saudari.
Tapi, itu semua tiga bulan yang lepas. Hidup saya terus berubah dengan
kehadiran saudari. Allah telah menganugerahkan saya hidayah. Saya
kembali bertaubat padaNya. Saya terpikat dengan imej muslimah yang
menjadi identiti hidup saudari. Memang susah ingin mencari yang solehah.
Walaupun UIA, masih ramai lagi pelajarnya yang di luar sana tidak
menutup aurat. Di dalam UIA, bertudung. Tapi, bila berada di luar,
tudungnya hilang. Tidak ada rasa malu tapi berasa megah dengan
menayangkan aurat-aurat mereka.
Sikap
saya berubah sejak saya mula mengenali saudari melalui
tazkirah-tazkirah di surau, blog saudari dan daripada rakan saudari
sendiri, Lina Ziana. Saya ingin menjadikan saudari sebahagian dari hidup
saya. Saya pasti, saudari faham maksud saya. Saya telah pun berbincang
dengan kedua ibu bapa saya. Mereka tiada halangan. Cuma sekarang, saya
ingin bertanyakan pada saudari. Jika saudari setuju, insyaAllah
selepas habis belajar hujung bulan ini, saya akan pergi ke rumah
saudari untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa saudari. Saya tahu
hukum-hukum agama. Memang dulu saya lalai dan asyik hendak berseronok
saja. Mungkin sebab itulah saya digelar ‘playboy’. Asyik sangat dengan
perempuan. Tapi, itu semua sejarah saya. Saya tak pernah pegang
tangan-tangan yang cuba menggoda saya. Baru sekarang saya mula
mendalami hukum-hukum agama. Allah memerintahkan agar menundukkan
pandangan dalam surah An-Nur, ayat 30 hingga 31.. Patutlah saudari
selalu menundukkan pandangan ketika berdepan dengan saya. Baru kini
saya faham. Islam tidak pernah ajar kita tentang bercinta atau ‘couple’
sebelum nikah. Perkara itulah yang sering saya lakukan dulu. Tapi
sekarang, tidak lagi! Saya takkan buat! Saya hanya ingin merasai nikmat
cinta halal yang mendapat redha Allah iaitu cinta selepas nikah. Sebab
itulah saya nak jadi kekasih halal saudari. Saya mohon saudari
balaslah surat saya ini dengan jawapan YA atau TIDAK. Saya menghormati
apa pun jawapan yang bakal saudari berikan. Wassalam.
Ingin menjadi kekasih halal Raudhatus Sakinah,
-Hanif Al-Radzi-
Setiap
hari, aku menunggu pembalasan surat daripada dia. Sudah seminggu
suratku itu tidak berbalas. Pembelajaranku akan berakhir pada hujung
bulan ini. Ada lagi seminggu saja. Dua minggu lagi akan ada Konvo. Aku
ada kejutan untuk dia. Aku ikhlas ingin jadikannya permaisuri hidupku.
Aku akan terus bersabar menunggu jawapan daripadanya. Semua ini
memerlukan masa.
“Lina,
Raudhatus Sakinah ada cerita apa-apa tak dekat kau? Aku dah lama tak
nampak dia. Ada apa-apa yang berlaku ke dekat dia? Hari ini hari
terakhir aku. Lagi dua minggu barulah kita jumpa lagi,insyaAllah.” Muka
Lina Ziana tidak ceria seperti selalu. Dia nampak sedih dan muram saja.
“Hanif, aku sokong kalau kau nak kahwin dengan dia. Tapi, aku tak
tahulah apa jawapan dia. Dia sekarang ni memang sibuk sikit. Minggu ni
kan dia semester terakhir. InsyaAllah kalau umur ada lagi, nanti kita
jumpa di Konvo. Aku akan pergi dengan Ina. Jangan risau.” Lina Ziana
cuba mengukir senyuman. Aku mengucapkan salam padanya dan beredar dari
situ. Aku ingin berjumpa dengan sahabat karibku pula, Shahrizal.
“Rizal,
jaga diri baik-baik. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di Konvo. Kau
memang kawan baik aku yang terbaik. Hehe. Aku nak balik dah ni.
Assalamualaikum.” Aku menyalaminya dan tergesa-gesa beredar dari situ
kerana teksi sudah menunggu. Hatiku terasa berat untuk pergi. Kakiku
juga seakan membeku tidak mahu berganjak meninggalkan seseorang. Aku
kuatkan juga hatiku. Aku percaya pada Allah. Andai aku dan dia punya
jodoh, kami pasti akan bertemu lagi. InsyaAllah. Selamat tinggal UIA.
Selamat tinggal Raudhatus Sakinah. Semoga umurku panjang untuk bertemu
denganmu lagi.
Hari
ini, genaplah dua minggu aku meninggalkan UIA tercintaku. Aku masih
tertanya-tanya kenapa Raudhatus Sakinah masih belum membalas suratku.
Tapi, aku tetap akan menanti jawapan darinya. Aku sedang bersiap-siap
ingin mengikuti Konvo UIA di Taman Seri Cahaya, Shah Alam hari ini.
Semoga aku dapat bertemu dengan dia.
Setelah
semua orang datang, kami berkumpul di satu tempat khas. Lelaki dan
perempuan duduk berasingan. Mereka hanya duduk di atas tikar yang di
bawahnya rumput. Kami berkelah sambil berjumpa dengan kawan-kawan lama.
Alhamdulillah, Raudhatus Sakinah datang. Dia bersama dengan Lina Ziana.
Mukanya agak lain. Pucat dan bibirnya kering. Kenapa ya? Aku asyik
bertanya pada diriku sendiri.Tanpa melengahkan masa, Shahrizal
menjemputku untuk menghiburkan rakan-rakan yang datang. Mereka membawa
radio yang boleh dipasang CD. Aku meminta Shahrizal memasangkan nada
lagu ‘Kekasih Halal’ daripada kumpulan Wali Band. Di saat itu, berdebar
hatiku ingin menyanyi lagu tersebut.
“Lagu
yang bakal saya nyanyikan ini adalah khas buat si dia yang bertudung
merah. Dengarkanlah.” Semua mata yang ada di situ memandang ke arah
Raudhatus Sakinah. Hanya dia seorang yang memakai tudung labuh merah
seperti yang dimaksudkanku. Dia terkejut dan mukanya mula merah kerana
tersipu-sipu malu. Aku mula menyanyi.
Lagu
ini ku nyanyikan khas buatnya kerana mempunyai maksud yang ingin aku
sampaikan padanya. Aku harap dia akan membalas suratku.
Selesai
saja aku menyanyi, satu tepukan gemuruh berkumandang. Aku melihat ke
arah Raudhatus Sakinah. Dia hanya mampu tersenyum. Bibirnya nampak
kering. Mungkin keadaan panas menyebabkan bibirnya kekeringan. Dia duduk
bersama teman-temannya. Sedang aku asyik perhatikan dia, aku terlihat
satu cecair merah mengalir melalui hidungnya. Darah! Dia sakit ke? Atau
keadaan panas yang menyebabkannya jadi begitu? Aku nampak dia
cepat-cepat mengelap darahnya itu supaya tidak dikesan oleh sesiapa.
Tapi, dia gagal kerana aku telah berjaya mengesannya! Risau hatiku
dibuatnya. Ya Allah, bantulah dia.
Saat
semua orang sedang leka menikmati hidangan makanan BBQ, tiba-tiba
kecoh ada orang pengsan, perempuan. Aku cuba melihat siapakah orangnya?
Tapi, kesemua perempuan mengerumuninya. Aku terdengar mereka
menyebut-nyebut nama Ina. Adakah yang pengsan itu Raudhatus Sakinah?
Tak mungkin! Aku inginkan kepastian daripada Lina Ziana. Aku memanggil
namanya dengan nada yang agak kuat kerana suasana amat bising pada
waktu itu.
“Lina,
siapa yang pengsan tu?” Dengan muka yang serba salah dan sedih, dia
memberitahuku, “Ina pengsan tiba-tiba tadi. Aku dah suruh Syafira dan
Ainul hantarkan dia ke hospital dengan segera. Sebenarnya dia….” Sengaja
Lina Ziana memberhentikan cakapnya itu. “Sebenarnya dia apa?
Cakaplah!!” Sambil mengalirkan air matanya, dia berkata, “Ina menghidap
penyakit buah pinggang. Ada sejenis bakteria merbahaya membiak dalam
buah pinggangnya. Doktor kata, dia kena buat pembedahan secepat mungkin
untuk membuang virus merbahaya itu sebelum bacteria tu merebak dan
meragut nyawanya. Tapi, kos pembedahannya terlalu mahal sampai dia
sendiri tak mampu nak bayar. Mungkin sebab dia tahu dia takkan hidup
lama, dia tak balas surat lamaran kau tu.
Maafkan
aku sebab tak beritahu kau awal-awal perkara ni. Dia tak benarkan aku
cerita perkara sebenar dekat kau.” Air mata lelakiku tidak dapat
ditahan lagi. Menitis juga akhirnya. “Kenapa dia nak sorokkan perkara
besar macam ni? Aku nak pergi ke hospital sekarang. Jom!” Aku,
Shahrizal dan Lina Ziana menaiki kereta masing-masing menuju ke
hospital di mana Raudhatus Sakinah ditempatkan.
Sampai
saja di hospital, aku terus bertemu dengan Syafira dan Ainul yang
membawa Raudhatus Sakinah ke sini. “Ainul, Fira, macam mana keadaan
Raudhatus Sakinah? Doktor ada cakap apa-apa tak?” tanyaku dengan nada
kerisauan. “Doktor tengah tunggu ibu bapa Ina datang. Kami dah
maklumkan. Ina sekarang ada dekat bilik ICU. Keadaannya kritikal.” Aku
bertanya lagi dengan nada yang agak kurang puas hati, “Kenapa tak
mulakan pembedahan lagi? Kata keadaannya kritikal!” Doktor menuju ke
arahku dan berkata, “Bertenang semua. Pihak kami hanya akan mulakan
pembedahan jika ibu bapa pesakit bersetuju dengan bayaran yang telah
ditetapkan.” Aku bertanya, “Berapa bayarannya doktor?” Doktor menjawab,
“RM 135,255 semuanya.”
Semua
orang yang ada di situ resah kerana bayarannya terlalu mahal.
“Baiklah, saya setuju. Biar saya yang tandatangan. Mungkin ibu bapanya
lambat lagi nak sampai.” Doktor segera menyerahkan dokumen yang perlu
aku tandatangani dan segera mulakan pembedahan.
Satu
jam kemudian, barulah ibu bapa Raudhatus Sakinah sampai. “Pakcik,
makcik, saya dan tandatangankan dokumen pembedahan Raudhatus Sakinah.
Janganlah risau ya. InsyaAllah, semuanya selamat.” Aku berkata pada
kedua ibu bapanya.
Ayahnya,
Hamidi bertanya padaku, “Berapa kos pembedahannya?” Aku menjawab, “RM
135,255.” Pakcik Hamidi tiba-tiba seperti sesak nafas mendengar kos
tersebut. Aku cepat-cepat memberitahunya bahawa semua kos pembedahan
Raudhatus Sakinah, aku yang akan tolong bayarkan. Pakcik Hamidi terharu
bercampur pelik. “Anak ni siapa? Pakcik tak nak orang lain susah
disebabkan anak pakcik.” Aku menjawab, “Saya kawan dia. Tak menyusahkan
pun pakcik. Lagipun, saya memang bercadang hendak berjumpa dengan
pakcik. Saya nak meminang anak pakcik. Saya jujur dan ikhlas ingin
membantu.” Dengan riak muka terharu, pakcik Hamidi berkata padaku,
“Alhamdulillah, pandai si Sakinah tu cari calon suami. Pakcik dan makcik
ni restu kalau kamu nak kahwin dengan anak pakcik. Sejuk mata pakcik
tengok kamu. Kamu ni ustaz ke?” Aku tersenyum girang mendengar kata
daripada bakal bapa mertuaku itu. “Saya bukan ustaz. Saya belajar di UIA
juga. Sama dengan Raudhatus Sakinah.” Kami sempat berkenalan lebih
lanjut. Dia banyak bertanya tentangku. Perbualan kami terhenti apabila
doktor keluar daripada bilik ICU setelah dua jam setengah berada di
dalam.
“Doktor,
macam mana dengan dia?” Aku terus bertanya pada doktor tersebut.
“Alhamdulillah, saat-saat kritikal pesakit sudah lepas. Pesakit stabil
sekarang. Hanya keluarga terdekat saja yang boleh ziarah pesakit waktu
sekarang ini. Bayaran boleh dilakukan di kaunter. Pesakit boleh pulang
dalam masa tiga hari lagi. Saya pergi dulu. Ada pesakit lain menunggu.
Assalamualaikum.” Hatiku lega mendengar jawapan doktor itu.
“Alhamdulillah, terima kasih doktor. Bayaran saya akan buat sebentar
lagi. Waalaikumussalam.” Aku mempersilakan ayah dan ibu Raudhatus
Sakinah masuk ke biliknya terlebih dahulu. Aku ingin membuat pembayaran
di kaunter. Aku mengajak Shahrizal bersamaku.
“Hanif,
kau betul-betul pemurah dan baik hati. Kau tak berkira pun. Mahal pun
kau sanggup bayar. Itu yang buat ibu bapa Ina terima kau jadi menantu.
Hehe. Tahniah!” Aku tersenyum, “Aku ikhlaslah Rizal. Aku tak
mengaharapkan balasan pun. Raudhatus Sakinah tak materialistik. Sebelum
ni pun, dia tak tahu lagi yang aku ni anak Datuk. Kita banyak harta
pun, kalau sombong dan tak bantu orang yang perlukan pertolongan, apa
guna? Nanti Allah tarik balik rezeki kita. InsyaAllah, kalau ada jodoh,
aku kahwinlah dengan dia.. Kau jangan lupa datang.
Tapi,
dia masih belum membalas surat aku. Aku masih menanti jawapan daripada
dia. Aku nak jadi kekasih halal dia!” Rizal menenangkan aku,
“Sabarlah. Aku pasti dia terima kau lah. Dia pun nak jadi kekasih halal
kau juga.. Belum pernah aku tengok kaki lepak dan‘playboy’ macam
kau ni berubah jadi ustaz yang warak’ macam ni. Ina berjaya membuat
kau berubah. Alhamdulillah.” Aku membalas, “Alhamdulillah.”
Seminggu
pun berlalu, sudah lebih kurang empat hari Raudhatus Sakinah keluar
dari hospital. Aku belum pernah lagi menjenguknya. Semasa hari dia
dimasukkan, aku tidak sempat hendak menziarahnya kerana kesibukan yang
melanda diriku. Aku masih menunggu jawapan daripadanya. YA atau TIDAK
bakal menentukan sama ada aku jodoh dia atau sebaliknya.
Sedang
aku asyik mengelamun, tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. Nombor
yang tak ku kenali. Aku menjawab panggilan itu, “Assalamualaikum.”
Pelik! Suara orang tua. “Waalaikumssalam. Hanif, ini pakcik Hamidi.
Kenal lagi kan?” aku menjawab dengan senyuman, “Mestilah saya kenal,
pakcik. Mana pakcik dapat nombor telefon bimbit saya ni?” Dia menjawab
pula,“ Pakcik dapat nombor telefon kamu daripada doktor yang membedah
Sakinah tempoh hari. Bila kamu nak datang rumah pakcik? Sakinah dah
beritahu jawapannya pada pakcik. Dia sedia menerima kamu.” Aku bagaikan
tak percaya! Mimpikah ini? Raudhatus Sakinah menerima lamaranku?
Alhamdulillah. Ku tahan air mataku dari membasahi pipiku, “Alhamdulillah
pakcik. Nanti saya beritahu abah dan ibu saya. Terima kasih.
InsyaAllah, minggu depan saya akan datang untuk majlis walimatul urus.”
Selesai berbincang di telefon bersama bakal bapa mertuaku, air mataku
deras mengalir dan aku terus pergi berwuduk untuk sujud syukur pada
Ilahi kerana telah memperkenankan doaku.Thank you Allah!
Selesai lafaz ijabkabul di Masjid Shah Alam, aku dan Raudhatus Sakinah sah menjadi pasangan ‘couple’ suami
isteri. Akhirnya, berjaya juga aku jadi kekasih halal dia.
Alhamdulillah. Ku kucup dahinya sambil dia menitiskan air mata terharu
bercampur bahagia. Air mata gembiraku juga turut mengalir. Subhanallah!!
Malamnya,
sebelum aku dan dia merebahkan diri untuk merehatkan badan, aku
berkata padanya dengan penuh kemesraan, “Sayang, terima kasih sebab
sudi terima Abang jadi kekasih halal Sayang.” Dia membalas kata-kataku
dengan mengukir sebuah senyuman indah, “Kasih diterima, Abang. Bukan ke
Abang yang minta persetujuan Sayang untuk jadikan Abang kekasih halal
Sayang? Terima kasih juga sebab sudi jadikan Sayang kekasih halal
Abang. Thanks a lot sebab
Abang tolong bayar kos pembedahan Sayang.” Sejuk hatiku mendengar
kata-katanya. “Kasih juga diterima, Sayang. Kita dah jadi ‘couple’ kan
sekarang. Tak payahlah nak berterima kasih lagi. Abang akan sentiasa
menerima kasih Sayang. Hehe. Yes! Abang boleh buat apa saja sekarang.
Abang boleh rindu Sayang, cium Sayang, pegang tangan Sayang dan peluk
Sayang!” kataku sambil menunjukkan reaksi seperti hendak memeluknya. Dia
tersipu malu.
Pipinya
berubah menjadi putih kemerah-merahan. “Abang ni, gatal!” katanya
sambil mencubit pehaku. Aku ketawa dan berkata, “Kalau Abang tak
menggatal dengan Sayang, Abang nak menggatal dengan siapa lagi? Oklah.
Abang nak menggatal dengan jiran sebelahlah esok. Jangan cemburu tau.”
Dia mencubit pehaku lagi. Aku dan dia sama-sama ketawa. Sebelum tidur,
aku memberitahunya bahawa aku akan mengejutkannya bangun untuk qiamulail
bersamaku sebelum Subuh untuk memohon restu, redha dan bersujud pada
Allah s.w.t.
Jam
menunujukkan pukul 3.30 pagi. Aku mengejutkannya supaya bangun
daripada tidur. Kami berwuduk dan mengerjakan qiamulail bersama
diketuai aku, selaku imam. Usai qiamulail, aku membacakan doa.
Isteriku, Raudhatus Sakinah mengaminkan isi doaku. Kami bermunajat pada
Ilahi. Aku berdoa padaNya dengan penuh pengharapan. Isteriku
mengaminkan doa yang ku baca dengan penuh pengertian.
Ya
Allah, kami mohon padaMu agar diampunkan dosa kedua ibu bapa kami,
dosa-dosa kami dan dosa seluruh umat Islam. Kurniakanlah kami
zuriat-zuriat yang bakal menjadi pejuang syahid fisabilillah. Redhailah
dan restuilah tali pernikahan kami ini agar berkekalan hingga ke syurga
Firdausi. Janganlah Kau biarkan kami hanyut dengan nafsu duniawi
sehingga melupakan ukhrawiMu. Bimbinglah hati kami sentiasa. Jadikanlah
kami pasangan bahagia dunia dan akhirat. Terima kasih ya Allah kerana
dengan izinMu, Kau jadikan kami kekasih halal. Kau perkenankan juga
doaku untuk menjadi kekasih halal isteriku. Semoga Kau panjangkan jodoh
kami agar kami dapat berjumpa dan berkasih sayang lagi di akhirat
kelak.
Amin ya rabbal a’lamin…
Usai
membaca doa, dia menyalamiku. Aku menghadiahkan sekuntum senyuman
manis padanya dan mengucup dahinya. Subhanallah!! Aku berkata dalam
hatiku,
Ya
Allah, jadikanlah isteriku ini seorang isteri yang mentaatiMu dan
mentaati suaminya. Jadikanlah dia ibu yang akan mengasuh anak-anakku
dengan ajaran agama muliaMu. Berkatilah hubungan kami ini agar aku dan
dia kekal behagia sehingga maut menjemput kami untuk kembali ke
pangkuanMu.
-TAMAT-