ahlan wa sahlan

5 Amalan Seharian Nabi S.A.W

Hari ini akan nak kongsi sikit yg ana dapat dari ceramah yang ana dengar.Iaitu amalan seharian Nabi junjungan besar kita.Ade banyak tapi ana nk bagitau 5 daripade nya.


1.Solat Tahajjud.Perkara pertama yg Nabi akan buat selepas bangun dari tidur Nabi akan melakukan solat tahajud.Solat tahajud Nabi x pernah tinggal.Kalau kite lihat sejarah Islam,Saye bagi satu contoh penakluk KONSTATINOPEL iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.Beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajud semenjak dari remaja lagi.Kita lihat pula bagaimana Sultan Salahuddin Al-Ayyubi memilih tenteranya untuk menakluk Baitulmaqdis.


2.Solat Dhuha.Nabi S.A.W tidak pernah meninggalkan solat dhuha.Jika seseorang rajin melakukan solat dhuha,insyaallah Allah akan meluaskan rezekinya.

3.Beristighfar.Masyaallah!!Nabi S.A.W yang ma'sum akan beristighfar setiap hari.Kita bagaimana??








4.Solat Berjemaah.Ini khususnya untuk kaum adam kerana nabi tidak pernah meninggalkan solat berjemaah sepanjang hidup baginda.Hatta semasa Nabi sampai di madinah semasa peristiwa hijrah kaum muslimin dari mekah,perkara pertama yang Nabi lakukan adalah membina masjid.

5.Membaca Al-Quran.Al-Quran juga merupakan keperluan roh.Setiap perkataan yang kita baca dari Al-Quran akan dapat 10 ganjaran.Saya menyeru supaya anda semua bacalah quran walaupun 10 ayat 1 hari.Quran jugak akan menjadi pelindung kita semasa disoal didalam kubur nanti.

kalau ada yang tidak tepat tentang apa yang ana tulis tolong tegur ye.....kerana Ana ni manusia biasa yg sedia menerima teguran.....ok....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...