ahlan wa sahlan

BERCINTA SEBELUM KAWIN:SUATU PERANGKAP SYAITAN


Semua orang mengidam-idamkan suatu kehidupan yang sempurna. Suatu kehidupan yg sentiasa diwarnai dengan kasih sayang, saling faham-memahami, bertolak ansur dan diserikan pula dengan keperluan-keperluan yang mencukupi. Itulah suatu kehidupan yang bahagia dan sentiasa diselubungi oleh suasana harmoni dan riang gembira.
Semua orang berusaha membentuk kehidupan yg sedemikian. Lebih-lebih lagi mereka yg bercita-cita mendirikan rumahtangga dan membentuk sebuah keluarga. Namun kadang-kadang kehidupaan bahagia yg dicita-citakan itu sukar diperolehi. Dan ramai yg masih teraba-raba untuk mencari jalannya.
Tidak mustahil ramai remaja-remaja hari ini yg mempraktikkan satu teori dari Barat iaitu “BERCINTA SEBELUM KAWIN” kerana ia menjanjikan kehidupan yg dihajati. Tetapi benarkah teori ini mampu memenuhi hasrat tersebut? Atau apakah ia hanya suatu teori musuh Islam yg diilhamkan oleh Syaitan?
Mampukah dunia Barat menghasilkan satu teori kebahagian hidup jika kebahagian hidup dalam masyarakat mereka sendiri sudah lama terkubur. Krisis dan kucar-kacir dalam kehidupan masyarakat meragut segala kedamaian dan kebahagian.
Dan suatu perkara tang mesti difikirkan, apakah kita akan dapat mencari kebahagian hidup melalui jalan yg direntang oleh syaitan. Selain daripada jalan itu, syariat Islam tidak pernah menganjurkan agar umatnya “BERCINTA SEBELUM KAWIN”.
PERGAULAN LELAKI & PEREMPUAN-------MEDAN SYAITAN HERET MANUSIA KE NERAKA
Sudah menjadi satu trend remaja hari ini “bercinta sebelum kawin”. Walaupun ia suatu falsafah yg baru diperkenalkan kpd remaja kita beberapa dekad yg lalu, namun ia cepat menular dan mempengaruhi pemikiran remaja kita. Malah hari ini barang siapa yg tidak menganut falsafah tersebut dikira sebagai golongan ketinggalan zaman atau dilabelkan sebagai golongan ortodoks.
Kini kegiatan berkenalan, berkawan dan bercinta antara lelaki dan perempuan merupakan situasi yg amat lumrah ditengah masyarakat. Ia bukan lagi suatu yg memalukan atau yg harus disorok-sorokkan malah seperti satu kelaziman yg telah diterima oleh semua lapisan masyarakat. Jika adapun suara-suara yg mempersoalkannya, kedengaran hanya sayup-sayup dan hilang begitu saja.
Para ibubapa pun mudah tidak merasa janggal dengan keadaan ini walaupun ia jauh berbeza dengan didikan dan adat resam yg mereka lalui sebelumnya. Para ibubapa seperti tiada panduan dan pendirian dalam menentukan arah anak mereka khususnya anak-anak gadis. Ada yg berpendapat, dia sudah besar dan pandailah ia menentukan masa depannya sendiri.
Kini para remaja khususnya yg sudah bekerja, bebas mengatur jadual hidup sendiri. Pada usia ini ibubapa seolah-olah tiada hak lagi campur tangan dalam urusannya. Dan inilah kesempatan mempraktikkan falsafah “bercinta sebelum kawin” yg umum mengetahui bukannya dari adat resam, budaya dan ajaran agama kita (Islam).
Falsafah “bercinta sebelum kawin” ini menjanjikan suatu yg indah dipenghujungnya. Kononnya ketika bercinta itulah waktu yg baik untuk mengenali dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain. Ketika itulah keduanya dapat mengukur sejauh mana kasih sayang, tanggungjawab dan kejujuran masing-masing. Kononnya apabila berkahwin nanti keduanya saling faham-memahami antara satu sama lain dan itulah yg menjamin kebahagian serta keharmonian rumahtangga yg dibina.
Tetapi hasil atau kesan daripada trend ini sungguh mengecewakan kita. Berbagai kejadian buruk dan amat memalukan sering tejadi bukan sahaja selepas berkahwin malah sebelum kahwin lagi. Dan para gadislah yg terpaksa menanggung risiko yg tinggi terhadap penyelewengan, penipuan dan kepura-puraan jejaka yg menggunakan kesempatan itu sepenuhnya.
Akibatnya ramai yg kecewa, menderita, sakit jiwa malah ada yg sanggup membuat tindakan-tindakan nekad menanatkan sahaja kehidupan didunia ini. Meningkatnya kes-kes pengguguran kandungan di klinik-klinik dalam mahupun di luar negeri, malah ia menjadi seperti satu “business” yg mengaut keuntungan besar bagi setengah-setengah klinik persendirian yg menawarkan khidmat tersebut. Tidak kurang juga kes-kes bayi yg dibuang ke dalam tong sampah dan “anak-anak haram” yg ditinggalkan begitu sahaja oleh “ibubapanya” yg tidak bertanggungjawab.
Inilah natijah-natijah yg kita lihat apabila manusia sudah tidak beriman dan membelakangi hukum-hakam Allah SWT. Manusia yg sanggup mengenepikan syariat semata-mata terpedaya dengan falsafah-falsafah hidup Barat yg nenipu.
Islam telah menggariskan dengan jelas hukum atau peraturan tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan khususnya yg bukan muhram antara keduanya. Islam melarang dan haram hukumnya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yg bukan muhram.
Dalil-dalil tentang hukum ini Allah SWT jelaskan secara isyarat dengan firman-firmannya dalam bentuk memberi peringatan kepada orang-orang yg beriman. Diantaranya ialah firman Allah SWT yg bermaksud:
“Dan apabila kamu (lelaki beriman) meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri-isteri Nabi) maka mintalah dari belakang hijab (atau tabir). Cara yg demikian itu lebih mensucikan hatimu dan hati mereka” . (Al Ahzad: 53)
Ayat ini jelas memberi garis panduan tentang pergaulan antara lelaki dengan perempuan yg bukan muhramnya. Setiap perhubungan atau sebarang urusan yg melibatkan keduanya maka hendaklah diselangi atau dipisahkan oleh tabir. Ertinya Islam melarang keras umatnya membuat hubungan terus antara lelaki dengan perempuan yg bukan muhramnya. Maka lebih-lebih lagi lah jika bergaul bebas tanpa batas yg mana kesan sampingannya amat buruk seperti yg dijelaskan sebelumnya.
Walaupun ayat tersebut menyatakan perbuatan kpd isteri-isteri Nabi tetapi ahli-ahli Tafsir dan para ulama mentafsirkan ayat tersebut juga kpd seluruh wanita Islam. Jikalau para sahabat dan isteri-isteri Nabi yg terkenal kuat iman pun Allah suruh berurusan di balik tabir, apa lagi kita umat Islam akhir zaman yg lemah iman ini.
Didalam percintaan macam-macam boleh berlaku. Contoh-contohnya semua orang boleh mengagak kerana bagaimanalah baik atau alimnya seekor kucing kalau ikan sudah di depan mata. Orang yg sedang bercinta kebiasaannya sering bertemu, berbual, bersiar-siar dan melakukan berbagai aktiviti yg hanya melibatkan mereka berdua sahaja. Inilah perbuatan-perbuatan yg dikatakan menghampiri kpd zina yg amat dilarang oleh Islam. Allah tegaskan ini di dalam Al Quran dengan firmannya yg bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji. Dan suatu jalan yg sesat.” (Al Isra’: 32).
Semua aktiviti orang-orang yg bercinta seperti yg disebutkan tadi adalah merupakan perbuatan-perbuatan menghampiri zina. Dan tidak mustahil akan terjadinya zina sebenar apabila sudah berdua-duann di taman-taman bunga, di tepi pantai dan di tempat-tempat tersorok yg terlindung daripada pandangan orang. Begitu juga ada yg tinggal berdua malah ada malah menyewa hotel dan tidur sebilik.
Semua itu adalah perbuatan keji yg dikutuk oleh Allah SWT. Dan setiap perlakuan atau perbuatan tersebut menghimpunkan titik dosa pada pelakunya. Dosa-dosa inilah yg memberatkan timbangan ke sebelah kejahatan seterusnya menyebabkan pelakunya dihumban ke dalam neraka untuk menerima pembalasan azab yg amat ngeri.
Pada ayat yg lain Allah SWT bukan sahaja melarang pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan yg bukan muhram malah memandangnya pun turut dilarang. Ini jelas dalam firmannya yg bermaksud: “Katakanlah (ya Muhammad) kpd lelaki yg beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perempuan) dan memelihara kemaluannya”. (An Nur: 30).
Begitu juga firmannya yg bermaksud:
“Katakanlah (ya Muhammad) kepada perempuan-perempuan mukmin (yg beriman): Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada Lelaki) dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yg (biasa) Nampak daripadanya” (An Nur: 31).
Kita tentu tahu bahawa matalah yg memainkan peranan besar yg membawa kpd kerosakan antara lelaki dan perempuan. Matalah yg berperanan memperkenal dan menemukan antara lelaki dan perempuan. Dan dari matalah berpuncanya maksiat dan kerusakan apabila ia memandang kpd aurat yg menimbulkan syahwat. Maka tidak hairanlah mengapa Allah SWT menghendaki lelaki dan wanita beriman supaya menahan pandangan dan melarang kaum wanita daripada mendedahkan aurat mereka.
Dalil-dalil daripada hadis Rasulullah SAW begitu jelas melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhram lebih-lebih lagi berdua-duan di tempat-tempat sunyi. Larangan ini jelas dari hadis Rasulullah SAW yg bermaksud:
“Jauhilah oleh kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah tidak bersunyian seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya. Dan bahawa bersentuhan seorang lelaki dengan babi yg berkubang dengan tanah (lumpur), lebih baik baginya daripada bersentuhan bahu (kulit) dengan seorang perempuan yg tidak halal baginya” (Riwayat Thabrani)
Bagaimana seorang itu dapat menjamin dirinya tidak melakukan sesuatu yg sumbang jika dalam berdua-duan itu dapat dorongan dari pihak yg ketiga iaitu syaitan. Di dalam Al Quran Allah SWT menjelaskan siapakah itu syaitan dengan firmannya yg bermaksud:
“sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yg nyata” (Az Zukhruf: 2)
Sejak dihalau keluar dari syurga, syaitan telah bersumpah dan memohon kpd Allah SWT untuk menyesatkan manusia. Syaitan juga telah berjanji akan mencuba sedaya upaya mengheret manusia ke dalam neraka kerana disebabkan manusia kaum kerabatnya dihalau keluar dari syurga. Sabda Rasulullah SAW lagi yg bermaksud:
“Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya 4 macam: Hilang kebagusan pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekalnya di dalam neraka” (Riwayat Thabrani)
Daripada hadis tersebut jelas mengambarkan akibat atau balasan yg bakal diterima oleh orang yg melakukan zina. Dan kita sedia maklum jalan-jalan yg membawa kpd zina ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yg bukan muhram terutama apabila sudah berduan-duan di tempat-tempat sunyi.
Melalui hadis-hadis Rasulullah SAW juga kita dapat mengetahui berbagai seksaan yg bakal diterima oleh mereka yg selalu terlibat dengan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan yg bukan muhram. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Barang siapa berjabat tangan (bersalam) dengan seorang perempuan yg haram baginya, maka kelak di hari akhirat, ia dirantai dengan rantai api neraka”.
Dengan hanya bersalaman dengan perempuan yg bukan muhram sahaja begitu dahsyat seksa yang akan diterima apatah lagi jika senghaja berpegangan tangan, bersentuhan, berpeluk-pelukan dan sebagainya. Rasulullah pernah menggambarkan seksa yg akan diterima jika seorang lelaki mencium perempuan yg bukan muhramnya maka kelak di hari akhirat nanti akan digunting kedua bibirnya dengan gunting api neraka.
Menyedari kecelakaan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yg bukan muhram sama ada di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat, sayugia kita meninggalkannya. Janganlah kita terpedaya dengan falsafah dan pembaharuan yg dibawa dari Barat. Tidak semua dari Barat itu baik tetapi tidak semua dari Barat itu tidak berguna. Kita sudah dikurniakan Allah SWT akal fikiran untuk memilih mana yg baik dan mana yg buruk. Di samping itu kita juga sudah dibekalkan satu syariat atau peraturan hidup yg lengkap dan sempurna untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Masanya masih belum terlambat untuk kita memperbetulkan kesilapan diri. Juga masih belum terlambat untuk kita bertaubat memohon kemaafan kerana keterlanjuran masa lalu. Biarlah kita dilabelkan orang ketinggalan zaman atau ortodoks atau apa sahaja, asalkan kita tetap di atas jalan Allah. Dengan itu insya Allah hidup kita akan selamat di dunia dan juga di akhirat kelak. AMIN.
p/s:artikel ni just copy paste je..........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...