ahlan wa sahlan

Bercinta Dengan Pemilik Cinta


Cinta ohh cinta !

Semuanya ada pada cinta termasuklah , indah , manis , masam dan pahit.

Tapi syarat utama , mestilah bercinta kepada Pemilik Cinta , ALLAH , kerana , dengan adanya cinta kepada ALLAH , semua cinta yang wujud bisa bersatu.

Bukti?

Lihat sahaja pada Nabi Muhammad S.A.W. Baginda amat mencintai ALLAH. Dalam hidupnya , ALLAH , telah diletakkan sebagai yang paling utama , namun , Baginda masih lagi dapat dan memperoleh cinta kepada isteri-isterinya , anak-anaknya , sahabat-sahabatnya , malah , pada sekalian umatnya . Inilah bukti , jika kita bercinta dengan Pemilik Cinta , kita pasti memperoleh cinta lain yang telah diwujudkanNYA.

Tapi , bagaimana mahu mengimarahkannya ?

Bagaimana mahu membangkitkannya ?

Bila kita sedang dilamun cinta kepada seseorang wanita( bagi lelaki ) atau lelaki ( bagi wanita ) , pasti kita mengagumi akan kehebatan dan keistimewaannya . Yang tak indah pon , kita cakap indah . Oleh itu , jika kita bercinta dengan ALLAH , kita mestilah mengagumi akan setiap ciptaanya yang begitu hebat .

“ Segala puji bagi ALLAH , RAB semesta alam ” , (Al-Fatihah;1)

Ketika hati kita rela dengan yang dicintai dan juga rela berkorban bagi yang dicintainya. Redha dan rela kepada ALLAH dan RasulNYA ialah ciri cinta kepada ALLAH dan RasulNya . Hal ini juga bererti , kita rela melakukan semua perintahNYA dengan baik dan ihklas ditambah pula dengan rasa suka .

Jika kita bicarakan tentang cinta , pasti pengorbanan tidak terlepas dari ingatan . Kenapa ? Kerana , cinta perlukan pengorbanan . Jika , kita bercinta dengan keluarga , pengorbanan masa dan harta sangat diperlukan inikan pula bercinta kepada ALLAH . Cinta kepada ALLAH memang perlukan pengorbanan , lakukan apa yang disuruh , tinggalkan apa yang dilarang .

“ Dan antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan ALLAH . Dan ALLAH itu Maha Penyantun kepada hamba-hambaNYA ” , (Al-Baqarah : 207 )

Zikir itu tandanya sentiasa mengigatiNYA . Inilah cara bercinta kepada ALLAH . Kita mestilah sentiasa berzikir kepada ALLAH , kerana , dengan adanya amalan zikir ini , kalimah-kalimah yang tidak baik juga dapat dielakkan sekaligus dapat meningkatkan ingatan kita kepada ALLAH . Dengan berzikir juga , iman juga bisa ditambah sekaligus dapat menampung kekurangan dalam amalan kita seharian.

Cinta mempunyai ciri adanya rasa takut dalam bentuk harap dan cemas . Contohnya , jika seorang lelaki yang sedang bercinta dengan seorang wanita , perasaan harap dan cemas ini sentiasa timbul dihatinya . Hal ini kerana , lelaki tersebut berasa cemas kalau-kalau , cinta yang ditebarkan kepada wanita tersebut ditolak dan mengharap , cintanya itu , dapat diterima . Begitu jugalah halnya bila bercinta dengan ALLAH , takut kepada ALLAH , kerana mempunyai harapan agar mengabulkan doa kita dan kerananya kita sentiasa merasa cemas apakah ALLAH mengkabulkan doa kita .

Bila bercinta dengan ALLAH , mentaatinya juga penting . Hal ini bererti , kita mampu mentaatinya dalam apa jua keadaan yang sedang kita hadapi . Dengan taat yang mutlak , tanpa syarat dan tanpa penolakkan , cinta kepada ALLAH , pasti akan dapat kita gapainya .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Mari bercinta dengan ALLAH , cinta kepada pemilik syurga !

http://melakarpelangiindah.blogspot.com/




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...