ahlan wa sahlan

~!CINTA SEORANG SAHABAT!~

Sejak kebelakangan ni, saya asyik dengan kerja-kerja sekolah yang bertimbun. Baru-baru ni, saya luangkan sedikit masa bersama seorang rakan. Saya agak terkejut dengan perkhabarannya. Dia dan dua orang lagi sahabatku sedang dilema cinta. Ya Allah! Banyak yang saya ketinggalan tentang cerita sahabat-sahabat saya. Walaupun belajar sama-sama, namun, masa yang selalu mencemburui saya sering menghalangi saya dan sahabat-sahabat untuk bersama dan meluahkan isi hati masing-masing.
Dia memulakan luahannya. Dia jatuh hati dengan seorang rakan kami. Dia terpikat dengan peribadi lelaki itu. Lelaki itu baik dengannya, lembut dalam berbicara. Dia mengaku, dia sebenarnya takut untuk beritahu saya. Saya gembira kerana dapat mendengar masalah hatinya. Saya gembira kerana dia sedia membantu dirinya sendiri. Sebenarnya, dia tidak perlu berasa takut dengan saya tetapi berasa takut dengan Allah. Dia inginkan jawapan daripada luahan hatinya. Dia meminta pandangan saya. Dia takut, dengan melayan perasaan yang tiba-tiba muncul itu akan mengganggu gugat hati yang sedang mengejar impian. Dia juga berkata, “kalau macam ni la, aku lebih rela kahwin muda daripada diselubungi dosa. Aku tak nak lalai. Bila aku ingat dia je, aku akan tidur untuk lupakan dia. Aku risaulah kalau aku betul-betul jatuh hati dengan dia.”
JAWAPAN CINTA
Saya hanya menganggukkan kepala dan menjawab :
Cuba kita fikir balik. Apa kelebihan dan faedah kalau kita bercinta? Ya! Memang rasa suka itu fitrah. Perasaan memang selalu datang tanpa diundang. Bila rasa tu nak datang, dia tak pernah bagi salam dulu. Rasa tu main datang je kan. Allah tak bunuh fitrah kita tu, tapi, ada jalan penyelesaian yang lebih baik dan diberkati-Nya. Salurkanlah rasa suka itu hanya pada peribadinya, contohilah yang baik, jangan sampai cinta menodai hati kita. Bila kita melayan perasaan, syaitan akan memainkan peranannya iaitu mengganggu gugat hati dan fikiran kita untuk ke arah memikirkan si dia lebih dari mengingati Dia.

Berhati-hati dalam menjaga hati
Berdoalah selalu agar kita diteguhkan hati untuk melayari bahtera dunia yang semakin fana’. Kita kena istikharah daripada sekarang. Tapi, jangan ingat si dia dalam istikharah kita sebab kita akan cenderung pada dia. Nafsu dan syaitan akan mengganggu kita. Berdoalah agar kita dikurniakan Allah pasangan yang baik dan soleh. Untuk dapatkan yang soleh, kita kenalah jadi solehah dulu.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur : 26)
Cuba kita fikirkan, sampai bila kita yakin kita boleh suka dan sayang orang tu? Sampai kita umur 20 tahun? 24 tahun? Selamanya? Umur kita masih muda untuk memilih pasangan hidup kita. Fikirlah jangka masa panjang jika hati sudah mula hendak memiliki. Andai kita bercinta di usia muda, apa matlamat hubungan cinta itu? Bagaimana pengakhirannya? Adakah dengan nikah? Adakah sebagai tunang? Atau hanya sebagai pasangan yang hangat bercinta di sekolah saja? Bagaimana pula jika kita putus di tengah jalan? Takkah sia-sia? Takkan kita nak bagi pasangan sehidup semati kita sisa-sisa cinta saja? Takkan kita nak serahkan sisa cinta untuk suami kita nanti? Patutkah? Fikirlah untuk jangka masa panjang.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : 32)
FIKIR-FIKIRKAN
Cuba pula kita renungkan, ibu dan ayah kita susah payah cari duit, bekerja, semata-mata untuk membiayai pembelajaran kita. Bukan berpuluh tapi beratus malah sudah beribu agaknya jika dihitung dari kita tadika hinggalah ke peringkat sekarang. Takkan kita nak hampakan harapan mereka hanya kerana satu perasaan? Daripada kita topup RM10 seminggu, cuba kita kumpul, kan banyak tu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Berbaloikah kita membazir dengan topup hanya untuk menghubungi (mesej, calling) si dia yang belum jamin lagi dia akan jadi milik kita. Bolehkah kita pasti dan yakin bahawa dia milik kita dan kita milik dia? Pastikah? Ramai lagi yang akan kita temu bila sudah bertemu dengan dunia luar seperti di universiti atau kolej dan sebagainya. Kalau kita bagi lampu hijau pada syaitan, macam-macam syaitan boleh buat.
Fikirkan juga perasaan Allah. Jangan sesekali pinggirkan Allah dalam soal hati kita. Luahkanlah segala-galanya pada-Nya kerana Dialah kaunselor yang terhebat dan terbaik. Ayat-ayat cinta-Nya mampu meranapkan dinding gelisah, sedih dan tidak tenteram yang bersarang dalam hati dan jiwa kita. Solatlah untuk mendekatkan lagi kecintaan kita pada-Nya. Berdoalah pada-Nya kerana Dia adalah penolong terbaik kita semua.

Ya Allah..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.” (Surah al-Baqarah : 286)

2 comments:

  1. i really need someone like u 2 be my friend and also my mentor.. u're a great listener..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous ... first of all, I thank you for joining greetings visit my blog which is not much =). thank you also for wishing me as a friend and your mentor . I appreciate. but do not forget. I am a human being. I do what I could ^ _ ^. I surrender everything to God the Almighty.
      can i know who are you?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...