ahlan wa sahlan

Tips mengawal perasaan cinta, elak hati menjadi lalai

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Menjawab persoalan seseorang.


Sebenarnya tak ada tips untuk ‘membuang perasaan cinta kepada seseorang’ tapi cuma ada ‘tips mengawal perasaan cinta itu untuk mengelak hati menjadi lalai’. Anda juga boleh rujuk pelbagai sumber.Sebab kita tak mampu nak buang fitrah itu cuma mampu mengawalnya.





1- Dekatkan diri dengan Allah, wujudkan link dengan Allah. Sebab, bila kita ingat Dia, bila kita tahu yang Allah sentiasa melihat kita, kita akan takut untuk buat dosa. Sekaligus, keyakinan kepada Allah meningkat. Macam mana nak wujudkan link dengan Allah?

- baca ayat-ayat cinta dari-Nya, (al-Quran), baca tafsir faham makna, latih diri bangun qiam (untuk tambahkan kekuatan hati), sentiasa ingat kepada Allah dan perkara sewaktu dengannya.



Apabila kita dekat dengan Allah, kita kerap ingat kepada Dia, insyaallah, hati kita takut berbuat dosa.




2- Tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama, dekati majlis-majlis ilmu (yakni taman-taman syurga). Jangan biarkan kita jahil ilmu agama. Walaupun kita ada master PHD dalam bidang lain contohnya, ia tetap tidak bererti andai anda tak ada ilmu agama. Maka, seimbangkan.





3- Tanamkan keyakinan bahawa Allah penyusun takdir yang terbaik. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Kalaupun dia bukan jodoh kita, misalnya dah tahu dia ni berpunya, dah bertunang, katakan kepada diri bahawa ada seseorang yang lebih baik di hadapan anda. Setiap takdir yang berlaku ke atas kita, ingatlah, bahawa itulah yang terbaik untuk kita yang telah Allah tetapkan. So, jangan kecewa! =)




4- Berkumpul dengan orang-orang soleh. Beritahu kepada kawan terdekat anda yang paling soleh/solehah/thiqah (pendek kata yang boleh dipercayai menyimpan rahsia anda). Peranan kawan-kawan yang soleh solehah ini tadi, akan sentiasa menasihati anda, jika anda sedang cuba-cuba untuk menghubungi dia, sengaja mencipta ‘ukhuwah’ (saya akan terangkan dalam entry akan datang CINTA ANA-ENTI-CINTA ISLAMIK? jika diizinkan Allah) peranan sahabat tadi akan menasihati anda.



5- Jangan cuba-cuba meluahkan perasaan anda kepada si dia (umur masih muda-masih banyak keperluan lain). Maksudya di sini, jangan saja2 test market, nak test dia terima ke tak. Nanti tak terima, frustrated pulak, kalau terima pulak, lain cerita lagi. pendek kata jangan cipta ‘ukhuwah’ melainkan ada keperluan penting. (jika waktu belum mengizinkan)




6- Jika berpeluang berkomunikasi dengan dia, perlu cool. I mean tak perlu gelabah sebab ada perasaan dengan dia. Kita mesti tak senang duduk kan bila berhadapan dengan orang yang kita suka? =) Jadi, kawal diri anda jangan sampai ketahuan.




7- Ingatkan diri sendiri lagi, ilmu yang dipelajari perlu diamalkan. Tahu zina banyak cabang. Zina hati terutamanya. apabila memikirkan tentang dia, pergi buat kerja lain yang boleh alihkan perhatian daripada terus ingat dia. Malam2 sebelum tidur ingat dia, pergi berzikir untuk nyahkan dia. jauhkan zina hati. Agak susah untuk buat sebab kadang2 kita tak sedar. But we have to try.


8- Sentiasa buat muhasabah setiap hari tentang bahayanya cinta. Boleh baca previous entry tentang cinta. Sekali kita dekat dengan cinta manusia (yang haram) bermakna kita akan berpotensi untuk jauh dari cinta Allah.



9- Sentiasa ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih positif.



10- Last sekali, apa yang kita boleh buat, berdoalah. Ikhtiar terakhir. Berdoa itu senjata orang mukmin. 




1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian..sgt berguna!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...