ahlan wa sahlan

renungan

Allah tidak memberi anda sesuatu bukan kerana Dia bakhil,
atau kerana takut khazanahNya berkurang,
atau kerana Dia hendak menyembunyikan apa yang menjadi hak anda.

Dia sengaja tidak memberi anda sesuatu untuk:

☑ mengembalikan anda kepadaNya,
☑ memuliakan anda dengan merendahkan diri padaNya,
☑ membuatkan anda kaya dengan menjadikan anda memerlukanNya,
☑ memaksa anda bersimpuh di depanNya,
☑ membuat anda merasakan manisnya sikap merendahkan diri padaNya dan lazatnya sikap merasa perlu kepadaNya,
☑ memakaikan pakaian ubudiah kepada anda,
☑ menempatkan anda dengan membawa anda ke tingkat para wali mulia,
☑ merperlihatkan kepada anda kebijaksanaanNya dalam kekuasaanNya, rahmatNya dalam kemuliaanNya dan kebaikanNya dalam kekuatanNya.

Jika Allah tidak memberi sesuatu, maka itu secara tidak langsung merupakan pemberiaan.

Jika Allah mengasingkan hambaNya, itu bererti Dia sedang mengangkatnya ke posisi terhormat.

Jika Allah menghukumnya, itu bererti Dia sedang mendidiknya.

Jika Dia mengujinya, itu merupakan nikmat dan bukti.

Jika Dia membuat anda dikuasai musuh, itu bererti Dia sedang menghantar orang kepada anda.

-Ibn Qayyim-
[Zad al-Ma'ad]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...