ahlan wa sahlan

BERJUANG BUKAN SENANG!

Salam rindu untuk semua. Lama sudah tidak bersua khabar. :)
Di saat ini, sudah mula sibuk dengan pelajaran kerana menyambung pelajaran ke peringkat STAM di Sam Hisamuddin Kg Jawa. Terasa amat-amat rindu akan sekolah lamaku iaitu Hisamuddin Sg Bertih. Hurmmm..
Ramai dan kebanyakannya mengatakan bahawa ambil STAM iaitu Sijil Tinggi Agama Menengah ini tidak mudah dan amat-amat payah kerana 99% semuanya adalah dalam Bahasa Arab dan kena banyak menghafal.
Ya! Kebenarannya memang ada. Tapi, kenapa aku masih juga ambil STAM? Kenapa? Aku taklah power sangat dalam Bahasa Arab, boleh ke aku ambil?
Jawapan ada dalam diri sendiri
First thing first! Apa niat kita belajar? Adakah hanya kerana peperiksaan semata-mata? Adakah kerana ingin berbangga diri? Adakah kerana dipaksa ibu bapa? Adakah kerana kawan semata-mata?

Mari belajar
Pernah kawan bertanya (dia tak yakin nak ambil STAM atau tidak). Soalannya pada saya : Kenapa aku kena pilih STAM? Aku takut tak boleh bawak. Macam mana ni?
Saya menjawab : Kau tak KENA pilih STAM. Tapi, kau KENA tanya hati kau. Apa niat sebenar kau nak ambil STAM ni? Kalau sekadar nak buang masa waktu cuti ni, tak payahlah. Ingat tak, ustaz kita pernah kata, kalau kita tak tolong agama kita sendiri, kita tak faham b.arab, kita tak nak belajar b.arab, siapa lagi yang nak semarakkan b.arab ni? Orang bukan Islam belajar b.arab bersungguh-sungguh untuk selewengkan al-quran. Kalau kita tak tahu b.arab, kita pun akan terseleweng dan diselewengkan dengan sewenangnya. Dengan mengetahui maksud bacaan al-quran yang dalam b.arab tu juga membolehkan kita menghayati dan memahami isi dan mesejnya. Boleh atau tak boleh bawa itu sebenarnya bergantung pada keyakinan diri sendiri dan usaha sepenuh hati tanpa ada rasa putus asa atau menyesal.
Dan sekarang, dia bersama-sama dengan saya membuat keputusan mengambil STAM. Alhamdulillah. :)
Bukan kerana periksa semata-mata
Walaupun peperiksaan itu penting, namun, janganlah kita belajar bagai nak gila hanya kerana periksa! Belajar kerana peperiksaan adalah berbeza dengan belajar kerana inginkan ilmu kerana Allah.
Andai kita belajar hanya kerana untuk peperiksaan, kita akan kecewa dan putus asa bila kita menghadapi kegagalan. Tapi, belajar kerana inginkan manfaat ilmu kerana Allah, walaupun kita mungkin ada yang gagal dalam peperiksaan, tapi, kita tak mudah putus asa. Kecewa tu memang ada namun, usaha yang tinggi dan bersungguh-sungguh lagi akan tersemat dalam jiwa kita. InsyaAllah.
Berjuang tak pernah senang
Dalam berjuang, tak pernah ada kesenangan. Perjuangan memerlukan banyak pengorbanan. Ramai pejuang-pejuang Islam berkorban kerana agama Allah yang mulia ini. Para sahabat berjuang bersama Nabi dalam menegakkan kalimah tauhid.Jika kita berjuang dalam kesenangan, maka, musuh yang akan menang.

Ilmu itu cahaya
Begitu juga dengan belajar. Belajar dan terus belajar dan terus belajar tak semudah ABC. Nak berjaya bukan mudah tapi tak mustahil. Itu kata-kata ramai pakar motivasi. Kita kena cuba.
Kita kena menempuh payah dan ujian untuk menuju ke arah kejayaan dan kemenengan. InsyaAllah. Kesabaran yang tinggi amat penting kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan, minta pertolongan-Nya. Andai kita sudah berusaha bersungguh-sungguh, sudah buat yang terbaik, maka bertawakkallah kepada Allah. InsyaAllah, ada ganjaran menanti. :)
Akhir kalam
Semoga dengan perkongsian ilmu ini, hati dan jiwa kita akan cenderung untuk belajar bukan kerana peperiksaan semata-mata walaupun peperiksaan itu amat penting dalam kehidupan seorang pelajar.
Bagi kakak-kakak atau abang-abang atau sesiapa saja yang pernah mengambil STAM ini, saya ingin meminta nasihat daripada kalian. Mungkin, kalian ada kata-kata perangsang bagi meneguhkan jiwa ini untuk terus berjuang dalam STAM. Mungkin juga kalian punya tips-tips yang mudah dan bermanfaat untuk senang menghafaz dan memahamai Bahasa Arab. Harap boleh berkongsi. InsyaAllah.
Doakan saya dan semua rakan-rakan seperjuangan yang lain dipermudahkan jalan dan urusan dalam pembelajaran STAM. Mudah-mudahan kami ditabahkan hati menempuh dugaan dan cabaran. Semoga kita semua dirahmati Allah. Amin. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...