ahlan wa sahlan

Sabarlah duhai hati


Di saat kebuntuan berada di persimpangan...apakah usaha untuk berhijrah ini sebenarnya adalah keputus asaan terhadap sebuah harapan? Ramai yang telah berhijrah...


 Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

~surah ali imran : 142~

            Sebagai manusia dan sebagai seorang hamba, kita takkan terlepas dari sebarang ujian. Kita diuji dengan pelbagai ujian hinggakan ada yang sudah berputus asa untuk teruskan. Bagi hamba yang beriman, seberat mana pun ujian, dia pasti akan kenangkan janji Allah…. Allah menguji hamba-Nya kerana Allah tahu sejauh mana kemampuan hamba-Nya menanggung seksa bebanan ujian itu.

            Argh…sudah tidak terkira berapa kali kita mengeluh. Sudah kering air mata ini menangisi kesakitan ujian ini. Perit! Sakit! Pedih! Semuanya ada…. Kadang-kadang ada yang meraung… kenapa aku dipilih untuk menerima ujian ini? Tersenyumlah saudaraku, kerana tidakkah engkau sedar…ujian adalah tanda cinta Allah buatmu. Betapa Allah menyayangimu lantas Dia turunkan ujian buatmu supaya engkau senantiasa mengadu kepada-Nya….menitiskan air mata kesyahduan di atas sejadah cintamu…. Allahurabbi…….

            Hati ini menjadi tenang tatkala memandang gambar ini. Entah kenapa kehijauan alam membuatkan diri ini tenang dan rasa begitu selesa. Mampukah hati kita sedamai gambaran ini? Tiap kali diuji, keimanan kita goyah….. kekadang kita rasakan kita sudah tidak mampu melalui semua ini. Hebatnya ujian ini Ya Allah… kita terbaring lesu mengenangkan keperitan ini. Termenung jauh mengenangkan nasib diri….

            Sahabat seaqidahku…bersabarlah… sabarlah kita kerana Allah tidak akan sia-siakan usaha kesabaran dan ketabahan kita dalam melalui ranjau ujian-Nya. Ingat… Allah yang member kesakitan ini dan Dia jugalah yang akan menarik kesakitan ini pergi jauh dari diri kita. Tapi… sedarkah kita akan keindahan keperitan ujian ini? Bila kita dilanda ujian, air mata ini tidak henti mengalir… kita luahkan segalanya kepada Allah yang satu… namun, bila kita gembira, kita ketawa hingga kita lupakan Allah yang member nikmat keseronokan itu…….

            Ya….ana tahu, jika kita tidak merasa keperitan itu, kita usah bercakap banyak dan berceloteh panjang bukan? Jangan begitu sahabatku…setiap orang diuji… namun salahkah sahabat seaqidahnya bersama menelusuri mehnah ujian yang ditempuh? Di kala kita jatuh, kata-kata semangat perlu untuk memberi kita kekuatan untuk bangkit kembali…. Duhai diri jua sahabat sekalian, perjalanan kita masih jauh… banyak lagi ujian yang bakal kita tempuh.

            Ayuh rakan jihadku, kita bergandingan bahu, berpimpin tangan membantu antara satu sama lain. Andai kau sedih, ku sedih jua…andai kau gembira, ku gembira jua. Bukankah kita adalah roh dalam satu jasad? Gunakanlah nikmat persahabatan untuk membantu kita bangkit semula meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang…..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...