ahlan wa sahlan

Sesuatu tentang budak sekolah agama kita (Khas untuk ex-sekolah agama)

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Ini bukan entri diskriminasi sekolah (eh?)

(Entry ini mahu membuka minda sebentar)








Entry ini tidak hanya terhad untuk pembaca yang bersekolah agama dan ex-sekolah agama sahaja, tapi juga sesuai untuk bacaan semua peringkat umur dan jantina selagi anda masih bergelar orang Islam. Diharap sama-sama dapat berfikir sejenak.




(suka hati je edit pantun tak kena rentak T___T, layan je lah)






Zaman sekolah 'ana-enti'
Sekarang hilang diterbang angin
'Aku-engkau' jadi pengganti
Entah bila nak sopan balik




Bertudung labuh ayu sentiasa
Ikhlas atau peraturan semata
Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka
Entah bila nak ayu balik




Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Batas pergaulan makin berkurang
Dah makin lupa apa yang ustaz ajar




Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga
Sekarang tayang gambar dengan buah hati (facebook & blog)
"Kak, rasa malu campak pi Thailand ka?"




Bila ditegur angin satu badan
Konon sudah tahu belaka
kalau dah tahu kenapa teruskan
Seronok sangat ke kumpul dosa?




Macam tu laa kalau rasa diri hebat
Nama pun lepasan sekolah agama
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu bagus sangat ke?"




Itulah realiti budak sekolah agama
Majoriti terkejut dengan dunia luar
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja
"Tak sesuailah semua-semua ni dekat luar!"








Parents hantar anak sekolah agama, SMA, SAM, SMKA, SBP sekolah beragama niatnya nak jadikan anak orang berguna, hajatnya nak jadikan si anak berakhlak mulia.








Agaknya apply masa sekolah agama je kot, sebab lepas dah kenal dunia luar masing-masing dah lupa diri. Tak cakap orang lain, diri sendiri pon sama. Sebab saya sendiri berpeluang merasai tarbiah sekolah agama, maka saya tahu bagaimana suasananya. Ya, zaman yang ditarbiah. Kita diajar untuk mengenal dosa pahala. Tapi semua tu hanya bertahan dalam pagar sekolah je. 




[Appreciation]






Selepas keluar sekolah agama, ilmu yang dipelajari seakan tersekat untuk diaplikasi di luar. Walau stok sekolah agama, tapi perangai macam tak pernah nak berubah. Salah siapa? Hidayah semacam ditarik balik oleh Allah. Ilmu seakan disejat kembali oleh Allah, seolah-olah apa yang dipelajari telah hilang digantikan dengan ilmu-ilmu negatif. Tak payah tanya lah tentang tudung labuh, dah buat kain buruk agaknya. Sesetengahnya pakai tudung labuh tak pernah nak ikhlas, merungut je. Jujur bertanya, tidak rindukah pada tudung labuh anda? Perlindungan anda sewaktu ketika dulu?








Saya tak cakap semua begitu, namun ini realiti. Saya melihat dengan kedua mata, saya menulis dengan mata hati. Sedangkan di sekolah dialah BADAR (Badan Dakwah dan Rohani-dikenali sebagai stok-stok budak alim) bercakap punyalah hebat pasal akhlak, pasal couple, pasal isu semasa, tup tup, bila jumpa di luar, semuanya seakan berubah sekelip mata. Tudung yang labuh telah jadi selendang yang nipis sehingga nampak lehernya dan rambutnya. Baju yang dipakai longgar semasa disekolah diketat-ketatkan. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi dalam perubahan emosi mereka. Kata dulu, NO COUPLE, HARAM! tup tup, kita tahu dia tayang gambar dekat facebook. Sopannya sekarang ni. Itu tak kira lagi tanggal tudung labuh then free hair, or pakai baju sexy tayang dalam facebook. Sangat tidak patut.  Saya akan terangkan  lagi isu ini panjang lebar dalam entri akan datang; BINGKISAN UNTUK PARA DAIE' PART II: AKU NAK DAKWAHKAN KAU. (cewah macam dalam majalah SOLUSI pulak rasanya, ehe)










Tak bermakna semua budak sekolah agama begitu, ada juga yang tetap hebat.Ada juga semakin hebat. Tak kata semua, ini major. Berapa kerat dari kita yang tetap mengamalkan ilmu? Saya tak cakap saya juga lengkap, tapi itulah, masih dalam proses perubahan. Setiap hari mentarbiah hati untuk kekal berada dalam hidayah-Nya. Budak sekolah biasa lagi excellent akhlak dari budak sekolah agama. Come on, budak sekolah agama, bangkitlah dengan ilmu yang kita pelajari, jangan jadi semakin sesat! 

[zaman sekolah]


bertukaaaaarrr....


[zaman universiti]





Cuba nilai kembali, perubahan kita. Adakah ianya negatif ataupun positif. Fenomena ini seakan semakin merebak tanpa disedari. Pesanan saya kepada budak-budak sekolah agama yang bakal keluar, pandai-pandai jaga diri, pandai-pandai apply hukum halal haram bila keluar nanti. Bila stay sekolah agama ni alhamdulillah, ada yang menegur, bila kita keluar nanti, lagi-lagi kita dapat kawan yang tak berapa ambil berat tentang Islam ni, tak ada siapa yang nak tegur. Appreciate kawan-kawan yang tegur. Ingat satu je, kalau ada yang tegur kita, itu tandanya Allah sayangkan kita. Didatangkan teguran semacam itu sebagai peringatan kepada kita dari Allah melalui manusia. Kalau tak ada yang tegur, faham-faham je lah. Itu tandanya Allah nak tambahkan lagi kesesatan kita. Ini bahaya.



[Appreciation]






Berdoalah supaya kita terus kekal dalam landasan syariat-Nya, diharapkan jangan terpesong walaupun setelah mengenali dunia luar. Buat ex-ex sekolah agama, pandai-pandai menilai tindakan diri, jangan buat perkara yang membinasakan diri dan hati. Waallahu'alam~ =)



p/s: Tak kisah mana-mana pon kita sekolah, sekolah biasa ke, sekolah agama ke, asal tahu jaga diri, hukum halal haram itu sudah cukup untuk menjadikan akhlaknya cemerlang. Di manapun kita berpijak, ingat Allah sentiasa melihat kita, baru kita takut nak buat seleweng segala. 

 >cOpY pAste<

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...